Budaya mengancam dan mengugut sudah diangkat menjadi antara kaedah terpenting untuk menggegarkan iman dan prinsip pihak yang tidak mahu lagi bersubahat dan meneruskan perjuangan mereka bersama Anwar.
Harun Din yang baru menyatakan hukum kufur secara umum dan tidak merujuk pun secara spesifik kepada sesiapa tentang kesalahan berkongsi kalimah Allah, sudah diserang, dihina dan diugut oleh pihak PKR.
Dr Sidek Baba yang baru bersedia menyatakan prinsip dan perkara sebenar kenapa dia meninggalkan Anwar sedang diserang, diancam dan difitnah. Malah ancaman dan ugutan turut diterima oleh isteri beliau.
Kebenaran semakin hari semakin jelas dan diperlihatkan satu persatu.
Kebenaran siapa yang sebenarnya perasuah, siapa sebenarnya yang menyekat kebebasan akhbar, siapa raja konspirasi, siapa sebenarnya raja fitnah dan dusta, siapa raja segala pembohongan, siapa raja penyelewengan dan raja membeli sokongan dengan habuan wang sudah dilihat meletus satu persatu.
Para pemimpin pembangkang sedang mengelupur dan mabuk seperti ikan kena renjatan elektrik yang di "switch on" sendiri.
Akibat dari terlalu banyak memasang pendawaian fitnah dan dusta secara haram dan membuat "looping" di sana sini, telah menyebabkan sistem pendawaian rumah pakatan semakin tidak selamat untuk didiami. Seorang demi seorang penghuni rumah pakatan telah terkena renjatan elektrik.
Inilah kesan dan akibat dari terlalu banyak berbohong, melakukan fitnah dan kerja-kerja subversif haram sehingga puak mereka sendiri terkeliru dan terperangkap dengan jerat yang terlalu banyak dipasang sendiri di sana sini.
Gara-gara terlalu banyak memasang jerat untuk memerangkap lawan, hingga jerat yang dipasang sendiri tidak lagi dapat dikesan. Akhirnya pemimpin mereka sendiri yang lebih banyak terkena jerat yang dipasang sendiri.
Segala isu yang direka untuk memerangkap UMNO akhirnya terkelepuk ke muka sendiri.
Anwar memasang jerat mengumumkan untuk pindah bertanding di Perak, akhirnya Lim Kit Siang yang terjerat di Gelang Patah. Wan Azizah terjerat di Selangor dan Chua Jui Meng terperosok ke Segamat.
Anwar memasang jerat di Lahad Datu menggunakan sumpit sulu, akhirnya Tian Chua yang terkena sumpitan beracun hingga kepanasan dan tidak boleh duduk diam di Parlimen Batu.
Anwar yang memasang jerat pelentik di Pahang, akhirnya Dato Fauzi Abdul Rahman yang kaki tergantung ke atas kepala ke bawah.
DS Najib yang mahu diperangkap menggunakan jerat Monggolia jenis "Altantuya", akhirnya Anwar sendiri yang terperangkap tidak berpakaian di hotel-hotel bersama pasangan yang kadang-kadang jantan dan kadang-kadang betina.
Nik Aziz yang memasang perangkap di pergentingan yang sempit untuk menghalang orang ramai dari mendekati UMNO dengan mengatakan undi UMNO haram dan tidak beroleh pahala, akhirnya Mustafa Ali yang didapati bertuala dan berbogel bersama pasangan betinanya.
Mereka memasang perangkap jenis "janji" bulan dan bintang, akhirnya mereka sendiri yang terjerat dengan msnifesto sendiri yang tidak berpijak di bumi nyata.
Akibat terlalu ghairah mahu mengatasi BN dalam "menjanjikam harapan rakyat, akhirnya mereka tidak sedar telah terciplak segala dasar yang telah lama BN dilaksanakan BN. Jerat tol percuma, jerat turun harga kereta dan jerat rumah mampu milik yang dipasang, tiada satu pun yang "mengena". Semua orang sudah tahu di mana lokasi mereka memasang jerat. Akhirnya pakatan sendiri yang terperangkap dengan jerat AKUJANJI yang dipasang BN.
Sekarang pakatan rakyat sudah haru biru dan kelam kelibut. Masing-masing PAS, DAP dan PKR sedang menyelamatkan kedudukan masing-masing. Dalam keributan menyelamatkan kedudukan masing-masing, DAP terhantuk kepala dengan PKR. PAS kena sakit "berak-berak" kerana terlalu banyak makan makanan beracun yang dihidangkan PKR. Muka PKR pula "terjerembab" ke "air kumbahan" kerana kaki tersadung tunggul yang dipasang DAP.
Beginilah gambaran yang sedang berlaku terhadap pakatan yang sedang berangan-angan untuk menduduki Putrajaya.
Kalau ada rakyat yang mahukan parti keluarga komando KYJELLY69 ini mengambilalih Putrajaya dipersilakan dengan segala hormatnya...
No comments:
Post a Comment