Saturday, April 27, 2013

DAIM NASIHAT PM KAYU MATI DALAM KABINET DIBERHENTIKAN!!

"Saya beritahu Perdana Menteri...kalau nak orang mengundi kita, kita mesti pilih Kabinet yang boleh diterima oleh rakyat.

"Saya harap 'kayu mati' (yang ada dalam Kabinet) supaya diberhentikan. Sekarang pun sudah ada dua, tiga (ahli Kabinet) sudah berhenti. Kita harap agar muka baru akan diperkenalkan bila dah menang," katanya di sini, Sabtu.

"Kita mahu rakyat percaya kepada Kabinet, tak mahu hanya Najib dan Muhyiddin sahaja boleh buat kerja.

"Kita mahu yang ada kebolehan, mahu ahli Kabinet yang bila orang tengok muka pun sudah percaya," katanya.

Tun Daim Zainuddin yakin Barisan Nasional (BN) boleh menawan semula Kedah dan Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti sekiranya jenteranya bersatu dan tidak melakukan tindakan mensabotaj parti.

Walau bagaimana pun beliau berkata agak sukar untuk memenangi kerusi parlimen 2/3 berdasarkan senario semasa. "tapi saya amat yakin BN akan menang".

2 comments:

  1. Kayu mati satu hal, yang under performed pun jangan lantik. Tapi dengan blunder calon yang dibuat oleh Najib, jangan haraplah dia ada political will untuk ubah dengan pemimpin baru. Najib ni menyalak pandai tapi nak buat takut.

    ReplyDelete
  2. tlg la buat KPI 360 Penilaian , utk pastikan lineup samada layak atau tidak , jika tidak ship them out

    ReplyDelete