Saturday, May 25, 2013

ANWAR: ALLAH BERSAMA ANA, MANA MUNGKIN KITA KALAH GE13!!

Ikhwan Muslimin, pencetus dan peneraju "arab spring" yang berjaya menjatuhkan regim Hosni Mubarak di Mesir, telah menjemput Tun Mahathir berucap di hadapan pembuat dasar, ahli perniagaan dan politik Mesir.

Kerajaan baru selepas kejatuhan Hosni Mubarak gagal memulihkan keamanan dan kestabilan ekonomi Mesir walaupun sudah 2 tahun mentadbir negara tersebut.

Mereka mahu mendengar pandangan Tun Mahathir bagaimana beliau membangunkan negara ini selama 22 tahun. Mereka mahu belajar model pembangunan yang telah direncana di Malaysia.

Mereka mahu meniru dan mencontohi bagaimana Tun Mahathir melakukan "Malaysia Spring" dalam model ekonomi, sistem pemerintahan dan pelbagai dasar yang telah membawa kejayaan kepada negara hingga dikenali seantero dunia.

Anwar Brahim pulak terbalik-songsang. Dia mahu rakyat negara ini meniru "arab spring" yang berjaya menjatuhkan kerajaan tapi terbukti gagal sama sekali untuk menjadi kerajaan yang lebih baik dari kerajaan yang dijatuhkan.

Ironinya, kerajaan baru yang menjatuhkan kerajaan lama Mesir ini pula yang akhirnya mahu meniru "Malaysia Spring" ala-Mahathir yang telah membawa kejayaan kepada Malaysia.

Kesongsangan Anwar ini bukan saja melibatkan masalah peribadi, malah meliputi semua hal termasuk yang melibatkan perkara penting yang melibatkan politik, kepentingan rakyat dan negara.

Anwar sentiasa berusaha mencari jalan menentang ketentuan Allah. Anwar mahu Allah swt tunduk dan menuruti segala aturan dan perencanaan sebagaimana yang dikehendaki oleh Anwar.

Lihatlah bagaimana Anwar sedang berusaha merosakkan "Perencanaan Allah buat negara Malaysia" yang telah menetapkan untuk terus memberi kuasa pemerintahan kepada Barisan Nasional.

Anwar secara jelas tidak mahu mengiktiraf "Keputusan dan Ketentuan Allah" yang telah mengerakkan hati majoriti rakyat untuk memberi kemenangan kepada Barisan Nasional.

Allah swt amat faham dengan maksud undi popular dan undi berdasarkan jumlah kawasan yang dimenangi.

Allah swt maha adil. Dia mengkabulkan hajat semua pihak termasuk Anwar.

Anwar sering mendakwa bahawa sokongan rakyat bersama dia, maka Allah berilah dia kemenangan undi popular. Allah sudah tunaikan hajat dia.

BN pulak berhajat mahu terus mengekalkan kuasa, maka Allah berilah kemenangan "status quo" saja tanpa majoriti 2/3.

Bukankah ini adil?

Kepada Anwar dan para penjilat tegarnya, pintu taubat masih terbuka. Bertaubatlah kepada Allah kerana tidak mahu beriman dengan Rukun Iman yang ke-6, Percaya kepada Qada dn Qadar Allah.

No comments:

Post a Comment