Thursday, May 30, 2013

ANWAR: HANYA PKR YANG MAMPU JAYAKAN SINGLE PARTY!!

Orang melayu sebenarnya sudah terlepas peluang terbaik untuk menjadikan UMNO sebagai single parti yang terdiri dari pelbagai kaum, apabila orang melayu menolak cadangan Dato Onn.

Jika orang melayu menerima idea Dato Onn ketika itu, mungkin hingga hari ini kuasa politik berada di tangan orang melayu secara mutlak.

Dato Onn telah mencadangkan agar UMNO menerima kaum cina dan india yang belum pun menjadi warganegara ketika itu, sebagai ahli UMNO, tetapi mereka hanya boleh mengundi dan tidak boleh diundi.

Maksudnya, kaum cina dan India hanya ada hak sebagai pengundi dan tiada hak untuk dipilih di dalam pilihanraya sebagai wakil dewan legislatif.

Mereka boleh menganggotai kerajaan melalui sistem lantikan dan bukan dipilih. Tetapi maksud tersirat Dato Onn ini tidak dapat difahami oleh orang melayu ketika itu.

Hari ini, peluang itu tidak mungkin datang lagi. 

Jika BN mahu dijadikan single party, apakah jaminan perlembagaan persekutuan untuk melindungi hak semua kaum menurut semangat perlembagaan yang ada itu boleh diterima oleh semua kaum dan dijadikan sebagai sebahagian dari perlembagaan parti BN?

Peruntukan mengenai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan disamping agama lain bebas untuk dianuti dan diamalkan, hak istimewa dan adat budaya melayu sebagai teras kebudayaan kebangsaan, disamping menjaga kepentingan sah lain-lain kaum, apakah semua ini boleh diterima seadanya oleh lain-lain kaum dan penganut agama untuk dijadikan ideologi dan perjuangan rasmi single party BN?

Apa pula pandangan ahli melayu/bumiputera di dalam BN terhadap pendidikan vernakular? Apakah pula pendirian kaum cina di dalam perjuangan mereka dalam pendidikan vernakular mereka? Apakah pula pendirian mereka terhadap pendidikan aliran kebangsaan?

DAP hanya parti berbilang kaum di dalam perlembagaan tetapi hakikatnya DAP adalah parti cina chauvinis dan rasis.

Gerakan juga berbilang kaum pada perlembagaan. Hakikatnya ia adalah parti kaum cina.

PKR bukan parti berbilang kaum. Ia hanyalah parti rojak tanpa ideologi. Jika ada pun hanyalah ideologi Anwarisma dan nepotisma.

PAS pula menganut ideologi politik memperkudakan Islam untuk kuasa politik demokrasi.

Akhirnya, tiada parti yang benar-benar berbilang kaum, berbilang agama, berbilang budaya yang boleh disandarkan untuk mewakili perjuangan semua kaum, agama dan budaya yang boleh diseragamkan ideologinya dengan menterjemahkannya di dalam perlembagaan single party.

Kalau nak boleh tapi kena buat macam Anwar Ibrahim. Menggunapakai ideologi sesumpah. Ideologi sesumpah inilah yang menyebabkan Anwar boleh serasi dengan DAP dan pada masa yang sama serasi dengan PAS, walaupun DAP sanggup mati kalau PAS cuba amalkan ideologi partinya dalam pemerintahan.

2 comments:

  1. apapun nak yg dilakukan mesti ada keberanian dengan visi yang jelas - najib tak punya.

    ReplyDelete
  2. Ketua Umum pilih diri sendiri.

    Pemilihan AJK diperingkat Pusat, Negeri dan Daerah penuh penipuan dan penyelewengan.

    Macam ni nak jayakan single party. Ni siapa punya fatwa ni?

    ReplyDelete