Thursday, May 30, 2013

BN TIDAK MUNGKIN JADI SINGLE PARTY...

Apakah kesilapan kepada struktur parti atau cara mentadbir dan memimpin struktur itu yang salah hingga timbulnya cadangan supaya BN menjadi single party?

Hampir semua komponen BN masih menang di majoriti kawasan yang ditandingi kecuali MCA, Gerakan, PPP dan MIC.

Apakah parti-parti komponen yang masih diterima oleh majoriti rakyat ini harus mematikan parti masing-masing semata-mata untuk membolehkan kaum cina dan india menyokong BN sebagai single party?

Apakah asas Pemangku Presiden Gerakan mengutarakan cadangan supaya BN menjadi single party untuk terus kekal relevan?

PKR pun hanya menang 30 parlimen dari 99 kerusi, manakala PAS pula hanya menang 21 dari 72 kerusi yang ditandingi. Hanya DAP sahaja yang menang sebahagian besar dari kerusi yang ditandingi, iaitu 38 dari 51 yang ditandingi.

Dari keputusan ini, PKR dan PAS jauh lebih tidak relevan dari UMNO, jika relevansi itu diukur dari keputusan yang dicapai oleh parti-parti yang bertanding dalam PRU13.

Malah, gabungan pakatan pembangkang lebih tidak relevan berbanding dengan gabunan BN kerana hanya mampu memenangi 89 dari 222 kerusi yang ditandingi.

Jadi, MCA atau Gerakan bukanlah pihak yang selayaknya membuat cadangan untuk menjadikan BN sebagai single party hinggakan parti komponen yang masih relevan terpaksa pula mematikan parti masing-masing demi "mengenangkan" nasib rakan MCA dan Gerakan.

Jangan disebabkan MCA dan Gerakan selalu mengigau bila tidur di bilik sendiri, maka dikatakan pula rumah itu berhantu dan meminta supaya semua bilik di rumah tersebut dirobohkan.

MCA dan Gerakanlah yang sepatutnya berubat dan menyemah bilik masing-masing supaya hantu-hantu keluar dan pindah ke tempat lain. Barulah tidur aman dan orang sendiri kembali selesa untuk mendiami bilik sendiri.

Masalah terbesar yang dihadapi oleh MCA dan Gerakan ialah ahli parti sendiri pun tidak lagi mengundi parti mereka. 

MCA dan Gerakan hanya tinggal Jawatankuasa Pusat, Negeri dan bahagian sahaja. Ahli sudah tiada.

1 comment:

  1. supaya apa sahaja yang bernama 'melayu' dapat dikuburkan segera - cina sedang menghantukan 'melayu' supaya dibenci dan fobia pada semua orang termasuk kpd melayu itu sendiri.

    sebab irulah sebahagian orang melayu cukup benci dengan umno cukup membantah dengan hudud.

    di peringkat dunia, islam dikaitkan secara langsung dengan keganasan - yahudi dan kapir telah berjaya.

    ReplyDelete