Thursday, May 30, 2013

CHAUVINIS CINA: INI KALI ANWAR KENA!!

Masalah Anwar Ibrahim ini bukanlah masalah yang kekal buat rakyat dan negara ini.

Mungkin Anwar ini dihantar oleh tuhan sebagai cabaran dan ujian untuk rakyat dan negara ini untuk suatu tempoh tertentu sahaja. Bila tamat tempoh cabaran tersebut, "api padam, puntong pun hanyut". Paling-paling pun "api padam, puntong saja yang masih berasap".

Walaupun Anwar boleh meninggalkan "api dalam sekam", sebagai ancaman dan cabaran masa depan untuk rakyat dan negara ini, ia boleh dikawal asalkan rakyat dan negara tahu dibahagian mana dan berapa besar wujudnya api dalam sekam itu.

Kubu-kubu pertahanan lama Anwar sudah dirobohkan dan dimusnahkan satu persatu, samada oleh kumpulan Anwar sendiri mahupun oleh lawannya, UMNO.

Seorang demi seorang orang kanan Anwar sudah hilang keyakinan dan telah meninggalkan Anwar. Kini, rakan lama yang masih bersama Anwar sudah sangat minoriti bilangannya. 

Orang-orang yang bersama Anwar hari ini adalah orang baru yang tidak pernah berjuang dengan Anwar samada sewaktu gerakan pelajar, atau dalam ABIM mahupun sewaktu memegang jawatan dalam UMNO.

Anwar boleh bertahan disebabkan pertukaran "shift" segmen sokongan yang diterimanya.

Bila "shift" kumpulan yang pertama sudah tahu siapa dan apa tembelang Anwar, mereka pun lari, dan digantikan pula dengan shift kumpulan ke-2 yang sedikit fresh. Bila shift kumpulan ke-2 ini pun tahu tembelang dan temberang Anwar, maka sokongan terhadap Anwar berganti baru pula dari segmen sokongan yang baru. Begitulah seterusnya. 

Itulah rahsia kubu pertahanan Anwar. Anwar asyik berpindah-randah dari satu kubu ke satu kubu yang lain untuk melindungi diri dan menunjuk kekuatan.

Kini, kubu sediada Anwar di kalangan kaum melayu dan India sudah hampir berjaya dilumpuhkan sepenuhnya. Saki baki kubu yang tinggal sudah tidak selamat lagi untuk Anwar terus bertahan dan mendapatkan perlindungan.

Tetapi, Anwar sempat membina kekuatan dan kubu pertahanan baru bagi menggantikan kubu pertahanan lama yang sudah tidak sempurna.

Kubu pertahanan yang dibuat dari barisan manusia yang bernama "kubu cina" sedang dijadikan kubu pertahanan utama Anwar. Di atas bantuan DAP, Anwar berjaya menyiapkan kubu pertahanan cina ini dengan sekelip mata.

Kepal Nasi menjangkakan "kubu pertahanan cina" ini adalah merupakan kubu pertahanan terakhir sebelum Anwar ditumpaskan secara total.

Di dalam mana-mana peperangan pun, kubu terawal dan kubu terakhir adalah kubu pertahanan yang paling kuat dan kukuh. Jika kubu pertahanan awal roboh, maka sebelum musuh mara untuk memusnahkan kubu terakhir, pihak musuh terpaksa berhadapan dengan kubu-kubu lain yang berada disepanjang medan pertempuran menuju ke kubu pertahanan terakhir.

Hari ini Anwar sudah terperangkap di dalam kubu pertahanan paling akhir sebelum nyawa dan hayat politiknya musnah.

Walaupun hampir 100% kaum cina memberikan sokongan kepada pakatan Anwar-DAP, dan kubu terakhir Anwar ini kelihatan kuat dan gah, tapi harus diingat "kubu cina" yang dibina ini adalah kubu pasang siap. "Runtuh sekeping runtuh semua". Satu batu blok rosak, satu dinding akan runtuh.

Kubu cina ini tidak kuat semangat dan daya juang kerana kiblat kubu cina ini bukan kepada Anwar. Mereka bersama Anwar bukan kerana Anwar. Mereka bersama Anwar di atas kepentingan opportunist dan chauvinist kaum cina. Mereka hanya menyokong Anwar kerana mereka sudah diyakinkan bahawa "Ini kali BN pasti kalah".

Tetapi, apabila perkara ini tidak berlaku, kaum cina sedar bahawa mereka sudah kalah bertaruh. Keputusan PRU13 adalah umpama "peristiwa kalah judi" bagi kaum cina.

Selepas ini kita akan saksikan bagaimana puak-puak kalah judi ini lari lintang pukang.

Anwar akan ditinggalkan secara enblock oleh kaum cina. Satu demi satu dinding kubu pertahanan Anwar akan runtuh dengan sendiri.

Akhirnya kubu Anwar akan jadi kubu Kerajaan Negeri Pasola yang hanya tinggal kerusi Anwar anak-beranak dengan beberapa tiang balai yang masih setia memayungkan Anwar ditengah-tengah padang jarak padang tekukur.

3 comments:

  1. Kelakuan yg boleh menolak kebimbangan tidak berasas sesetegah pihak sebelum ini yang telah menerima dakyah pihak-pihak tertentu. Kononnya sekiranya Pakatan Rakyat menang, negeri ini akan dikuasi oleh orang Cina. Dengan apa yang berlaku ke atas Azmin, Dr Rani dan Husam Musa di Kelantan itu, menjelaskan bahawa kuasa 'penuh' dalam menentukan ketua kerajaan terletak di tangan sultan? Maknanya selagi sultan tidak bertukar menjadi Cina atau India maka selama itulah penguasa atau pentadbiran negara ini orang Melayu.

    Kalau begitulah yang menjadi amalan dan peraturan digunapakai elok kalau sebelum menamakan calon untuk bertanding dalam pilihan raya parti kena mengemukakan calon-calon mereka kepada sultan terlebih dahulu untuk mengetahui akan sultan berkenan atau tidak. Ini penting bagi mengelakkan hal-hal yang sudah berlaku itu terjadi.

    Kerana kalau sultan tidak memberi perkenaan, calon-calon yang dibayangkan untuk jadi MB atau Exco oleh parti yang menang tidak akan dapat dilaksanakan kerana mereka yang dicadang itu tidak mendapat perkenan sultan. Ini menjelaskan dalam apa juga perkara perkenaan sultan diperlukan.

    ReplyDelete
  2. Meruntuhkan kubu cina ialah meletakan mereka dlm ekonomi tidak stabil Dan di jaringan besi...boikot Chinese last sedikit sebanyak membantu.

    ReplyDelete
  3. Nasib baik kubu pertahanan Sulu tidak berjaya di bina oleh Nuar, jika berjaya tempoh hari dia dapat satu lagi kubu baru dan di Sabah pula.

    ReplyDelete