Tidak seperti pasca PRU12. Pasca PRU13 tidak kelihatan suasana bimbang, lontaran kritikan mahupun pandangan konstruktif yang berani dari mana-mana pihak terhadap prestasi BN PRU13 dan masa depan parti.
Pasca PRU12 dulu sungguh dramatik, kritikal dan tegang. Tapi, pasca PRU13 kelihatan "business as usual". Macam tiada apa yang berlaku.
Pelbagai kritikan dan desakan dari pelbagai pihak telah dilontarkan khususnya terhadap Perdana Menteri, DS Abdullah Ahmad Badawi, sebaik saja BN gagal menang 2/3 pada PRU12.
Kali ini sungguh pelik. Semua pihak mengambil sikap berhati-hati dan amat berhemah dalam sebarang kenyataan yang ingin dibuat.
Hanya Tun Daim dan DS Zainuddin Maidin yang sedikit keras, tetapi bukan secara langsung terhadap Perdana Menteri. Hanya bercakap "pukul anak sindir menantu". Menyarankan agar Penasihat Perdana Menteri "resign" kerana telah memberi nasihat yang salah kepada Perdana Menteri.
Apa yang "paling membimbangkan" Kepal Nasi ialah "apabila kelihatan tiada kebimbangan" dari mana-mana pihak berkaitan dengan prestasi BN yang semakin melongsor.
Apabila seseorang tiada kebimbangan apabila berkaku sesuatu yang buruk, ini memberi gambaran bahawa seseorang itu tiada keprihatinan terhadap apa yang telah berlaku. Ataupun, ia memberi gambaran bahawa seseorang itu tidak tahu apa yang sedang berlaku, dan ia juga memberi gambaran bahawa seseorang itu tidak tahu apa-apa dan tidak nampak apa-apa implikasi masa depan dari apa yang telah berlaku.
They are annoying people.
Jika gambaran ini yang sedang berlaku di kalangan kepimpinan BN, maka hari-hari mendatang buat BN mungkin tidak lagi indah seperti sebelumnya.
Jika gambaran ini yang sedang terjadi di kalangan pemimpin UMNO, maka ia amatlah membimbangkan bagi kedudukan masa depan orang melayu dan agama Islam di negara ini.
Jika gambaran ini yang sedang berlaku di kalangan pemikir-pemikir negara, amat jelas masa depan negara adalah sangat-sangat membimbangkan.
1. Jika kita sudah tidak sedar apa yang sedang berlaku di sekeliling, itu tandanya kita sedang berada di antara separuh sedar atau hampir koma.
2. Jika kita sudah tidak boleh lagi membaca "apa" kemungkinan yang akan berlaku di masa depan, dan tidak mampu berbuat apa-apa, akibat dari sesuatu musibah dan mala petaka yang sedang terjadi, itu menandakan bahawa kita memang benar-benar sudah berada di dalam keadaan koma.
3. Jika kita sudah tidak mampu lagi menggunakan akal dan anggota badan kita sudah tiada kudrat, dan tidak merasa apa-apa lagi, walaupun daging dan tulang kita dilapah-lapah, itu menandakan roh sudah keluar dari badan dan kita sebenarnya sudah mati atau tidak bernyawa lagi.
Di tahap manakah kita sedang berada kini?
Apakah ditahap separuh koma, koma sepenuhnya atau roh sudah bercerai dari badan?
Atau pun kita masih sehat dan segar bugar?
Ataupun adakah kita hanya sakit pening biasa-biasa saja?
Atau adakah kita sememamgnya sedang sakit kuat tapi kita cuba menafikannya dengan berpura-pura sehat dan melakukan jogging di keliling taman?
Atau, adakah kita sudah mati tapi kelihatan hidup seperti patung-patung di "Madam Tasaud"?
Kita perlu seorang PM yg berkeupayaan memberi nyawa kpd Perlembagaan.
ReplyDeleteApa yg berlaku hari ini menunjukan seolah2 negara ini tiada hala tuju dan identiti walhal Perlembagaan itu jelas.
Mungkin inilah dosa terbesar UMNO terhadap semua org Melayu dan Pribumi.....membelakangkan Perlembagaan utk menjaga hati MCA,Gerakan dan MIC. Kemungkinan pemimpin2 UMNO sudah terlalu dikenyangkan olih tokey2 MCA.....terus layu dan lena tidur.
Pemimpin2 UMNO buat2 tak faham yg MCA atau Gerakan atau DAP tiada perbezaan malah terus berbangga dgn cara kepimpinan yg pasti akan merugikan Melayu dimasa akan datang.
Buang Najib insyaallah Agama Bangsa dan Negara akan terselamat.
saya penyokong pembangkang...saya suka blog ini
ReplyDelete