Sunday, May 26, 2013

ANWAR: JUSUF KALLA AGEN KONSPIRASI NAJIB UTK AIBKAN SAYA!!

Masyarakat yang dikatakan tidak bertamadun adalah masyarakat yang hidup bebas tanpa perlu kepada sebarang mekanisma undang-undang dan peraturan untuk mengawal selia kehidupan diri dan masyarakat yang ada.

Nilai ketamadunan dan peradaban manusia menurut definasi Anwar pula ialah sejauh mana komuniti di habitatnya boleh membebaskan diri dari sebarang peraturan hidup yang diwujudkan, dan seandainya ada mana-mana pihak  cuba untuk mendaulatkan undang-undang dan peraturan, mereka ini pula yang akan "dicop" tidak bertamadun.

Tiada ubat penunduk yang boleh digunakan untuk menundukkan Anwar dan komuniti di habitatnya supaya akur dengan hakikat kehidupan yang bersendikan peraturan dan undang-undang, melainkan "mengkandangkan" mereka sepertimana pengembala mengandangkan lembunya. Kita tidak boleh mengharapkan lembu akan "terfikir sendiri" di atas rasa pertanggungjawaban untuk tidak memakan tanaman atau jangan masuk kampong orang sesuka hati. 

Maka sebab itulah, pengembala perlu menyiapkan kandang dan padang rumput yang khas sebagai jalan keluar untuk mengawal dan menguruskan kehidupan lembu-lembu yang tidak berakal ini. 

Tiada pilihan lain, melainkan peraturan dan kaedah pencegahan perlu diwujudkan terhadap lembu ini demi kebaikan lembu ini sendiri dan juga demi kebaikan manusia bertamadun yang tinggal di sekitarnya. Bukan bermaksud untuk bertindak zalim, mengongkong atau menyekat kebebasan lembu-lembu tersebut. 
Tetapi, ia sudah menjadi suatu keperluan demi untuk membolehkan semua pihak termasuk lembu-lembu tersebut dapat hidup secara lebih tersusun, sistematik dan bertamadun.

Sudah jelas, Anwar ini jenis manusia yang tidak akan tunduk kepada apa saja sistem dan peraturan hidup yang telah digubal dan dibentuk di negara ini. "Tidak mahu tunduk" adalah sebahagian dari pendekatan peperangan Anwar yang berstatus "pembangkang". Sebagai pembangkang, Anwar percaya kaedah meletakkan diri mengatasi undang-undang ini boleh membantu membentuk persepsi umum bahawa beliau seorang pejuang tulin yang tidak takut berhadapan dengan apa jua risiko dan cabaran demi menegakkan keadilan dan demokrasi. 

Hari ini beliau telah meletakkan dirinya lebih tinggi dari kedudukan raja berperlembagaan, kuasa eksekutif dan badan kehakiman yang menjadi tunjang kepada sebuah kehidupan bertamadun di Malaysia.

KDN disarankan agar membawa semula Undang-undang SOSMA ini ke Parlimen. Perketatkan akta ini khusus bagi membendung gerakan tidak bertamadun yang sudah dijadikan sebagai satu cara hidup oleh Anwar Ibrahim dan para pengikutnya. Tujuan mereka hanya satu, iaitu untuk menimbulkan suasana tegang dan ketidakstabilan hidup berlaku di kalangan rakyat negara ini.

ISA telah dihapuskan walaupun tanpa tekanan. 

Pembangkang sendiri pun terkejut dengan pengumuman kerajaan secara tiba-tiba memansuhkan akta pencegahan yang mana Singapura sendiri pun belum berani untuk memansuhkannya. Malah, kerajaan USA pun, turut mencontohi undang-undang ISA ini. Hari ini ribuan tahanan Guatanamo masih merengkok di penjara tanpa diberikan hak untuk membela diri.

KDN perlu semak dan pinda semula "hak untuk berhimpun" yang diperuntukan di dalam SOSMA.

Hak untuk berhimpun harus dibenarkan. Yang tidak dibenarkan ialah menyalahgunakan perhimpunan untuk menyebar segala maklumat dan fakta tidak benar dan berunsur fitnah atau berbentuk rekaan sehingga rakyat timbul rasa benci terhadap pemerintah yang terhasil dari maklumat palsu dan fitnah.

Jika terdapat unsur yang boleh mendatangkan kebencian, hingga menyebabkan pihak yang termakan hasutan memusuhi pihak yang telah terfitnah hasil dari perhimpunan tersebut, maka hukuman yang paling berat harus dikenakan terhadap pihak penganjur dan penceramah yang telah mendatangkan kemusnahan kredibiliti di pihak yang terfitnah.

Dosa Fitnah itu lebih besar dari dosa membunuh. Maka mereka yang melanggar dan menyalahgunakan hak untuk berhimpun ini, tidak salah jika dicadangkan hukuman penjara seumur hidup ataupun hukuman mati mandatori kerana implikasi fitnah yang dibawa boleh menjejaskan keamanan dan mendatangkan permusuhan di antara dua pihak. 

Lebih malang lagi apabila permusuhan dan ketegangan yang sengaja diundang ini berpunca dari maklumat palsu dan fitnah yang direka-reka.

Membenarkan manusia menyalahgunakan perhimpunan sehingga menjejaskan hak majoriti rakyat untuk hidup dan menikmati pentadbiran sebuah kerajaan yang telah mereka beri mandat, samalah seperti membenarkan lembu-lembu minoriti yang bebas berkeliaran di dalam kampong halaman yang telah dibina di atas kemahuan majoriti manusia yang ingin hidup aman dan selesa di kampong tersebut.

Jumlah kehadiran 30 ribu peserta perhimpunan tersebut tidak pun melebihi atau menyamai jumlah pengundi yang berdaftar di satu-satu kawasan parlimen, dikatakan kekuatan kuasa rakyat, "kepala ayah eh tu", sedangkan hak dan mandat yang telah diberikan oleh jutaan silent majority kepada BN untuk memerintah cuba dinafikan.

No comments:

Post a Comment