Rawatan kepada penyakit harus tepat berdasarkan punca dan jenis penyakit yang sebenar. Sakit yang sama seperti sakit perut tidak semestinya berpunca dari faktor yang sama. Ia mungkin salah makan atau angin dah masuk kerana lambat makan. Atau mungkin juga masalah ulser usus ataupun apendik.
Semua punca ini perlukan kaedah rawatan yang berbeza dan mesti "kena" ubatnya. Tidak cukup hanya dengan "mentekedaghah" ubat tahan sakit. Ubat tahan sakit perlu juga tapi tidak boleh hanya bergantung pada ubat itu. Rawatan terhadap penyakit itu yang paling penting.
Kerap kali doktor juga terlalai dan gagal mengenal pasti penyakit sebenar. Bila gagal dalam diagnosis, pasti rawatan susulan juga akan gagal kerana lain penyakitnya, lain yang di diagnosis.
Kesilapan mengenal apa kelemahan dan kekuatan sebenar adalah punca kesilapan sehingga BN ditolak pada PRU2008 lalu.
UMNO/BN gagal mengenal pasti apa kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman sebenar. Kegagalan mengenal pasti "swot" sebenar telah menyebabkan pimpinan merangka pelan pemulihan kepercayaan rakyat dengan cara yang salah hingga menyebabkan prestasi BN dalam PRU13 lebih merosot dari PRU2008.
Ancaman utama UMNO pasca PRU2008 ialah faktor sokongan orang melayu terhadap UMNO tidak lagi sepertimana sebelumnya. Melayu sudah berpecah dua. Sebahagian melayu cenderung kepada pembangkang dan sebahagian lagi cenderung bersama UMNO. Kekuatan 2 pihak melayu yang berpecah ini hampir seimbang.
Punca orang melayu meninggalkan UMNO mestilah ada asasnya, Mereka sudah tidak yakin dengan kepimpinan dan budaya politik UMNO kini. Mereka skeptikal dengan kemampuan UMNO untuk memperjuangkan hak-hak mereka sebagai melayu dan sebagai penganut agama Islam. Ada juga meninggalkan UMNO kerana alasan kecewa tidak mendapat tempat dan pelbagai alasan lagi. Tidak kisahlah apa alasan pun. Pokoknya ramai kalangan orang melayu sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap UMNO.
Inilah "root cause of the problem" hilangnya kekuatan orang melayu kerana UMNO adalah platform teras kekuatan melayu selama ini. Memang terdapat tambahan 9 kerusi yang dimenangi UMNO berbanding PRU2008 kepada kedudukan 88. Tapi ia belum cukup untuk menyebabkan kaum cina tiada pilihan melainkan terpaksa menyokong BN.
Seharusnya pemimpin UMNO membuat percaturan dan merangka formula bagaimana untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan orang melayu agar kembali bersama menyokong UMNO untuk membina semula kekuatan melayu. Pemimpin UMNO harus menjadikan pembinaan semula keyakinan umat melayu terhadap UMNO sebagai matlamat utama. Dengan matlamat ini barulah UMNO akan kembali dihormati oleh rakan kongsi sebagai teras utama dan tulang belakang kerajaan BN.
Jika tulang belakang sudah berpenyakit kronik dan lemah, maka manusia tidak akan mampu untuk bangun apatah lagi untuk berjalan. Jika mahu duduk dan berjalan, ia perlukan sokongan yang kuat dari orang lain atau alat lain seperti tongkat. Jika tiada orang lain membantu atau orang lain sudah lari dan tidak mahu bersama, manusia ini tidak akan mampu berjalan atau berdikari.
Inilah yang dialami oleh UMNO. UMNO tidak kembali kepada asas untuk mengusahakan rawatan sewajarnya bagi membolehkan orang melayu kembali percaya dan berbondong menyokong UMNO.
UMNO "takut-takut untuk berubat" dan melakukan rawatan intensif untuk memulihkan "penyakit dijauhi oleh orang melayu", sebaliknya mengambil kaedah memberi tumpuan kepada menambahbaik tongkat dan memberikan segala-segalanya kepada teman dan rakan pesakit. Tujuannya berbuat demikian, agar teman pesakit ini akan terus setia membantu, memapah dan berjalan bersama pesakit ini ke mana saja. Sebaliknya, penyakit sebenar "dijauhi orang melayu" tidak dirawat secukupnya kerana takut-takut.
Kerajaan asyik membela, memanjakan dan mengambil hati rakan komponen terutama rakan kongsi cina dengan bertindak melayan dan memenuhi apa sahaja permintaan mereka kerana mengharapkan mereka akan kembali menyokong BN bersama-sama orang melayu melalui parti komponen masing-masing.
Percaturan meningkatkan keupayaan alat sokongan kerana pesakit takut berubat ini telah menghasilkan kos melepas, di mana orang melayu terus menjadi skeptikal dan kecil hati dengan "pendekatan memberi muka" kepada rakan kongsi secara berlebihan hingga orang melayu sendiri merasakan hak mereka terjejas dan tidak dipertahankan secukupnya.
Akhirnya, aoa yang berlaku, sokongan orang melayu tidak diperolehi seperti yang diharapkan, manakala sokongan kaum cina pula terbukti jelas tidak diperolehi. Kaum cina hanya menjadikan politik sebagai platform tawar-menawar yang penuh dengan lakonan.
Accountability bersama, kaum cina untuk mewujudkan sebuah kerajaan dan negara yang stabil secara perkongsian kuasa yang adil bukanlah matlamat mereka. Mereka lebih cenderung untuk memanafaatkan setiap kesempatan dan ruang yang wujud untuk "bermain-main dan melakukan proses tawar-menawar" untuk menafaat mereka semata-mata.
Mereka lebih cenderung untuk menjadi kuasa penentu kemenangan dalam setiap pertarungan yang berlangsung. Budaya dan sindiket "god of gambler" sangat menebal di kalangan mereka.
Akhirnya, percaturan dan pendekatan Perdana Menteri yang begitu accomodative terhadap permainan tawar-menawar kaum cina ini terbukti bukanlah suatu pendekatan yang betul. PM seolah-olah telah ditipu dan terjerat dengan permainan "god of gambler" kaum cina.
Kenapa semua ini terjadi? Tiada sebab lain, kecuali disebabkan kegagalan kepimpinan UMNO mengenal pasti kekuatan dan potensi diri serta gagal mengenal pasti kekuatan dan ancaman atau sikap opportunis rakan sendiri.
Faktor lain yang patut diperkuatkan, lain pula yang diberikan tumpuan.
Tumpuan utama sepatutnya difokuskan untuk membesarkan bayi. Pelaburan patut ditumpukan terhadap pembesaran tubuh badan bayi agar sehat dan cergas. Tetapi ibubapa lebih menumpukan pelaburan membeli dan menyediakan alat sokongan dan barang permainan yang canggih2 dan mahal sebagai langkah stimulasi dan untuk mempercepatkan bayi berjalan dan berlari.
Akhirnys semua alat sokongan dan barang mainan dimenafaatkan oleh anak jiran kerana anak sendiri tidak sehat dan lemah tukang belakang kerana ibubapa hanya melabur susu bayi yang murah dan tiada kualiti.
BN/ UMNO gagal memahami sifir "Power equation model" yang telah dirangka dan diformulasi oleh forefathers dengan begitu sempurna.
Pemimpin terdahulu menjadikan kekuatan umat melayu melalui UMNO sebagai asas atau modal untuk memasuki padang permainan dan pasaran yang penuh dengan tipu daya, opportunistik dan bersifat kapitalis.
Hari ini pemimpin UMNO turun ke padang permainan ini dalam keadaan modal asas yang sudah "diluted" sokongan asas melayu dengan mengharapkan rakankongsi akan menyuntik modal sokongan mereka bagi meraih keuntungan bersama melalui BN Incorporated.
Akhirnya, UMNO terjerat apabila pihak pemodal secara senyap-senyap telah mengalirkan sokongan dan segala keuntungan yang sepatutnya diperolehi oleh BN Incorporated kepada anak syarikat milik penuh mereka, DAP Chauvinist Pte Ltd.
No comments:
Post a Comment