KUALA LUMPUR 6 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mahu agar Khairy Jamaluddin Abu Bakar terus memimpin sayap pergerakan UMNO itu.
Naib Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Pemuda UMNO yang berbincang mengenai perkara itu telah merayu kepada Khairy untuk menawarkan diri sebagai Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan parti akan datang.
Barisan exco boleh buat apa saja resolusi. Itu hak mereka. Tetapi ia tidak mengikat institusi pemuda itu secara "unanimous".
Sebenarnya isu "merayu" ini tidak berbangkit kerana Khairy tidak pernah menyatakan untuk tidak mempertahankan jawatan.
Apa yang pernah dinyatakannya berkali-kali ialah tidak mahu mempertahankan kerusi Parlimen Rembau, sebaliknya dia menekankan untuk mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO dan hanya mahu menumpukan kerja-kerja pemuda dalam menarik sokongan anak muda.
Sekarang kerusi parlimen yang dia sendiri tidak mahu pun dia pertahankan, masakan kerusi ketua pemuda pula yang dia tidak mahu.
Dari mana datangnya istilah merayu ini. Rayuan hanya berlaku apabila permohonan ditolak. Ataupun, bila seseorang itu sudah tidak sudi lagi. Bila Khairy menolak dan bila Khairy menyatakan dia tidak sudi lagi?
Jika memang tidak kelihatan sikap "bacul", kenapa Razali mesti menampakkan kebaculannya dengan penggunaan istilah seolah-olah pemuda terlalu terdesak bakal kehilangan Khairy, walhal tiada sepatah perkataan pun dari Khairy dia akan meninggalkan pemuda.
Jika kita tidak perlu guna perkataan berunsur membodek, kenapa Razali harus menunjukkan kenyataan unsur "bodek"?
Apakah Khairy yang minta barisan Exco keluarkan kenyataan "merayu" untuk tujuan menggambarkan kepada umum bahawa Khairy tidak kisah dan tidak kemaruk jawatan ketua pemuda?
Apakah dia mahu menggambarkan kepada umum bahawa pemuda sebenarnya yang tergila-gilakan dia? Dia mahu gambarkan pemuda tidak mampu kehilangan kepimpinan Khairy?
Atau, dia mahu gambarkan pemuda lebih terdesak memerlukan Khairy daripada MKT memerlukan Presidennya kerana MKT pun tidak sampai ke tahap merayu agar DS Najib terus memimpin UMNO?
Memang benar, pemimpin UMNO akan "secara otomatik" menjadi lebih kreatif, lebih passionate, lebih mahir dan bijak mengatur strategi jika ia berkaitan dengan isu mempertahankan kerjaya politik masing-masing.
Mereka hanya tidak pandai dan secara otomatik jadi bodoh, buntu dan kaku bila "parti diserang dan dikerjakan" pembangkang. Tapi kalau sekadar serangan politik dalaman, ""insyaallah kita ada cara untuk atasi. Ahli dan perwakilan UMNO di bawah ni "mudah diurus" dan "mudah lentok". Bukan agresif macam pembangkang""
Worih esei stuju 200%. Sikap mcm inilah yg buek generasi mudo makin bonci kek umno. Pengundi nak tengok umno khasnya pemudo ado semangat juang bkn ampubodek sobab nak jago kedudukan masing2. Nampak bonar pemuda dah tak dapek menyelami sentimen dan aspirasi pengundi mudo.
ReplyDeleteRazali Ibrahim jangan buat malu Johor woii...kalau kau ikut perangai ex-boss kau yang macam pondan tu bagus kau jangan masuk politik...
ReplyDeleteMalu aku ngaku anak Johor ada pemimpin pondan macam kau...kenapa kau tak cakap kat KJ...Tuanku KJ, mana titah patik nak junjung...macam celaka kau ni...aku sumpah kau jangan kau menderhaka kepada UMNO. Kalau kau dah malas jd NKP bagus kau berambos.
Ci na dap lalnat sedang tepuk tangan beb.......
ReplyDelete