Sunday, June 16, 2013

PERJANJIAN KONGSI GELAP HAI SAN -GEE HIN DI JAKARTA DIBAHARUI!!



Kenapa mesti sampai mengguna pemimpin asing untuk selesaikan masalah politik dalam negara? Lainlah kalau konflik di negara ini sudah sampai ke tahap peperangan dan keganasan luar batasan seperti konflik Moro-Manila, Timor-Timor atau seperti di sesetengah negara Afrika.

Apa perlunya orang tengah seperti Jussuf Kalla untuk membuat perjanjian sulit. Apa locus standi yang ada pada Jussuf Kalla? Apakah Jussuf Kalla ini setaraf dengan PBB? 

Lihatlah. Sebaik saja Anwar engkar dengan perjanjian sulit tersebut, paling-paling pun Jussuf Kalla hanya boleh membuat tindakan mendedahkan wujudnya perjanjian. Bukan boleh kenakan apa-apa tindakan pun terhadap Anwar. Malah Jussuf Kalla pun terjerat dengan game Anwar yang tidak mahu mengaku dia yang minta Jussuf Kalla jadi orang tengah, sebaliknya memusing cakap mengatakan Jussuf Kalla yang nak jumpa dia.

Inilah nilai dan taraf haprak yang dimiliki oleh sesetengah pemimpin di negara ini. Berpolitik tidak mengenal sempadan, batas dan garis panduan. Jika boleh satu dunia mahu diperguna dan diperalatkan dan dijadikan bahan manipulasi untuk memenuhi agenda politik haprak mereka.

DS Najib pun sama 2x5. Terikut-ikut dengan apa saja rentak yang dimainkan oleh Anwar. Bila sudah terdedah kepada umum pun masih tidak mahu memperjelaskan secara terus-terang apa yang sebenarnya berlaku dan apa tujuan di sebalik perjanjian yang telah disembunyikan dari pengetahuan parti, gabungan, barisan kepimpinan dan penyokong masing-masing.

Kenapa mereka berdua ini membuat perjanjian sulit tanpa pengetahuan sesiapa dengan menjadikan orang asing sebagai saksi dan orang tengah. Kedua-dua individu ini berjanji di atas kapasiti apa? Di atas locus standi apa? 

Apakah hanya mereka berdua yang berhak ke atas negara ini dan hanya mereka berdua yang boleh menuntut secara faraid terhadap segala warisan negara ini sehingga mereka berdua bebas melakukan perjanjian persefahaman tanpa perlu dimaklumkan kepada mana-mana stakeholder lain di negara ini?

Jangan sama-tarafkan kedaulatan negara ini seperti mahu menentukan hak pemilikan sebuah lombong bijih timah. Kenapa mereka berdua mengulangi perjanjian sulit tanpa locus standi ala-kumpulan Kongsi Gelap Hai San dan Gee Hin yang berperang bukan di atas maksud negara, sebaliknya hanya mahu menguasai pemilikan konsesi lombong bijih timah? 

Kumpulan Kongsi Gelap yang membuat kacau dan berperang sesama sendiri, akhirnya Ngah Ibrahim yang mempunyai locus standi yang dijatuhkan bersalah dan dihukum membayar denda oleh British kepada kongsi gelap.

2 comments:

  1. Assalammualaikum wmt,
    Si Dajjal tu sangat ingin bertemu atau bertentang mata dgn DS Najib kerana dia mahu mengenakan PM dgn ilmu hitamnya.
    Oleh kerana ilmu hitam yg digunapakainya itu berasal dari Indonesia, maka si Dajjal yakin ianya akan berkesan sekiranya dia dapat bertemu muka dgn DS Najib di negara berkenaan.

    Mengikut penjelasan yg teman dengar, si Dajjal tu sangat yakin bahawa dia akan jadi PM selepas PRU 13 sepertimana diyakinkan oleh bomoh yg memberikan ilmu hitam itu kepadanya.

    Bagaimanapun, manusia merancang Allah swt yg menentukan.
    Dari segi ikhtiar manusia, seperkara yg si Dajjal tu tak perasan ialah seminggu sebelum PRU 13, seorang imam Masjid Nabawi berada di negara ini hingga 4hb Mei.
    Mungkin tugas imam itu ialah menghalang kerja jahat 'jin afrit' yg digunakan si Dajjal semasa pilihanraya berjalan.

    Alhamdulillah, kehendak Allah swt masih memihak kepada rakyat negara ini yg masih yakin dan taatkan perintah Allah.
    Namun walaupun menang sedikit, ada pengajaran yg terpasa diambil dari peristiwa ini. Allah masih sayang.
    Allahhuakbar....

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Perjanjian sulit antara DS Najib dan DSAI melalui moderator Jusuf Kalla umpama 'kowtim gangster/kongsi gelap'. PM Najib telah menghumbankan kepercayaan rakyat Malaysia dengan terlibat sama dalam 'muafakat gila' sebelum PRU13 itu.

    DSAI bukanlah orang yg layak dibawa bincang. Bagaimana seorang yg tidak upaya mempertahankan maruah diri sendiri (tak mahu bersumpah mahupun melakukan ujian DNA) bisa diharapkan mahu membela agama, nusa dan bangsanya?

    Inner circle PM Najib telah MEMPERDAYAKAN beliau 1000%. Apakah rasional dan signifikannya melakukan perjanjian 'bawah tanah' dengan seorang yg tak punya locus standi seperti DSAI itu?

    JELAS! PM Najib adalah MEDIOCRE!

    Lihat sahaja bagaimana beliau DITIPU HIDUP-HIDUP oleh lebih 90% komuniti Cina yg BIJAK BERLAKON mementaskan opera klasik Cina, "Ah Jib Gor".

    Penipuan itu bukannya secara selindung tetapi TERANG LAGI BERSULUH! Jika tidak masakan MCA biarkan akhbar milik penuh mereka, The Star ditarbiyahkan dan dijadikan BOM NUKLEAR OLEH DAP menyerang UMNO/BN. Ingatlah Wong Chun Wai itu pseudo-editor yg berjaya dilahirkan oleh DAP.

    Sila layari helenang.wordpress.com untuk melihat wajah sebenar mereka khususnya DAP dan Envagelista Bintang 3 di The Star yg dihegemoni oleh Hannah Yeoh Jerusubang dan Regina Lee yg diangkat oleh KJ sebagai S/U Akhbar.

    ReplyDelete