Friday, July 19, 2013

DS NAJIB JAUH LEBIH BERNASIB BAIK DARI PAK LAH

Jika dibuat perbandingan di antara DS Pak Lah dan DS Najib, nasib DS Najib jauh lebih baik dari nasib DS Pak Lah.

Pak Lah hilangkan majoriti 2/3 BN dengan memenangi 140 kerusi.

Najib pula bukan saja gagal mengembalikan semula majoriti 2/3, malah kemenangan Najib lebih buruk dari Pak Lah. Najib hanya berjaya mengutip 133 kerusi parlimen.

Pak Lah raih 35% undi kaum cina. Najib cuma berjaya meraih 3-10% undi cina. Cuma Najih berjaya menambah sedikit undi melayu. pak Lah dulu dapat purata 50-60% undi melayu, manakala Najib mendapat purata undi melayu di antara 60-70%.

Secara keseluruhannya prestasi Pak Lah lebih baik dari prestasi yang diperolehi oleh DS Najib.

1. Tetapi Pak Lah terpaksa membayar kos yang mahal akibat dari kemerosotan prestasi BN. Tekanan yang diterima dari pelbagai sudut telah memaksa Pak Lah menerima pelan peralihan kuasa, seterusnya terpaksa menyerahkan jawatan yang dipegangnya kepada DS Najib.

2. Tun M tidak memberi muka langsung kepada Pak Lah, tapi dalam kes DS Najib, Tun masih memberi muka, malah turut menyokong 2 jawatan tertinggi tidak dipertandingkan.

3. Pak Lah turut menerima surat dari Mukhriz Mahathir yang menggesa beliau meletak jawatan, tetapi DS Najib hingga kini tiada siapa kalangan orang besar parti yang menggesa beliau meletak jawatan.

4. Pak Lah dikritik kerana membuat pendekatan business as usual selepas prestasi buruk yang diperolehi pada PRU12, tetapi DS Najib tiada sesiapa yang mengkritiknya menjalankan business as usual.

5. Ahli dan pemimpin parti dipelbagai peringkat membuat gesaan terhadap kepimpinan Pak Lah agar UMNO perlu berubah sebelum rebah, tetapi tiada siapa yang menggesa DS Najib supaya UMNO perlu membuat perubahan dan mencari jalan mengembalikan kekuatan UMNO dan BN.

6. Pelbagai pihak menyatakan kebimbangan dengan masa depan parti selepas PRU12, tetapi tiada sesiapa yang bangkit dan menyatakan kebimbangan dengan prestasi lebih buruk yang diperolehi oleh kepimpinan DS Najib pada PRU13.

7. Selepas PRU12, baik UMNO mahupun MCA dan MIC riuh rendah membincang, mengkritik dan membuat pelbagai pelan perubahan kepimpinan bagi mengembalikan kekuatan masing-masing, tetapi selepas prestasi yang semakin merudum pada PRU13, semua parti-parti komponen ini "steady", seolah-olah tiada apa kemungkinan buruk yang akan berlaku pada PRU14.

8. Selepas PRU12 lalu, kesemua parti komponen BN ini pantas mengutarakan pelbagai perancangan dan inisiatif untuk mengembalikan keyakinan rakyat, tetapi hasil PRU13 lebihan defisit semakin bertambah.

9. Selepas PRU13, hingga kini tiada apa-apa rancangan yang ketara boleh dilihat telah atau sedang dilakukan dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat. 

Apakah UMNO dan BN sudah menemui formula penyelesaian untuk mengembalikan kekuatan dan keyakinan rakyat pada PRU14, iaitu "dengan cara tidak perlu berbuat apa-apa?"

Apakah formula "tidak perlu buat apa-apa" ini berkesan dan berupaya mengembalikan kekuatan UMNO/BN?

Mari kita bertawakkal dan tunggu saja apa nak jadi pada PRU14 nanti.

22 comments:

  1. 1Malaysia berjaya? Berjaya menjunamkan prestasi BN!

    ReplyDelete
  2. UMNO BN dok berkabung lagi atas kegagalan memperolehi kepercayaan dan undi dari kaum CINA, zaman pak lah pencetus ketidak percayaan kaum cina pada pemerintahan melayu, dan zaman najib adalah zaman depa cina test market,pru14 sok kalau UMNO BN dok tido lagi sekarang..maka jahanam. la ni cakap banyak tak payah lah, Najib, u laksanakan undang2 islam seperti yang di wajibkan oleh ALLAH, insyaallah we muslim will support u 100% or else Najib please step down, anda gagal menegakkan Islam di Malaysia maka anda sebuah seorang kepala negara Islam yang gagal

    ReplyDelete
  3. Najib tak semudah itu untuk meletakkan jawatan. Satu-satunya cara untuk menyingkirkan najib ialah melalui pemilihan umno dalam PAU nanti.

    ReplyDelete
  4. Salam.diam tun berisi..silap najib kalau ingat tun nasihat tu tidak berasas...najib tak buat apa lepas prestasi teruk...tun dah bertindak kot....kejutan d pau nanti....

    Budakteranung

    ReplyDelete
  5. Najib kalu dh rasa x mampu nk jd PM elok la dia turun dgn cara terhormat..minta pandangan Tun M siapa yg layak menjadi PM selepas Najib..selepas PRU13 x nmpk apa2 perubahan dgn kabinet yg baru nie..melayu dn islam semakin teruk di hina tp tindakan agak lmbt..mgkn kah ini kali terakhir umno bn memerintah bumi Malaysia ini? Hrp umno bn dpt buat sesuatu...aku tk rela negara ini di perintah oleh manusia MUNAFIK@GAY TUA..

    ReplyDelete
  6. Mungkin ada yg mereka tahu yg kita tx tahu!

    ReplyDelete
  7. bunuh kepala segala bapak setan - anuar berahim....settle! dajal paling besar yg melaga2kan rakyat malaysia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah kerana anda tahu siapa sebenarnya yang menyebabkan kemelut ini. Ucapan Anwar mengata 'Melayu Keparat' memberi lampu hijau kepada cinabeng berani mengutuk Melayu hatta agama nya. Anwar is the root cause. Noktah.

      Delete
    2. dah jgn jadi macam mereka yg dok salahkan umno..
      la ni kita lak nak salahkan anwar..
      cam ni punya politik..anak aku tahun 5 pun boleh jd menteri

      Delete
  8. Yang paling ketara sekali selepas PRU13 sikadok betul-betul dah naik junjung.

    ReplyDelete
  9. Model negara islam macam mana yg nak dikut macam arab saudi ke, iraq ke,, pakistan ke mesir ke, cuba citer. Cakap bolehlah macam pemimpin pas yg menyalahkan kerajaan umno yg tidak melaksanakan pemerintahan islam. Sedangkan mereja sendiri tidak ada pelan perlaksanaan model negara islam mengikut kehendak alquran. Adakah dengan perlaksanaan hukum huduh negara itu dikatakan negara islam. Asyik nakkan negara islam entah macam mana model negara islam itu hingga menyebabkab orang melayu islam berpecah belah dal lemah kuasa politik Kesempatan ini lah diambil oleh musuh islam parti dap yg kuat perkauman nya terhadap melayu islam setelah dilihat mereka tidak bersatulah. Adalah kita ingin melihat generai orang melayu islam seperti kaum pendatang di negara sendiri apa bila mereka berkuasa kelak. Setelah itu adakah kita akan masih nakkan negara islam lagi kepada org kapir laknatullah ini. Bersyukurlah nikmat kemakmuran yg tuhan beri di atas doa org yg meminta ditambahkan rezeki, diberikan ketenangan hidup dan sebagainya. Sebab itu umno berkuasa atas izin allah untuk mengabulkan doa org yg meminta dgn kerajaan yg memberi kestabilan politik kepada negara.

    ReplyDelete
  10. Senarai PM dan KPI yang mereka telah capai.

    1. Tunku Abd Rahman - success
    2. Tun Abd Razak - success
    3. Tun Hussein Onn - success
    4. Tun Mahathir - double success
    5. Tun Abdullah - fail
    6. Tun Najib - double fail

    ReplyDelete
  11. Silap tu... Tun M - triple success...& tiada yg dpt menandinginya. Semoga beliau dirahmati selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. smoga tun m dpnjangkn umur,dberi kshatan yg baik dan

      dirahmati Allah. Amin..,

      Delete
    2. BUTA SEJARAH generasi muda kini.

      Delete
  12. Najib perlu mendengar suara hati melayu yang merasakan bahawa mereka diperbodohkan oleh orang cina. Najib yg kena tipu kenapa kita amat terkilan? Tidak sanggup saya memikirkan sejarah PR baru2 ini. Pada saya biar Najib tidak menepati janji, buat apa hendak ditepati janji sekiranya yang diberi itu rata2 menyokong pembangkang? bodohkan? Tidak apa janji tidak ditepati! Najib patut tunjukkan lebih banyak kuasanya, jangan dok takut kat cina ni. Gahlah sikit. Macam tok det walaupun sudah berumur tetapi cina masih takut kat tun. Kami mahu najib jadi macam JEBAT.

    ReplyDelete
  13. Anon July 20, 2013 at 8:38 AM,
    Ni pendapat saya je. Hehe..

    1. Tunku Abd Rahman - tak berapa success
    2. Tun Abd Razak - success
    3. Tun Hussein Onn - maintain success
    4. Tun Mahathir - triple success
    5. Tun Abdullah - fail
    6. Tun Najib - double fail

    Najib mengutamakan kaum Cina sampai melukakan hati orang Melayu..
    Dah kurang markah dari Melayu..

    Sekarang banyak transformasi yang dilakukan Najib membuatkan Penjawat Awam telah lambat naik pangkat (boleh tanya mereka tapi bukan PTD la.. hehe)..
    Markah kurang lagi dari Penjawat Awam..

    Dari orang Cina memang takda markah langsung..
    India.. sikit plak..

    Dari markah yang diterima oleh Najib ni, boleh dikatakan Najib GAGAL!..
    Andai kata Najib tidak berubah menjadi lebih baik, pasti akan ditendang oleh 'Pensyarah'!..

    ReplyDelete
  14. apa nak di harap PM pun sanggup tukar Nama Cina AH JIB GOR..Najib Must Go...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa Najib mau, dulu pandai suruh Pak Lah turun,sekarang dia pula turunlah,tak mau pula,sudah banyak dasar-dasar,idea-idea dan perancangan yang memakan diri sendiri dan merugikan melayu, banyak duit yang keluar yang membazir kalau nak bagi semua orang puas hati ,matilah.

      Delete

  15. Melayu di Tanah Melayu yg berjumlah lebih 20juta org dipimpin oleh beberapa pemimpin pondan sial yg tak boleh diharap

    20 juta Malayu takde yg boleh memimpin ker? lawak!

    ReplyDelete
  16. The root of all these disgusting problems is ...... poor administration and leadership, originally stemmed by The Sleeping PM (Dollah Badawi) and consecutively followed up by The Lame Duck PM (Najib); upon the advice of the young liberals such as KJ, Omar Ong, Kalimullah etc... and support by the Team B leadership of Musa Hitam and Shahrir Samad.

    Punca semua masalah yg terjadi adalah akibat dari pentadbiran dan kepimpinan lemah bermula dari PM yg kuat tidur (Dollah Badawi) dan diikuti oleh PM yg lembik (Najib); atas nasihat orang muda liberal spt KJ, Omar Ong, Kalimullah dll.... serta disokong oleh bekas pemimpin Team B Musa Hitam & Shahrir Samad.

    ReplyDelete