Friday, July 19, 2013

KERAJAAN PUSAT PATUT LANCARKAN "DASAR PANDANG KE KEDAH"!!@MUKHRIZ@Akta syiah

Negara kita langsung tidak layak diberi status sebagai negara liberal dan terbuka kerana sebahagian pemimpin pembangkang dan rakyat macam beruk dapat bunga bila kerajaan dilihat akur dengan idea zaman keterbukaan dan liberalisasi. 

Kerajaan "jangan pandai-pandai tanpa berfikir panjang" memansuhkan dan melonggarkan satu demi satu akta dan undang-undang sediada.

Mengurus soal keselamatan dan tahap keharmonian negara bukan seperti mengurus penetapan kadar faedah atau BLR oleh Bank Negara. Ada turun dan naik berdasarkan faktor kecairan pasaran fiskal, faktor domestik, faktor makro ataupun mikro ekonomi.

Pemansuhan atau penggubalan akta bukan berdasarkan indikator kadar  keselamatan, kadar keharmonian atau pun kadar ketenteraman awam atau kadar semasa jenayah! 

Jika kadar jenayah turun, maka kita pun pinda atau mansuhkan akta? Atau jika keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama sudah meningkat naik, maka kita longgarkan akta berdasarkan penanda aras keharmonian negara? Ayah kau...! 

Mana ada penanda aras keharmonian ataupun ketenteraman awam, ayah kau tu..!

Cuba kaji balik. Sebelum ini segala akta dan undang-undang yang ada ini pernah melalui zaman di mana ia telah digunakan sebaiknya oleh kerajaan. Akta yang ada ini juga sudah melalui zaman di mana ianya ada tapi tidak digunakan.

Cuba imbas kembali bagaimana keadaan hubungan antara kaum dan agama ketika akta ini berfungsi dengan berkesan dan bagaimana pula keadaan hubungan antara kaum dan agama ketika akta ini hanya wujud pada nama tapi sudah tidak lagi dikuatkuasakan.

Jelas sekali, bermulanya budaya menghina dan mengkeji antara kaum dan agama di kalangan rakyat mula berputik dan berkembang mekar sejak tiadanya ketegasan di dalam menguatkuasakan segala akta dan undang-undang yang telah digazet dan diamalkan sekian lama.

Rakyat mula beransur-ansur menjadi "ringan mulut" dan tidak lagi menghormati hak dan agama yang dianuti oleh masing-masing kaum dan kepercayaan, sejak mereka melihat kerajaan tidak lagi tegas dan sentiasa defensif dan reaktif dengan isu-isu dan gejala yang boleh menjejaskan dan menimbulkan keresahan di antara kaum dan kepercayaan.

Pihak-pihak yang tidak "reti bahasa" ini semakin bertambah dan semakin menjadi-jadi perangainya dari hari ke hari apabila terlalu ramai yang melanggar akta dan undang-undang ini terlepas dan dibebaskan begitu saja setiap kali mereka melanggarnya.

Apabila terlalu banyak "kes-kes terdahulu" yang boleh dijadikan sandaran oleh "para pemanipulasi undang-undang" ini sehingga berjaya melepaskan diri, maka mereka pun menjadi semakin berani melanggar dan tidak lagi menghormati institusi-institusi penguatkuasaan dan pimpinan kerajaan.

Pihak pembangkang dan NGO pro-pembangkang berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat bahawa "kerajaan tiada hak untuk mengongkong kebebasan" rakyat dalam memberikan pendapat dan pandangan yang berbeza dari pemerintah.

"Kerajaan dikritik dan ditekan agar tidak menyalahgunakan akta" dan undang-undang sewenang-wenangnya, tetapi dalam masa yang sama "mereka pula bebas memanipulasi segala loopholes perundangan" yang ada untuk menghalalkan perbuatan salah mereka.

Kerajaan tersepit di antara "pertanggungjawaban untuk mendaulatkan undang-undang" secara adil dan saksama tanpa gentar dengan "tekanan dari pihak-pihak ini supaya jangan menyalahgunakan akta dan undang-undang".

Ke sana tidak ke sini pun tidak. Nak menguatkuasakan undang-undang pun salah, tidak menguatkuasakan undang-undang pun rasa bersalah. Semua jadi serbasalah. Kerajaan seolah-olah jadi buntu dan bengap tidak tahu bagaimana untuk meletakkan akta dan undang-undang di tempat yang sepatutnya secara adil "without fear or favour".

Akhirnya keluarlah "idea luar kotak", entah kotak dari mana para pemimpin yang lemah, lembam dan buntu ini. Cadangan memansuhkan sebahagian dari akta atau gantikan akta lama dengan akta baru yang lebih relevan. Pembangkang kata, akta sediada sudah lapuk dan ketinggalan zaman, maka pemimpin kerajaan pun angguk, "ya, memang benar lapuk tuan". 

Maka timbullah idea luar kotak biasa, gubal akta baru yang kononnya lebih komprehensif dan up to date. Ada pula idea mengatakan akta yang ada wajar dan sudah sampai masa untuk dikaji dan dipinda berdasarkan realiti kehidupan era ini. 

Tetapi, dalam kepala hotak pemimpin berfikiran lembam ini melihat penyelesaiannya hanyalah melalui jalan "menambah longgarkan" akta sediada supaya kerajaan dilihat kononnya lebih demokratik, lebih terbuka. Lebih jantan dari pondan la atau kononnya supaya dilihat selaras dengan konvensyen antarabangsa lah. Supaya rakyat melihat kerajaan memahami denyut nadi rakyat la, kepala ayah eh tu.

Di mana logiknya formula pemimpin lembam ini, "jika situasi yang berlaku semakin kompleks", sepatutnya akta pun turut digubal bersesuaian dengan kompleksiti yang wujud. Bukan semakin diliberalkan. 

Penasihat "Pentalon" mana bagi idea ni?

4 comments:

  1. Yang jadi masalahnya kita berteriak marah jika orang lain mencabar kita.

    Kita melalak jika orang lain dapat kelebihan dengan mengikis hak kita.

    Kita menyalak kalau kaum minoriti minta itu dan ini. kita salahkan pemimpin kita kononnya lemah, dayus, bacul, pondan dan segalanya kerana mengikut telunjuk mereka.

    Tapi pernah dan selalukah kita bertegas desak, paksa, peras dan ugut kerajaan agar terus mempertahan dan mendaulatkan Islam,Melayu dan Raja? Kalau kerajaan tak bertindak mari kita bertindak!

    ReplyDelete
  2. MB Kedah skrg low profile tp dlm senyap beliau sedang membina semula keruntuhan Kedah oleh PAS. MB Kedah mengorak langkat yg berada di landasan tepat dlm isu2 berkaitan rakyat. yg terbaru Kedah TEGAS utk wujudkan AKTA ANTI SYIAH! Ini satu2 kefahaman besar seorng MB yg berjiwa Islam. Beliau sndiri akan berunding dgn Dato Mufti dlm soal ini demi menjaga Aqidah umat Islam Kedah.

    Semoga Kedha terus makmur dan diberakti. Awal2 jd MB Mukriz mulakan dgn bacaan Surah Yaasin dan Solat Hajat mohon Allah berikan kejayaan.. itulah jiwa sederhana Mukriz tp tegas.. Nik Najis pun kalah sbb asyik maki org wpun pakai serban..

    Hidup Mukriz.

    Kedah Senang.

    ReplyDelete
  3. Perbuatan "menambah longgarkan" akta adalah salah satu cara untuk lari dari masaalah dan tanggung jawab serta makan gaji buta. Contohnya kalaulah akta penyeludupan benih kerang dimansuhkan, maka pihak penguatkuasa berkenaan akan merasa lebih ringan kerja, kurang perlu menjawab kpd masyarakat, banyak masa dirumah bersama keluarga ....... Bab kerajaan rugi, rakyat rugi itu bab lain dan boleh pakat2 tanggung..... Satu lagi, menteri pun tak perlu buat kerja banyak he he he!!!!!

    ReplyDelete
  4. Salam Sdr KNKB,

    Kupasan yg tepat dan menusuk kalbu (itupun andainya Najib masih punya hati nurani).

    Ulasan dan hujah Sdr telah 'menelanjangkan' sisi sebenar Najib yg MEDIOCRE itu. Bahkan MKT UMNO dan barisan Kabinet Kawan-Kawan beliau terpalit sama. MEDIOCRE!

    Reaksi responsive mereka terhadap apa jua kejadah hal remeh temeh yg dimainkan serta dimanipulasi oleh Ambiga, DAPigs dan Hindraf amat NAIF sekali.

    Mintalah apa sahaja. Desaklah apa jua. Tekanlah apa mende pun. PASTI Najib akan menurutinya!

    Seorang PEMIMPIN BESAR semestinya BERJIWA BESAR. Ia lebih rela tidak popular dan dilihat popular demi menjaga keamanan, keharmonian, kemakmuran majority rakyat dan Negara.

    Malangnya pendekatan salah Pak Lah diluangi sekali lagi oleh Najib dengan menuruti apa jua reaksi/tekanan pihak bermotif jahat tajaan Zionis ini semata-mata untuk DILIHAT POPULAR!

    Kesian Najib... Sia-sia sekolah di UK tapi hampeh!

    ReplyDelete