Monday, July 8, 2013

PROGRAM PEMUKIMAN 7H7M SELURUH PENASIHAT !!

Pemimpin UMNO tidak boleh menjadikan peningkatan sebanyak 9 kerusi yang dimenangi pada PRU13 sebagai "collateral" untuk menjamin semua masalah dan tanggungan yang sedang dihadapi oleh UMNO dan BN boleh di atasi.

Jika kita perlukan "bank overdraft" pun pihak bank akan bagi syarat jaminan pada kadar 1:1. Jika kita perlukan RM1 juta kemudahan overdraft, pihak bank akan minta cagaran fixed deposit atau lain-lain jaminan seperti "OD against progress claim" atau lain-lain nilai yang bersamaan dengan nilai credit facilities yang ditawarkan.

Tiada mana-mana bank yang menawarkan kemudahan kredit tanpa cagaran apatah lagi jika "loan exposure" yang besar.

Nilai bebanan atau tanggungan dan ancaman yang bakal dihadapi oleh UMNO dan BN pada PRU14 akan datang, amat besar. Cabaran paling getir.

Berikut adalah checklist ancaman-ancaman yang bakal dihadapi dan checklist liabiliti yang sedang ditanggung oleh UMNO/BN;

1. Sokongan undi cina insolven.
2. Sokongan undi india credit rating 7.
3. Kemungkinan ancaman dari komponen BN di Sarawak dan Sabah.
4. Kemungkinan ancaman kelemahan yang berterusan parti komponen di Semenanjung seperti MCA, Gerakan dan MIC.

Selain dari ancaman dari sudut politik luaran, UMNO juga harus mempertimbangkan kelemahan dan baggage dalaman yang sedia wujud seperti masalah kepimpinan utama di peringkat pusat, masalah kepimpinan di negeri-negeri dan bahagian-bahagian serta cawangan.

Ancaman persepsi terhadap individu-individu pemimpin parti pada pandangan umum.

Semua ini adalah "checklist" tanggungan dan bebanan atau ancaman yang sedang dihadapi dan ditanggung oleh UMNO selaku parti teras kepada Barisan Nasional.

Semua liabiliti ini jika tidak di atasi, ia boleh mengancam kedudukan BN pada PRU14 akan datang.

Jika kita andaikan semua ancaman di semenanjung kekal status quo, dan wujud pula ancaman baru di Sarawak dan Sabah, bermakna BN pasti akan hilang kuasa secara mathematiknya.

Apakah semua nilai liabiliti yang tertanggung di bahu UMNO ini boleh ditutup hanya dengan hujah bahawa UMNO sudah pulih. Buktinya UMNO berjaya menambah 9 kerusi berbanding dengan prestasi PRU12??

Apakah fixed deposit yang ada pada UMNO ini cukup untuk dijadikan "collateral" bagi menjamin semua masalah dan ancaman yang sedang dan bakal diharungi ini akan berjaya di atasi? Apakah nisbah fixed deposit ini berbanding dengan masalah dan ancaman berada pada kadar 1:1?

Untuk mengelakkan pertandingan berlaku di peringkat tertinggi parti, kita gunakan modal UMNO sudah pulih. Buktinya kita kemenangan kita meningkat. Jadi jangan rosakkan UMNO disebabkan pertandingan.

Untuk mengelakkan pucuk pimpinan dipersalahkan atau dituduh gagal memperbaiki prestasi BN, kita juga gunakan modal UMNO meningkat 9 kerusi.

Untuk meyakinkan kembali rakyat yang sudah hilang kepercayaan terhadap BN pun kita gunakan modal UMNO sudah kembali kuat. Tiada mana-mana parti yang berjaya meraih kemenangan besar seperti UMNO. Pembangkang tidak mungkin berjaya merampas Putrajaya. Jadi kaum cina perlu menyokong kembali MCA dan Gerakan. India harus menyokong MIC.

UMNO harus menerima realiti bahawa fixed deposit yang ada udah tidak cukup untuk menampung kekuatan BN secara jangkapanjang.

UMNO harus meningkatkan fixed deposit dari sudut "kekuatan kepimpinan".

UMNO harus menambah fixed deposit dari sudut keyakinan dan kepercayaan serta penghormatan seluruh parti komponen BN selaku parti teras. Jangan sampai komponen parti di Sabah dan Sarawak pun hilang keyakinan dengan leadership UMNO.

UMNO harus menambah fixed deposit dari sudut keyakinan dan kepercayaan serta dilihat credible pada pandangan mata majoriti rakyat Malaysia.

Bolehkah UMNO meningkatkan nilai fixed depositnya?

Bagaimana caranya untuk meningkatkan semua nilai fixed deposit ini?

Pemimpin UMNO fikirlah sendiri. Kalau tak boleh nak fikir bagaimana cara dan jalan penyelesaiannya, itu menandakan mereka tidak layak untuk diletakkan di atas sana.

Buatlah program pemukiman untuk seluruh penasihat-penasihat PM, TPM dan seluruh barisan kabinet serta MKT duduk berbincang bersama selama 7 hari 7 malam, "bagaimana cara meningkatkan nilai fixed deposit UMNO agar layak menampung semua liabiliti yang ada", sekurang-kurangnya meningkatkannya hingga mencapai kadar 1:1.

Insyaallah boleh tu...

1 comment:

  1. Menurut katafikir/katahati/kacamata KNKB:

    1. UMNO harus meningkatkan fixed deposit dari sudut "kekuatan kepimpinan".

    Ulas: Benar sekali! Kekuatan kepimpinan bukan bertunjangkan populariti Najib dengan mengambil 1000 macam tindakan populis. Ianya mesti menjurus kepada KETEGASAN (stand firm) dan KEUTUHAN JATIDIRI yg kuat lagi teguh yg semestinya ada pada seorang pemimpin.

    2. UMNO harus menambah fixed deposit dari sudut keyakinan dan kepercayaan serta penghormatan seluruh parti komponen BN selaku parti teras. Jangan sampai komponen parti di Sabah dan Sarawak pun hilang keyakinan dengan leadership UMNO.

    Ulas: Sangat tepat! Keyakinan,kepercayaan dan penghormatan oleh parti-parti komponen khususnya di Sabah/Sarawak hanya terzahir sekiranya UMNO KEKAL KUAT, BERWIBAWA dan JELAS HALATUJU KEPEMIMPINANNYA! Kita barangkali sudah cukup muak lagi mual dengan 'slogan tonjol diri' seperti Islam Hadhari dan 1Malaysia yg ternyata memabukkan!

    3. UMNO harus menambah fixed deposit dari sudut keyakinan dan kepercayaan serta dilihat credible pada pandangan mata majoriti rakyat Malaysia.

    Ulas: Sah! Tidak disangkal lagi betapa keyakinan dan kepercayaan serta persepsi rakyat terbanyak bergantung kepada sejauh mana UMNNO sebagai tunjang BN upaya menjelmakan RASA BANGGA, SELESA, SELAMAT, dan TENTERAM dalam kehidupan seharian rakyat.

    Saya masih ingat lagi di mana begitu banyak kenderaan yg mengibarkan jalur gemilang di jalan-jalan raya menjelang Hari Kemerdekaan masa YBhg Tun Dr Mahathir Mohamad meneraju Malaysia. Di tahun itu juga kita menjadi tuan rumah Sukan Komanwel.

    Kelihatan wajah masing-masing berseri-seri tak kira bangsa!

    Sedangkan jika diambilkira tangga gaji kakitangan awam ketika itu tak lah sebesar mana. Tetapi Tun M berjaya memastikan kehidupan rakyat terbanyak dalam sejahtera. Harga barangan tidaklah dimanipulasi sebegini dahsyat hari ini. Melambung-lambung!

    Tindakan populis Pak Lah dan Najib yg tak semena-mena menaikkan gaji kakitangan awam secara ekstrem tanpa mengambil kira peningkatan produktiviti kakitangan itu sendiri dan KDNK Negara ternyata memakan diri! Yg terlebih merananya adalah orang-orang kampong (Melayu/Bumiputera) dan yg bekerja di sektor swasta (industri/perkilangan). Di Melaka sendiri terdapat beberapa buah kilang yg ditutup seperti kilang elektronik TEAC, kilang besi GeaHin, kilang tekstil Hualon yg akhirnya diambilalih oleh Recron, dan beberapa buah lagi.

    Teori ekonomi mana Najib pakai kononnya dengan menaikkan gaji kakitangan awam secara mendadak maka lebih cepat pula Malaysia menjadi Negara maju berpendapatan tinggi? Universiti mana Najib belajar ini?

    Kemudiannya sejak Jun lagi Cuepacs yg jurubicaranya si Omar Osman itu akan menyalak menuntut/mengugut itu ini agar kakitangan kerajaan diberikan bonus (sama rata sama rasa sedangkan produktiviti tak sama pun). Lancau! Pergilah bekerja di sektor perkilangan baru tahu bagaimana peritnya nak dapat bonus yg tak sama rata itu!

    Pergilah ke kampong-kampong bagaimana keluhkesahnya mereka betapa kehidupan penuh sempit ekonomi terhimpit disebabkan kenaikan GILA gaji kakitangan awam sejak Pak Lah hingga ke Najib yg akhirnya dimanipulasi oleh puak-puak Cinabeng menaikkan harga barangan. Apa punya SENGKEK minda Najib ini?

    ReplyDelete