Malaysia negara pengekpot minyak, tapi rakyat masih membayar sama seperti Negara pengimpot. Malaysia juga pengekspot Kelapa sawit terbesar tapi harga minyak masak juga tidak terlepas dari bahana kenaikan harga.
Jadi, di mana kelebihan kita sebagai negara pengekspot bahan mentah? Benar, harga komoditi ini diapung mengikut harga pasaran global. Kalau harga naik, sebagai negara pengekpot sudah tentu kita mempunyai kelebihan berbanding dengan negara pengimpot.
Jika kos operasi pengeluaran minyak meningkat, sudah pasti kenaikan kos itu juga turut dialami oleh negara pengeluar yang lain. Kenapa mereka masih mampu menawarkan harga rendah kepada rakyat mereka?
Harus diingat, Malaysialah satu-satunya negara pengeluar minyak yang memilik negarakan 100% hasil minyaknya. Negara-negara arab yang mengeluarkan minyak berkongsi keuntungan dengan ‘seven sisters’ seperti Shell, mobil atau Exxon. Walau pun pengeluaran minyak kita agak kecil berbanding dengan negara arab yang lain, tapi keuntungan kita tidak dikongsi dengan ‘seven sisters’ seperti mana mereka.
Lain-lain produk yang dikeluarkan di negara ini pun macam tu juga. Negara Jepun dan China jadi pengeluar kereta dapat menawarkan harga yang rendah kepada rakyat, tapi rakyat negara ini terpaksa mambayar dengan harga yang tinggi untuk mendapatkan sebuah kereta proton atau perodua.
Sebaliknya, rakyat di negara yang mengimpot Proton dan Perodua pula ditawarkan harga yang lebih murah dari apa yang diperolehi oleh rakyat negara ini. Maknanya Proton diekspot pada harga subsidi. Nilai subsidi dinikmati oleh rakyat negara pengimpot. Samalah keadaannya dengan subsidi minyak yang dinikmati oleh rakyat Thai dan Singapura.
Apakah ada fakta-fakta tersorok yang tidak dimaklumkan kepada rakyat? Kelaziman yang sepatutnya berlaku atau dinikmati sebagai negara pengekspot tidak berlaku atau tidak dapat dirasai nikmatnya oleh rakyat. Kalau begini keadaannya, apa gunanya kita bersusah payah untuk menjadi negara pengeluar atau negara pengekspot
Takut kita ditertawakan orang luar. Rakyat nanti diumpamakan seperti ‘ayam mati tak makan dalam kepuk padi’!
Kalau kerajaan dah tahu harga minyak memang tak boleh diturunkan lagi dan kerajaan memang dah tak mampu nak subsidi rakyat, kenalah fikir mekanisma jangka pendek dan sederhana pendek macam mana nak tambah pendapatan rakyat. Kenalah kecilkan perbelanjaan yang tak mendatangkan atau lambat mendatangkan hasil kepada rakyat.
Pihak kerajaan kena tengok balik semua perancangan, terutama yang berkaitan dengan projek-projek mega dan projek-projek ‘kaki lima’ yang telah dilancarkan. Kita semua tahu projek ‘kaki lima’ ni memang banyak melibatkan dana kerajaan yang dimiliki rakyat. Kalau rasa patut dihentikan, hentikanlah. Jangan nak menjaga ego seperti menatang minyak yang penuh. Jangan malu melakukannya demi kesejahteraan rakyat terbanyak!
Buatlah kempen bagaimana nak menjana pendapatan rakyat! Bukan kempen minta rakyat terus bersabar atau kempen minta rakyat berkorban. Rakyat mahu tak mahu terpaksa meneruskan juga hidup. Meneruskan hidup tu memang sudah dikira suatu pengorbanan dan kesabaran untuk survival sebuah keluarga. Rakyat takkan melakukan ‘harakiri’.
Katalah kerajaan hentikan projek mega dan ‘kaki lima’ yan tidak penting bernilai 20 bilion. 20 bilion ni digunakan khusus untuk usaha menjana pendapatan rakyat. Sudah pasti kerajaan akan dilihat ‘ada cara’ untuk menyelesaikan masalah rakyat. Mesti rakyat akan kata kerajaan ada ‘creative dan innovative thinking’ untuk memandang ke hadapan.
Pemimpin kerajaan kena lakukan kembali usaha menyelamat dan mesti berfikiran ‘luar kotak’ sepertimana yang telah dilakukan sewaktu berhadapan dengan krisis kewangan dulu. Barulah rakyat akan ‘salute’ dan akan hormat kepada pemimpin yang ada idea bagaimana nak menyelamatkan negara dan rakyat keluar dari kemelut ‘darurat kos hidup’ ni.
Perdana Menteri dan seluruh kabinet mesti dah baca buku ‘The blue ocean strategy’...jadi apa lagi...jalanlah!
Salam..
No comments:
Post a Comment