Siapa yang dimaksudkan order lama dan siapa pula termasuk dalam order baru? Siapa yang termasuk dalam kategori mahukan perubahan, dan siapa pula yang termasuk dalam kategori susah untuk berubah?
Zaid Ibrahim menyifatkan golongan yang tidak dapat menerima perubahan sebagai golongan order lama, manakala order baru adalah mereka yang dapat menerima perubahan.
Dalam masa yang sama, teguran dan kritikan yang dibuat oleh Dato Mukhriz terhadap kepimpinan tertinggi dalam soal-soal yang berhubung kait dengan survival parti dan saranan supaya dilakukan perubahan terhadap pucuk pimpinan telah ditempelak oleh Zaid Ibrahim sebagai kolot.
Terbaru, Datuk Seri Rais Yatim kecewa syor kepada MT untuk lakukan perubahan meyakinkan bagi mengelak kehilangan kuasa berterusan tidak mendapat sambutan. Seterusnya beliau tidak yakin sistem kuota akan dihapuskan kerana kebanyakan pihak lain membiarkan begitu saja.
Banyak lagi suara yang menuntut agar dilakukan perubahan dalam pentadbiran dan kepimpinan, berlalu tanpa sambutan, malahan sebahagian besar mereka yang menyuarakan pandangan telah dikritik dan ada antaranya disaran agar dikenakan tindakan.disiplin parti.
Suara perubahan agar diadakan EGM khusus bagi membincangkan soal pemulihan dan pengukuhan semula parti hasil dari prestasi buruk dalam PRU 12 juga telah dinasihatkan agar tidak berbuat demikian.
Teguran yang dibuat melalui saluran dalaman parti yang paling sahih seperti EGM pun ditegah, apatah lagi kritikan yang tidak mengikut saluran sahih.
Kadang-kadang kita bertanya sendiri, macam mana agaknya rupa sebenar saluran yang dikehendaki oleh pucuk pimpinan ni..Mungkin macam saluran paip PVC kot…. Ada ‘stop cock’, ada ‘elbow’ dan ada ‘filter’, bagi membolehkan air yang keluar dikawal mengikut keperluan semasa dan tuan rumah bebas menghalakan ke mana saja paip tersebut….ke tandas, ke dapur atau ke halaman.
Kita kasihan tengok ahli akar umbi.Tak tau cakap siapa yang nak didengar dan undang-undang apa yang nak diikut. Bila kita dah ke depan disuruh mengejar orang yang masih tertinggal di belakang. Bila kita berada di belakang disuruh pula menanti orang yang sudah pun berada jauh dihadapan. Bukankah ini kerja sia-sia.
Umno sudah kesuntukan masa. Kalau semua pemimpin dan ahli parti hanya berpeluk tubuh menantikan orang lain melakukan perubahan, maka umno akan terus seperti mana keadaan hari ini.
Kalau umno masih takut untuk berubat, bermakna persepsi rakyat tetap tidak akan berubah. Kalau persepsi rakyat tidak berubah, menandakan bahawa tiada jaminan umno akan pulih kekuatannya. Mana mungkin komponen BN yang lain boleh dijadikan dahan tempat bergantung harap rakyat kalau umno sebagai tunjangnya tidak pulih-pulih disebabkan takut untuk menjalani rawatan pemulihan.
Akhirnya nanti, semua akan dapat mencongak apa yang bakal berlaku pada PRU 13 nanti. Kekhuatiran DS Dr. Rais Yatim tentang kuasa yang ada akan luntur jika tidak dilakukan perubahan yang nyata, akan menjadi kenyataan.
Di kala itu Dr.Rais akan bermadah “apalah gunanya untuk menyesal, kita sudah berada di baroh jeram, umno sudah ta’impiek di bawah dan sudah takapuang di dalam”.
Dato Zaid pula mungkin akan tersentak tengok kiri dan kanan, rupa-rupanya dia yang sebenarnya tergolong di dalam kategori order lama…
Selamat berfikir…
Salam Zaman,
ReplyDeletePo koba kau.Ni Mat Zin bekas budak Sg Jelutung ni , kawan baik ngan abang kau, Kamal..sehat ko kau..
Camna kau sekarang, Embong Aspan kau buek apao sekarang. Pak Uncu Sulan lamo tak donga cite weh..Ada niat nak join Pakatan ko..taku-takut ketinggalan sok..
Saya masih lagi percaya, sistem parti tetap kita kene pertahankan. Sekiranya semua main hentam, Parti akan lumpuh.
ReplyDeleteMedia akan memainkan isu yang estream, mereka sememangnya akan mencari isu untuk dijual kepada pembaca.
Hari ini orang UMNO semua dah tak tahu malu, bergaduh sesama sendiri didalam Media.
Kepimpinan hilang taring, nak dibendung tak boleh, nak dihalau takut kekuatan terhakis.
Saya selalu terpikir, apakah kita tidak terasa sekiranya anak sendiri menghentam secara terbuka dihadapan orang.
Kita didalam UMNO adalah Satu Keluarga Besar, Keluarga yang boleh ditegur didalam Keluarga, Tidak perlukan Media atau orang perantaraan untuk mengejar populariti. Apa sahaja tindakan kita perlu mencerminkan keikhlasan.
Baru-baru ini, tindakan Mukhriz, adakah betul bagi saudara? Sekiranya betul, adakah saudara akan terima sekiranya saudara yang kene?
Mesyuarat dah nak dekat, jalankan lah kerja, bisik-bisikkan lah apa yang hendak dibuat, tak payahlah nak buat kenyataan itu, kenyataan ini, malulah kat jiran-jiran kita ...