Colgate Palmolive bertahan sehingga hari ini kerana persepsi pengguna telah begitu serasi dengan colgate hinggakan orang-orang tua kampong pun kalau nak beli ubat gigi dia kata beli colgate.
Pasukan pengurusan Colgate sebenarnya bukan duduk diam tanpa berbuat apa-apa dalam mengekalkan ‘market share’ dan persepsi rakyat terhadap keluaran ubat giginya. Ia telah melalui pelbagai proses transformasi, ‘re-engineering’, ‘rejuvenation’ dan ‘repackaging’ beberapa kali.
Ia dapat bertahan hingga kini kerana keberanian pasukan pengurusannya melakukan inovasi serta kreatif dalam menyesuaikan produknya dengan kecenderungan dan persepsi pengguna.
Hakikatnya, proses inovasi dan kreativiti UMNO berterusan sejak dulu. Itulah rahsia UMNO terus kekal relevan. Perjuangan orang melayu yang pada mulanya terhad hanya di peringkat negeri dan daerah telah berjaya diubah oleh Dato Onn menjadi nasional gerakannya. Buat pertama kalinya perjuangan orang melayu telah berjaya diletakkan di bawah satu bumbung dan akhirnya UMNO telah diterima sebagai sebuah wadah massa umat melayu tanahair.
Proses inovasi juga berterusan selepas Parti Perikatan mengalami kemerosotan sokongan pada PRU 1969. Sekali lagi pemimpin-pemimpin UMNO telah menunjukkan kesediaan dan keberanian mereka untuk berubah. Pelbagai langkah telah dilakukan bagi memulih kembali persepsi rakyat terhadap parti dan kepimpinan yang terjejas teruk.
Langkah pertama yang diambil oleh Almarhum Tunku adalah menghapuskan persepsi songsang rakyat terhadap kepimpinannya dengan memberi mandat penuh kepada Dato Abd Razak Hussein untuk melakukan sesuatu bagi memulihkan keadaan.
Beliau cepat membaca isyarat rakyat yang mahukannya segera berundur. Kuasa eksekutif dan mandat diserah kepada Dato Abd Razak untuk memulihkan keadaan walau pun jawatan PM dan Pengerusi Perikatan hanya dilepaskan pada 1971.
Selepas ‘baggage’ kurang yakin rakyat kepada Tunku terhapus melalui penyerahan kuasa dan mandat, harapan baru majoriti rakyat beralih kepada Dato Abd Razak.
Almarhum Tunku bukan mewakilkan kepada Dato Abd Razak setakat upacara-upacara rasmi kerajaan, malah soal yang berhubung kait penggubalan dasar dan perlaksanaan turut diserahkan.
Penubuhkan MAGERAN, menggubal prinsip Rukun Negara, merangka dasar pembinaan semula negara dengan menstruktur semula sosio-ekonomi masyarakat melalui DEB adalah antara dasar penting yang dilakukan oleh Dato Abd Razak dalam mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan . Setelah mengambil alih jawatan PM secara rasmi, beliau telah melakukan ‘rebranding’ Parti Perikatan kepada Barisan Nasional yang turut menggabungkan PAS dan Gerakan ke dalam BN.
Segala usaha dan inisiatif ini DILIHAT DAN DITERIMA oleh rakyat sebagai ‘total revamp’ . Rakyat melihat dengan jelas kesungguhan kerajaan untuk berubah dengan memperkenalkan langkah-langkah pembetulan terhadap segala kelemahan lalu.
Akhirnya Barisan Nasional telah melangkah kehadapan dengan lebih gagah dari sebelumnya dengan mendapat kejayaan cemerlang pada PRU 1974.
Hari ini, setelah lebih 4 bulan PRU 12 berlalu, Barisan Nasional dan UMNO khususnya, masih belum DILIHAT berbuat sesuatu yang benar-benar meyakinkan bagi memulih semula persepsi rakyat. Sehingga kini rakyat belum melihat kesungguhan kerajaan untuk berubah. Belum dilihat rumusan pembetulan kepada perkara-perkara yang menjadi punca kepada penolakan rakyat terhadap UMNO dan BN pada PRU12 yang lalu.
Ikatan persefahaman antara parti komponen, hubungan serba tak kena antara kaum, pergeseran antara agama, kecelaruan sistem kehakiman, pertikaian soal ketuanan melayu, meritokrasi, biasiswa, kek ekonomi, dasar yang sering berubah dan pelbagai isu besar lain ‘tergantung’ tanpa penyelesaian konkrit.
Tiada proses ‘reengineering’, tiada transformasi, tiada ‘rebranding’ dan tiada ‘repackaging’ untuk dilihat dan diyakini oleh rakyat bagi memulih semula keyakinan mereka terhadap kerajaan.
Kesanggupan Almarhum Tunku menyerahkan segala mandat kepada timbalannya atas maksud kepentingan negara benar-benar melambangkan sifat seorang negarawan tulin. Tunku tahu dirinya menjadi ‘subject’ kepada permasalahan ketika itu. Kesanggupan Tunku berkorban adalah kunci sebenar kepada keberkesanan dasar dan rancangan pemulihan yang dilakukan oleh Dato Abd Razak. Sifat terpuji ini amat diperlukan oleh negara ketika ini.
Persoalannya...Mampukah pimpinan hari ini menuruti jejak almarhum Tunku? Mampukah mereka mendahului kepentingan negara? Apa yang pasti DS Najib tidak diberi kuasa dan mandat sepertimana Tunku telah beri kepada ayahandanya...
Demi negara atau demi yang selain darinya?....
Assalamualaikum sheikh..Keep on writing and contribute your views about our pemimpin yang bahlul2 dan tak sedar diri ni..Mereka tidak pernah sedar dan insaf. semalam paklah cakap dia dapat sokongan dari akar umbi..LANTUUII...gogham amek den ..! Gampang boto lah..
ReplyDelete