Friday, August 29, 2008

...DEMI PAK LAH : TIADA BEBAN BATU DIGALAS

Post mortem perlu bagi tujuan melakukan langkah pembetulan dan merancang strategi masa depan. Kalau lakukan post mortem, tapi tidak responsiF terhadap cadangan pembetulan seperti yang dirumuskan, maka BN dan UMNO akan kelihatan berjalan seperti orang kurang siuman. Tanpa panduan dan tanpa hala tuju.

Berdasarkan keputusan Permatang Pauh, prestasi BN terus merudum dan tiada tanda-tanda pulihnya keyakinan rakyat terhadap UMNO dan BN selepas 5 bulan PRU 12 berlalu.

Melihat kepada keputusan PRK Permatang Pauh, ada 2 kemungkinan yang berlaku kepada post mortem PRU 12. Pertama, pihak kerajaan dan BN tidak responsif kepada post mortem tersebut. Kedua, kemungkinan rumusan dan cadangan pemulihan dari post mortem tersebut tidak betul.

Kalau BN tidak responsif kepada post mortem PRU 12, memang benarlah wujudnya sindrom penafian di kalangan pemimpin UMNO dan BN.

Kalau rumusan betul, tapi cuma kerajaan tidak responsif, apa yang menyebabkan kerajaan begitu liat untuk respon? Adakah kerana rumusan yang dihasilkan mengena tepat ke batang hidung sesiapa yang terlalu sayangkan kuasa?

Dalam filem Seniman Bujang Lapuk, P.Ramlee tidak mahu menerima hakikat alamat mimpinya yang diberakkan burong kerana pawang negeri menyatakan ‘itu alamat nak mampus’. Lantas beliau akhirnya menyatakan tahi burong tu hanya terkena ‘sipi-sipi’ dan akhirnya telah ‘terkelepap’ ke muka tuan pengarah.

Kita tidak mahulah cerita P.Ramlee ni benar-benar berlaku dalam kepimpinan hari ini dan berharap ini hanyalah cobaan, bukan betul-betul. Ini bukan soal main-main, ini soal parti, soal survival bangsa dan soal masa depan negara.

Kalau rumusan kepada pemulihan parti menyatakan perlunya perubahan kepada pucuk pimpinan, maka demi kesinambungan parti, individu yang menjadi liabiliti kepada parti harus berani bertanggungjawab dengan meletakkan jawatan secepat mungkin. Jangan paksa ahli UMNO menjadi seperti ‘tiada beban batu digalas’. Cukuplah kita menggalas beban berhadapan dengan pembangkang. Tetapi kalau dipaksa membawa beban memikul pemimpin yang sudah tidak diterima rakyat dan dalam masa yang sama terpaksa berhadapan dengan pembangkang, bagaimana UMNO boleh pulih?

Kini, sudah menjadi ‘trend’ kepimpinan Paklah, hal-hal berkaitan lapuran dan rumusan sering mendatangkan masalah kepada keputusan pentadbiran beliau.

Lapuran dan rumusan pra-PRU 12 tersasar. Keputusan Mof untuk melabur dalam BII di Indonesia telah menyebabkan Maybank mengalami kerugian ratusan juta atau mungkin akan mencecah angka RMbillion.

Keputusan menaik dan menurun harga minyak, keputusan membenar dan tidak membenarkan kenderaan Thai dan Singapura mengisi minyak di sempadan, keputusan memberi gaji 2 kali sebulan dan membatalkannya semula, keputusan menjual MV Agusta, keputusan pelaburan luar di Wilayah Iskandar dan jaminan perlindungan hak dan kepentingan Bumiputera, semuanya membayangkan seolah-olah tiada kajian mendalam terhadap sesuatu keputusan penting yang diputuskan kerajaan.

Soal membuka biasiswa JPA sehingga 45% kepada bukan Bumiputera, keputusan pembentukan suruhanjaya polis, keputusan pembentukan suruhanjaya kehakiman, semuanya tidak menambah baik imej kerajaan di pandangan mata rakyat.

Tindakan tidak popular akhirnya akan diterima baik jika hasil di kemudian hari tindakan itu memberi benafaat yang baik untuk rakyat. Tapi kalau tindakan tidak popular dan akhirnya tidak dirasai apa-apa kesan yang baik dari keputusan tersebut, ianya hanya akan menambah cacat imej kerajaan.

Tindakan tidak popular yang akhirnya beri benafaat kepada rakyat telah menjadi rekod perkhidmatan Tun Mahathir. Jambatan Pulau Pinang, Proton, kawalan modal, semuanya tidak popular tapi akhirnya kawan dan lawan terpaksa mengakui tindakan itu betul.

Sebaliknya tindakan tidak popular yang dilakukan Pak Lah, bukan sahaja tidak popular malah belum menampakkan apa-apa kebaikan untuk diakui oleh kawan dan lawan. Tindakan tidak popular seperti ini amat menjejaskan reputasi kerajaan pada pandangan mata sesiapa juga.

Hanya satu soalan untuk Pak Lah dan ahli UMNO: Mana satu kebarangkalian yang lebih baik untuk UMNO dan BN pulih? Adakah dalam tempoh peralihan kuasa atau selepas peralihan kuasa? Kalau jawabannya selepas peralihan kuasa, apa perlunya Pak Lah dikekalkan terlalu lama?

Kalau dengan memotong bahagian kaki seorang pengidap kencing manis itu sekarang akan memberi lebih peluang untuk si pesakit terus hidup, kenapa kita mesti tunggu 2 tahun? Kalau dengan tindakan menukar kepimpinan sekarang lebih berkesan untuk melakukan pemulihan parti, maka kenapa dengan sengaja mahu melengah-lengahkan masa?

Semoga terbuka pintu hati demi parti, agama, bangsa dan negara….

4 comments:

  1. Untuk memulihkan UMNO adalah mustahil.Tukarlah pemimpin manapun senario hukum alam pasti akan berlaku 'innalillahiwainnailaihirojiun'.UMNO sebenarnya sudah reput,tetapi masih boleh berdiri,kerana keliling kelalang banyak akta-akta yang menjadi tongkat.Cuba tongkat-tongkat ini dicabut,UMNO sepatutnya sudahpun ditalkinkan.

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya keadaan UMNO dan ahli2nya telah terumbang - ambing tidak ada hala tuju yang sebenarnya...PEMULIHAN PEMULIHAN PEMULIHAN..PERALIHANKUASA PERALIHANKUASA...DEMOKRASI DEMOKRASI..kemelut dalam pemikiran kita ahli2 UMNO tidak lain dan tidak bukan ialah bila UMNO akan pulih dan siapa yang akan memulihkan dari penyakit BARAH akibat daripada perbuatan orang UMNO sendiri...pemimpin UMNO naik kereta merc dengan cerut yang mencecah RM300..ke luar negara dengan kawan2 main golf..tapi mereka sedar kah bahawa orang kampung makan ubi kayu sedangkan mereka makan fish n chip...pemimpin jaga perut dan pentingkan diri sendiri..bila tiba PRU baru menjengok orang kampung..apa kah jadahnya pemimpin kita yang begini..buang laut bagi makan ikan yu lagi bagus..akar umbi wajib menyedari hakikat ini semua, jgn asyik mengumpat YB masing2 sedangkan mereka yang memangkahnya waktu PRU..jengok lah didapur sendiri apakah ada perubahan lauk pauk yang dihidangkan isteri tercinta, lauk pauk pemimpin kita tak payah cakap lah, tak makan pun tak apa, banyak wang perut sentiasa kenyang..
    Orang Melayu memang terkenal dgn pemurahnya, penyayang, baik hati, sehinggakan maruah tergadai pun hendak dibiarkan..Astagafirullahalazim, nauzubilaminjalik, hasad dengki adalah punca utama org kita tidak sampai kemana, begitu juga dengan pemimpin kita, bila si polan dah mula pegang jwtn Ketua Bhg..mula lah dipandang serong dan mesti dijatuh bila tiba masanya, sedangkan si polan mempunyai daya kepimpinan yang dinamik dan boleh pergi jauh...pemimpin kita paling ramai yamg berminat MENGUMPUL HARTA hinggakan kereta di import dari luar negara, rumah berjuta-juta..bongkak sombong, wakil rakyat dah 10 tahun, melawat kawasan setahun sekali lebihnya ke Jakarta, Dubai, China...UMRAH takut nak pegi, naik haji belum lagi, masih terlalu awal, sedangkan mampu, kalau esok lusa malaikat ambil nyawa dia, baru padan muka, tinggal isteri lawa, rumah berjuta, isteri kawin pula dan orang lain....Pemimpin kita hanya ingat sekejap saja penderitaan orang kampung yang telah menaikkan mereka, bila dah kaya raya, nama kampung sendiri pun dia dah lupa, apa taknya asyik keluar negara saja, beraya pun di London...
    Bagi generasi muda, INGAT lah bahawa kedaulatan negara terletak dibahu kalian.

    ReplyDelete
  3. SAUDARA KAMARUDIN...
    SELAGI PAKLAH DAN KJ ADA DIATAS SANA JGN ADA HARAPAN UNTUK MEMULIH KAN UMNO..MINYAK MAAF CAKAP TAPI INI RIALITI..
    DI PERMATANG PAUH TERANG TERANG PEMUDA YANG BENCIKAN KJ MEMANGKAH PKR..MALAH MEREKA BERASA BANGGA...
    WALAI PAKLAH DAN KJ SERTA ANAK BERANAK TERMASUK PEMBODEK KJ TERMASUK LAH AZEEZ REMPIT YANG JUMPA KJ BERLAGA PP TU, KALAU NAK BERNIAGA.. BERNIAGALAH....JANGAN GADAIKAN UMNO DAN MELAYU...
    TAKKAN TAK SEDAR DIRI LAGI...YA ALLAH..BUKAKAN LAH PINTU HATI PUAK2 INI UNTUK MELETAK JAWATAN...AGAR UMNO DAN BANGSA KU LEBIH BERSEMANGAT....

    ReplyDelete
  4. kalau kita tidak mampu menerima kelemahan diri..

    Secara tidak langsung kelemahan itu yang akan menjatuhkan kita :-)



    Salam perkenalan ;-)
    http://pro-faizal.blogspot.com

    ReplyDelete