Wednesday, August 27, 2008

PERMATANG PAUH : ANTARA DEMOKRASI DAN KEBENARAN

Dalam demokrasi, siapa yang mendapat sokongan majoriti dialah yang dikira sebagai pemenang. Apa pun, menang tidak boleh dijadikan bukti bahawa seseorang itu berada di pihak yang benar.

Kalau kemenangan itu dikira sebagai tanda kebenaran, maka sudah semestinya Amerika sentiasa berada di pihak yang benar kerana Amerika sentiasa menang dalam peperangan dan dalam apa juga krisis yang dihadapi.

Kemenangan dan kebenaran adalah 2 perkara yang berbeza. Jika majoriti kepada suatu komuniti itu terdiri dari masyarakat cowboy, sudah pasti mereka yang paling cekap bermain pistol dan kuda akan dipilih menjadi ketua mereka walaupun mungkin orang itu kaki perempuan.

Begitu juga di kalangan masyarakat penyamun. Sudah tentu ketua yang dipilih adalah di kalangan mereka yang paling cekap, berani dan bijak menyamun. Botak Chin dipilih menjadi ketua kumpulan penyamun pun adalah kerana dia mempunyai kriteria tersebut.

Tidak mungkin kumpulan yang majoritinya penyamun akan memilih di kalangan orang-orang masjid dan alim untuk menjadi ketua mereka.

Kemenangan dalam demokrasi juga tidak dapat lari dari kelaziman ini. Siapa yang pada pandangan pengundi lebih layak dan patut pada perkiraan mereka selalunya adalah pemenang kepada pemilihan yang dilakukan.

Sejauh mana satu-satu faktor itu mempengaruhi dan membentuk pemikiran mereka, setakat itulah keputusan yang bakal mereka buat. Bukan soal benar atau pun salah, tapi soal siapa kelihatan benar dan siapa kelihatan bersalah. Bukan soal layak atau patut, tapi soal siapa kelihatan lebih layak dan siapa kelihatan lebih patut.

Dalam demokrasi persepsi adalah faktor paling penting. Siapa yang berjaya meyakinkan pengundi atau siapa yang berjaya menguasai persepsi pengundi, merekalah yang akan menang.

Kalau majoriti pengundi mempunyai persepsi positif terhadap seseorang calon, maka menanglah dia dan begitulah sebaliknya.

Ada orang yang benar, dilihat sebagai salah dan ada juga orang yang salah, dilihat sebagai benar. Ada juga orang yang benar dan dilihat juga sebagai pihak yang benar.

Persoalan penting yang perlu difikir, adakah pengundi menilai dan membuat keputusan berdasarkan persepsi atau realiti? Sejauh mana calon atau seseorang pemimpin itu memahami factor persepsi-realiti ini? Sejauh mana kepandaian mereka mengeksploitasi faktor ini untuk memenangi persepsi pengundi?

Permatang Pauh telah memperjelaskan segala yang tulis di sini. Permatang Pauh adalah medan di mana sekumpulan parti berusaha untuk menguasai persepsi pengundi sebagai cara untuk mendapatkan kemenangan. Manakala di pihak satu lagi menggunakan kaedah membuktikan kebenaran dan menafikan fitnah yang dilempar musuh sebagai cara memenangi hati pengundi.

Hasilnya, pihak yang menggunakan kaedah menguasai persepsi pengundi telah berjaya memenangi Parlimen Permatang Pauh.

Pihak yang satu lagi, walaupun cuba membuktikan kebenaran dan menafikan segala fitnah dengan bersumpah atas nama Allah telah ditolak oleh pengundi.

Kebijaksanaan Anwar dan gerombolannya mengunakan kaedah menguasai persepsi pengundi telah menyebabkan segala pembuktian yang dikeluarkan oleh BN sudah tidak menjadi pertimbangan pengundi lagi. Segala penafian walaupun dengan nama Allah telah gagal membuka minda dan hati pengundi yang telah dikuasai oleh pihak yang menguasai persepsi pengundi.

Di sini jelas, demokrasi bukanlah alat untuk membuktikan kebenaran. Kemenangan juga bukan bukti bahawa mereka berada di pihak yang benar. Kebenaran tidak kena mengena dengan demokrasi. Kebenaran selalunya bersifat minoriti. Islam adalah suatu kebenaran. Kebenaran yang di bawa melalui Islam bukan berasaskan majoriti. Islam mencapai kemenangan di dalam keadaan minoriti. Badar, Khandak, Hunain dan lain-lain kemenangan diperolehi dalam keadaan mereka masih minoriti.

Tetapi disebabkan demokrasi adalah permainan majoriti, maka membuktikan kebenaran melalui demokrasi bukanlah gelanggang yang betul. Kebenaran yang cuba dibuktikan oleh BN adalah perkara yang berhubung kait secara langsung dengan Allah dan pembalasan akhirat. Ia tiada kena mengena dengan pengundi.

Anwar bijak dalam permainan ini. Dia mencari kemenangan dan berusaha ke arah itu. BN pula mencari kebenaran dan membuktikannya satu demi satu. Hakikatnya ke dua-dua hasrat telah diperkenankan Allah. Pihak yang inginkan kemenangan telah dikabulkan permintaannya dan pihak yang inginkan kebenaran juga telah dikabulkan. Mereka membuktikan keberaniannya bersumpah atas nama Allah bahawa mereka tidak bersalah.

Mungkin jika keluar suara dari langit yang didengari satu dunia mengatakan Anwar bersalah, barulah manusia akan percaya. Tetapi bagi yang taksub mungkin mereka akan mengatakan suara itu dirancang sewaktu Sheikh Muzaffar berada di satelit angkasa lepas. Itu sebab kerajaan sanggup berbelanja berjuta ringgit untuk menghantar Sheikh Muzaffar ke angkasa…

Salam.

7 comments:

  1. APA PUN YANG HENDAK DIPERKATAKAN, ANWAR TELAH PUN MENANG DGN MAJORITI BESAR, MAKA TAMBAH RIUH RENDAH LAH DI PARLIMEN NANTI, MOGA SUARA ANWAR DI PARLIMEN AKAN MENDATANGKAN MANAFAT KEPADA RAKYAT DI PERMATANG PAUH KHASNYA DAN DI MSIA AMNYA....MOGA MAT JENIN NI BERJAYA.

    ReplyDelete
  2. BN terlalu banyak tipu.Tipu melalui media perdana.Kesannya,apa sahaja yang BN cakap selepas ini walaupun betul rakyat tidak akan percaya.Buktinya keputusan pilihanraya Permatang Pauh.

    ReplyDelete
  3. BN mungkin ada salahnya. tetapi kita seharusnya memperbetulkan suara dari akar umbi. kita rakyat ada hak. budaya angguk dan yess boss mungkin tidak boleh digunapakai lagi. tapi jangan kerana marahkan pemimpin kita gadaikan maruah bangsa dan tanah air sendiri. yang harus kita lakukan adalah buat pembaharuan melalui suara dari bawah. ikut saluran

    ReplyDelete
  4. SIAPA PUN YANG AKAN MENERAJUI TAPUK PEMERINTAHAN NEGARA IANYA PASTI AKAN MENGGUNAKAN SEGALA MEDIA UNTUK MENGIAKAN SEGALA TINDAK TANDUK KERAJAAN, KALAU DITAKDIRKAN PKR YANG MEMERINTAH NEGARA KITA , SUDAH PASTI PKR AKAN MENGGUNAKAN SEGALA SALURAN MEDIA YANG DI KUASAI OLEH KERAJAAN UTK MENYESKAN SEGALA BENTUK TINDAKAN KERAJAAN TERSEBUT.....JADI UNTUK ITU KITA PERLU PERUBAHAN YANG BESAR DENGAN PEMERINTAH YANG ADA SEKARANG INI DAN MASA YANG AKAN DATANG.....

    ReplyDelete
  5. sudah sampai pemimpin2 UMNO khususnya muhasabah kembali pegangan diri dlm berpolitik, adakah selama ini kerana wang, kerana pangkat, kerana harta atau benar2 kerana agamanya, bangsanya dan negaranya.

    Pandangan akar umbi yg masih mempercayai dasar parti itu jgn dikesampingkan...

    sekali tiba dipuncak, lagi mudah jatuh pabila ditiup angin.

    Percayalah, UMNO masih lagi relevan, tinggal lagi bagaimana pemain2 yg berada di dalamnya berperanan mencorakkannya..

    Cogan kata 'Bersatu Bersetia Berkhidmat' utk siapa sebenarnya..

    ReplyDelete
  6. Salam bro,
    Sebab tu Rasul SAW sarankan sentiasa berbaik sangka sesama kita agar dapat memperolehi KEBENARAN dan KEMENANGAN.
    Pemimpin UMNO mesti lihat IMEJ UMNO tu..dah tercalar sangat nih...yang paling dekat bukti di Permatang Pauh...
    Nak tau...manusia yang saya jumpe menyalahkan:
    1. Imej ahli-ahli UMNO
    2. Pak Lah
    3. KJ
    4. Najib
    5. Hishamudin
    6. Semangat sepasukan jentera
    7. Hablumminannas ahli UMNO
    8. Laporan pra-pilihanraya tak dihirau sangat....hampeh kata pemimpin.
    9. Kurang strategik dalam mencapai kemenangan.
    10. JOBO bonar pemimpin nih....

    Ontahlah...raso nak sekeh mereka2 tu....lah bro.

    ReplyDelete
  7. salam semua

    adakah kemenangan BN selama ini amalan demokrasi dan bukan disebabkan kebenaran? Adakah pilihan Pak Lah sebagai pemimpin negara berlandaslkan persepsi semata-mata? Adakah ramai lagi yang lebih layak tapi diketepikan?

    ReplyDelete