Tuesday, August 26, 2008

ANWAR : PERINTIS BUDAYA BARU PEMIKIRAN RAKYAT

1. Polis hilang kredibiliti.
2. Profesionalisma kedoktoran dipertikai
3. Institusi kehakiman terjejas terok.
4. Budaya taksub bermaharajalela
5. Budaya menggunakan akal dan pemikiran rasional hampir lenyap.
6. Budaya emosional dan mainan sentimen berkembang subur
7. Benar atau salah tentang sesuatu perkara sudah dipindahkan dari
mahkamah kepada rakyat memutuskannya.
8. Budaya tuntut-menuntut hak oleh semua kaum makin subur atas nama kesamarataan.
9. Masyarakat India baru sedar (diapikan) mereka ditindas dan dipinggir oleh
pemerintah.
10.Budaya menolak perlembagaan dan segala yang telah termaktub.
11.Budaya menolak hak istimewa sendiri dikalangan melayu turut berkembang.
12.Budaya prejudis dan jahat sangka berkembang biak
13.Budaya bebas melemparkan apa juga tuduhan kepada musuh sudah diterima masyarakat
14.Budaya membunuh karakter pemimpin dengan pelbagai label dan
tuduhan menjadi kaedah utama untuk menghakis pengaruh pemerintah.
15.Budaya mengalih perhatian dan membangkit sentimen rakyat berleluasa.
16.Budaya teori konspirasi menjadi helah/senjata melindungi diri dari tuduhan.
17.Budaya membuat pendirian melalui persepsi sudah menjadi amalan
18.Budaya menerima cakap dengar dikira sebagai bukti sudah bersalah kalau
yang dituduh itu musuh.
19.Budaya menanam rasa benci, jahat sangka dan prejudis pada institusi
pemerintah sudah menjadi kelaziman.
20.Undang-undang diletak ditangan sendiri.
21.Budaya meletak Anwar dan pemimpin pembangkang lebih tinggi dari
undang-undang sedang bermaharajalela..
22.Undang-undang rimba sudah diterima masyarakat.
23.Budaya pemikiran liberal sedang dimomokkan kepada rakyat.
24.Budaya menjual fatwa ulamak yang sesuai dengan kepentingan dan nafsu
sendiri juga sudah menjadi permainan.

Kalau Anwar jadi PM tak tahulah macam mana beliau nak didik semula masyarakat untuk hormat kembali institusi pemerintah dan undang-undang negara. Macam mana beliau nak didik semula rakyat supaya bertindak rasional, berfikir dan berhujah mengikut fakta, menghapus sentimen melulu dan menolak budaya cakap dengar.

Mampukah beliau menjernihkan semula segala kekeruhan yang dilakukannya sepanjang usaha menggapai kuasa? Sudahkan beliau fikirkan kesan perbuatannya secara jangkapanjang kepada rakyat, hubungan kaum dan agama serta keamanan dan kesejahteraan negara?

Negara kita belum pernah dipimpin oleh pemidato. Negara kita belum pernah dipimpin oleh pemimpin emosional. Rakyat negara ini belum pernah menyerahkan kuasa kepada ‘orator’. Rakyat belum pernah mengambil pemimpin ekstrim untuk jadi Perdana Menteri. Rakyat belum tergamak menggadai apa yang telah dimiliki dan dinikmati bersama selama ini.

Rakyat selama ini serahkan kuasa kepada pemimpin rasional, bertimbang rasa kepada semua kaum dan bersifat sederhana pembawaannya. Lihatlah Tunku Abd Rahman, Tun Razak, Tun Hussein dan Tun Mahathir. Semua mereka mempunyai daya diplomasi tinggi terhadap rakyat yang majmuk. Mereka bukan penglipur lara. Mereka bukan pemidato, mereka bukan orator handalan. Mereka tidak bermain api dalam menggapai kuasa.

Mereka tidak gadai bangsa dan agama semata-mata untuk kuasa. Mereka tidak pernah rosakkan pemikiran rakyat dengan racun berbisa untuk menggapai kuasa. Mereka tidak sanggup lihat rakyat berbilang kaum hanya mementingkan kaum sendiri. Mereka tinggi budaya tolarensi. Mereka tahu apa yang seharusnya menjadi keutamaan dalam membina negara. Mereka layak digelar negarawan.

Fikirkan tanpa emosi dan sentimen…

2 comments:

  1. apa mau takut..sama-sama juga makan beras yang akan jadi nasi..dan.....

    ReplyDelete
  2. Anwar ini tak tahu apa yang diperjuangkanya...nak naik cepat tapi pakai selipar. pokok kelapa licin..tubuh parti PKR untuk perjuangkan apa? betul dia menang di Permatang Pauh, simpati lah orang kat dia..angan-angan mat jenin 16 Sept nak jadi PM..itu tarikh Sabah merdeka melalui Msia..Anwar ini agaknya gilerr apa..dia nampak pak lah lemah dia mula lah nak buat bising..minyak turun pun dia cakap ada disebaliknya...betul lah cakap TUN M tu,cukup lah harga minyak turun tu, nanti kalau nak naik semula rakyat tak bising sangat..

    ReplyDelete