Thursday, February 19, 2009

ANTARA BANGSAWAN, MARHAIN DAN RETORIK,REALISTIK...

  1. Debat hanyalah ibarat ujian lisan Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM. Walau bagaimana bijak pun berbahasa, ia tidak akan menjanjikan mereka lulus cemerlang dalam subjek-subjek lain yang diambil dalam SPM. Contoh paling jelas, orang Melayu lebih fasih berbahasa Melayu, tapi lebih ramai orang cina yang cemerlang dalam SPM.
  2. Jurublog dari awal lagi tidak bersetuju dengan kaedah debat sebagai kayu ukur untuk kita menilai kemampuan, wawasan dan kepimpinan, mahu pun penerimaan dari akar umbi terhadap seseorang calon Ketua Pemuda.
  3. Tun Razak tidak sehebat Tun Sardon Jubir dalam mengungkap kata-kata. Tapi negara dan seisinya berjaya distruktur dengan berkesan di bawah kepimpinannya.
  4. Tun Hussein Onn langsung tidak petah bercakap jika dibandingkan dengan Syed Jaafar Albar, tapi tadbir urus kerajaan begitu berintegriti di bawah pemerintahannya.
  5. Tun Ghaffar Baba apa lagilah, jika dibandingkan dengan Anwar Ibrahim. Tapi beliau berjaya mengekalkan prinsip perjuangan parti dan tidak mencemar dulinya dengan kehinaan politik wang. Malahan beliau bermandi peluh dan terkorban lantaran berlawan dengan orang yang bermandikan wang.
  6. Almarhum Tunku Abd Rahman langsung tidak setaraf dengan Allahyarham Fuad dalam berpidato dan mengungkap bait-bait ayat al Quran dan hadis. Tapi terbukti beliaulah yang berjaya memerdekakan negara.
  7. Banyak lagi bukti-bukti boleh dihamparkan untuk membuktikan bahawa debat hanyalah ungkapan retorika yang boleh membangkit semangat ketika kita mendengarnya. Tapi retorika tidak pernah dan tidak mungkin akan memberikan sesuatu yang baik kepada negara bangsa. Ia hanya menjanjikan satu harapan yang meyakinkan tapi tiada jaminan kejayaan untuk sebuah negara.
  8. Ini bukan zaman Sukarno, Mohammad Ali Jinnah atau Hitler. Ini zaman di mana majoriti menentukan siapa yang layak menjadi pemimpin.
  9. Jika kehebatan debat mahu dijadikan kayu ukur kebolehupayaan seseorang untuk memimpin, Kelantanlah sepatutnya yang menjadi kubu kuat UMNO kerana di sana ada pemidato sohor Dato Anuar Musa.
  10. Tengoklah Tunku, Tun Razak, Tun Hussein dan Tun Mahathir. Semua mana ada cakap berapi-api. Tun Mahathir bukan retorik tapi beliau memberi hujah bernas dan realistik, tidak pernah keluar api dari mulut atau terpercik air liur ketika berucap. Hussein Onn asyik dengan baca teks. Tun Razak taada antonasi dalam ucapan. Tunku lagilah…depa-depa, apanama, apanama...
  11. Itulah rasmi pemimpin Tanah Melayu sejak dulu. Yang berapi-api berucap selalunya hanya bertaraf panglima perang atau jadi orang-orang kanan kepada pemimpin. Raja-raja Melayu dulu-dulu pun sifatnya hanya memberi titah bila perlu. Bab-bab pidato, debat, hujah, merundingkan sesuatu hal atau bertarung mamak bendahara dan para panglimalah yang perlu ada semua kebolehan tu…
  12. Pendek kata, Alam Tanah Melayu telah melahirkan pemimpin-pemimpin yang realis dan hanya pemimpin yang realis saja yang layak memerintah negara ini. Pemimpin bersifat idealis dan retorik akhirnya akan tersangkut di tengah-tengah perjalanan.
  13. Warisan secara ‘genealogical aristocracy’ telah dan akan terus menjadi tulang belakang kepada kejayaan negara yang bernama Tanah Melayu, melainkan jika sudah sampai masa untuk negara ini mengakhiri zaman kegemilangannya.
  14. Jangan salah faham ungkapan “Roboh UMNO, maka robohlah kekuatan bangsa Melayu”. Itu tidak tepat. Hakikat sebenar yang tersirat ialah, “Roboh warisan @ genealogical aristocracy yang menunjangi kekuatan bangsa, maka akan robohlah kekuatan bangsa Melayu. Secara kebetulan warisan aristokrasi ini telah mengambil tempat dalam UMNO sejak awal penubuhannya, maka utuhlah kedudukan UMNO. Bila UMNO utuh, maka utuhlah bangsa. Roboh kekuatan UMNO maka robohlah bangsa.
  15. Apa yang perlu didalami dan difahami ialah apa yang menyebabkan selama ini, UMNO menjadi utuh dan kuat. Bukan setakat faham bahawa UMNO mesti utuh dan kuat. Mereka gagal memahami keadaan ini kerana sering beretorik dan hanya memahami masalah pada permukaan atau hanya mementingkan kulit yang cantik.
  16. Perwakilan Mac ini fikirlah masak-masak ungkapan Kudakepang, apa itu pemimpin Idealis, pemimpin realis dan pemimpin retorik…

5 comments:

  1. salam bro..MM pilihan akar umbi..ini telah di buktikan dgn pencalonan yang beliau dapat..saya juga mengharapkan kemenangan beliau.mungkin bro pun berpandangan sama.bro ada satu undi,harap bro undi pada yang sepatutnya.cuma yang takutnya sekarang perwakilan akan pilih saper yang ulur lebih.hal nie kita dah nampak di sesetengah negeri.contohnya di pp n terengganu nama kt cukup popular ketika ini.WP pun sama juga.Jentera MM mcm tak buat keje je.mcm kj dia tak risau walau kalah sorak masa kat dbp tempoh hari.jentera dia berjalan dgn poket penuh.bila-bila dia bole up lebih kot.

    ReplyDelete
  2. Khairul,
    Setuju sangat pandangan tu. Tengok sj dlm perang Uhud, bila merah mata tengok timbunan harta, pasukan pemanah terus lupa tanggungjawab dan amanah yg dipikul.
    Jika perwakilan Mac ini bersikap spt pasukan pemanah Uhud, mungkin DMM boleh terima hakikat tersbt, tp risiko paling besar adalah kpd UMNO keseluruhannya.

    ReplyDelete
  3. Den pun nak pakai Mato Belalang
    Den pun nak berjalan ke medan
    Den nak projek
    Den pun nak koyo jugak
    KJ ado mertua
    MM anak bapak
    KT dah jd MB
    Den ada SATU UNDI yoo
    Lain tahun bolum tauuuu
    .............

    ReplyDelete
  4. salam saudara,

    Lihat siapa pemimpin umno yang berada dalam barisan kepimpinan semuanya bermasalah bukan saja dari segi moral dan jenayah.. macamana rakyat nak sokong....dari najib sampailah ke pemeriksa kira-kira haru biru semuanya....malu..malu..

    orang shah alam.

    ReplyDelete
  5. bang,

    Gua memang caya lah dengan lu....ingat tak lagi kali pertama kira berdiskusi di taman fatimah...mulo-mulo nak konal abang lah...

    Kok kau ditakdirkan jadi pemimpim lah...den akan bermandi poluh dan berkorban maso membantu lu...

    Luv u bang.....

    Ingat bang...cakap misti bikin tau...meh kito buek kek pilah....kito misti ado pemikir cam ni.....

    ReplyDelete