Berikut adalah antara halangan yang menyumbang kepada sukarnya BN melakukan perubahan dan mendapat kembali keyakinan rakyat;
1. Tabiat suka bertangguh. Sistem kuota dan pemilihan parti yang dikatakan sudah tak relevan dalam usaha menyelamatkan parti, masih ada yang mahu ianya dikekalkan, tapi bertujuan untuk menyelamatkan individu dalam parti.
2. Tidak mahu mengambil tanggungjawab terhadap prestasi buruk pada PRU 12 dengan cara memindahkannya menjadi ‘tanggungjawab bersama’.
3. Ramai pemimpin sedar perlunya perubahan, tapi bila sampai ketika untuk mereka buktikan kesanggupan untuk berubah, tabiat lama juga yang terserlah. Budaya politik wang terus membiak subur. Amaran, pasukan pantau, buku merah hilang entah ke mana. Tangkapan melibatkan amaun 200 @ 300 jadi jenaka rakyat.
4. Mengaku UMNO mewakili suara majoriti perjuangan bangsa melayu, tapi bila memilih pemimpin para perwakilan ikut selera sendiri. Mana yang rakyat benci perwakilan suka, Mana yang rakyat suka perwakilan benci.
5.Tiada tindakan pantas untuk memperbetulkan kesilapan dan kepincangan yang berlaku. Puncanya, kerana pemimpin UMNO takut menelan ubat yang pahit. Ubat yang ditelan hanyalah ubat-ubatan manis yang tidak menjejaskan anak tekak.
6. Keberanian, hanya setakat bermuhasabah, sedar sesuatu harus dilakukan untuk kembali dipercayai rakyat dan parti mesti diperkuatkan semula. Tapi usahkan perubahan drastik, nak rombak sistem pemilihan parti dan hapuskan kuota pun tak berani.
7. Hanya meminta ahli menyokong pemimpin dalam sebarang usaha pemulihan sokongan rakyat tapi ahli tak tahu apa yang nak disokong kerana kepimpinan tidak buat apa-apa lagi.
Hanya meminta rakyat jangan terpengaruh dengan isu-isu sensitif yang boleh menjejaskan kestabilan negara tapi tiada ketegasan dalam penguatkuasaan undang-undang.
8. Hanya meminta parti-parti politik jangan memainkan isu agama dan perkauman tapi tiada jawapan bagaimana untuk mematikan terus mainan isu perkauman, malahan kerajaan pula yang dilihat seperti berada di pihak yang bersalah.
9. Hanya mendesak supaya semua pihak menghormati keluhuran perlembagaan dan undang-undang tapi bila berlaku pelanggaran terhadap keluhuran tersebut, pihak kerajaan kelihatan macam tak tahu nak buat apa.
10. Hanya memberitahu rakyat bahawa kerajaan mampu berhadapan dengan sebarang krisis tapi rakyat melihat sebaliknya.
11. Pendek kata, kerajaan sangat defensif. Hanya menepis, mengelak, mengelat dan mengilit apabila diserang. Akhirnya, rakyat nampak macam kerajaan pulak yang bersilat mempertahankan diri dan menafikan tuduhan itu dan ini.
12. Kalau kerajaan tu suami, isteri dan anak-anak tu rakyat, dah lama isteri cari laki lain dan anak-anak bawa haluan sendiri. Apa tidaknya. Tak tegas sebagai suami dan ayah, lembik, ikut saja karenah isteri dan anak-anak, biarkan undang-undang rumahtangga dipijak-pijak dan masing-masing buat undang-undang sendiri, anak tak hormat ayah, ayah pulak tak faham urus tadbir rumahtangga, siang malam hiruk pikuk tak henti-henti, masalah meleret-leret dan bertimpa-timpa.
13. Macam mana Dato Lembaga tak masuk campur. Bila masuk campur, marah pulak kerana mencampuri urusan pentadbiran dan politik rumahtangga
Akhirnya, bila tersepit,…Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku...
Hanya orang Nogori konal orang nogori
ReplyDelete*pelantaqhujah
Bro,
ReplyDeleteKeadaan dan BERCELARU...ahli UMNO dan bukan ahli UMNO dah tak tentu arah pemikirannya....Sambil tu bro solitkan sikit cerito sejarah nabi dan para sahabat...ha...baru ada menafaatnya.
Kembali ke jalan ALLAH.....
Agak ae lah