Wednesday, February 25, 2009

LEMBU JADI KORBAN RASUAH...

Puluhan billion rasuah yang dilakukan pemimpin BN, SPRM tak ambil peduli, rasuah lembu korban pulak yang diambil berat. Ini yang Anwar tak setuju sangat.

Anwar patut beri kerjasama dari dulu. Kemukakan semua bukti yang dia ada. Jadi senanglah SPRM nak bertindak. Kalau SPRM tak bertindak, Anwar boleh saja keluarkan semua bukti tersebut dalam media. Kalau media tak keluarkan boleh jaja bukti-bukti tersebut melalui demonstrasi jalanan. Jadi SPRM tak boleh lari atau senang-senang nak tutup kes tersebut.

Sepatutnya masalah rasuah ni sudah boleh diselesaikan kalau Anwar bagi kerjasama penuh. Pasal, kalau berdasarkan cakap dia, seperti dia tahu semua perlakuan jijik pemimpin BN. Jurublog sedia jadi budak ‘despatch’ Anwar jika dia benar-benar sedia mengeluarkan semua bukti-bukti yang dia ada untuk dihantar ke SPRM.

Kalau Anwar hanya ‘cakap tapi simpan’ semua bukti tu, bermakna Anwar juga turut bersubahat dengan kemungkaran yang berlaku. Kalau dia bersubahat bermakna bukan saja dia tidak bertanggungjawab kepada negara dan rakyat, malahan turut bersalah dari sudut pandangan agama.

Kalau kita menceritakan kesalahan yang benar-benar dilakukan oleh seseorang kepada orang lain, itu dikira mengumpat. Kalau dengan sengaja menceritakan perkara yang tidak tepat tentang sesuatu perkara, itu dinamakan bohong. Jika memburuk-burukkan orang lain dengan perkara yang tidak pernah dilakukannya, itu dinamakan fitnah. Bila menokok tambah benda yang sikit hingga jadi besar atau mengubah cerita kepada versi baru, itu dikatakan dusta.

Suatu pekerjaan yang menyimpang dari tujuan dikira sebagai satu kesalahan. Kesalahan kecil atau kesalahan besar, tetap termasuk dalam kategori kesalahan.

Tidak ada pulak tuhan cakap berat atau ringannya sesuatu kesalahan rasuah itu dinilai berdasarkan jumlah amaun yang terlibat.

Begitu juga dengan sedekah. Tuhan tidak nilai sesuatu sedekah itu berdasarkan besar atau kecilnya amaun yang disedekah.

Kalau Anwar mempertahankan perlakuan rasuah lembu korban hanya disebabkan orang lain melakukan rasuah yang lebih besar, samalah dengan berkata ‘aku masuk neraka tingkat atas je, tak macam depa semua tu, masuk neraka paling bawah. Padan muka depa, ambil rasuah nak besaq-besaq sangat.’

Dari satu sudut pulak, setahu jurublog amalan korban ni adalah satu amalan yang dikhaskan untuk dilakukan oleh seseorang individu. Amalan korban bukan ditujukan kepada institusi. Kalau suruh institusi yang buat korban, nilai amalan dan pahala tu tuhan nak bagi siapa pulak.

Jadi, di sini sudah wujud dua kesalahan. Pertama melakukan amalan korban tidak mengikut seperti mana tertib yang tuhan syaratkan iaitu kepada individu muslim dengan duit poket sendiri. Kedua, mengarahkan institusi perbendaharaan kerajaan pula menanggong kos amalan korban bagi pihak Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Ini adalah satu penipuan serentak yang dilakukan terhadap tuhan dan manusia.

Inilah bahananya bila amalan agama pun mahu dijadikan sandaran untuk persembahan politik.. Kawan ingatkan konsep kesamarataan ni hanya diperjuangkan dalam urusan pentadbiran dunia je. Rupanya perjuangan mereka-mereka ni terlalu ‘advance’. Amalan dunia dan amalan suci agama pun mahu disamaratakan.

Kepal nasi : Teringin nak cuba perjuangkan konsep kesamarataan dalam melakukan rasuah. Mungkin bila konsep kesamarataan ini dapat dijayakan, maka tiada siapa lagi yang boleh tuduh siapa rasuah. Semua pihak akan puas hati, sama rata sama rasa. Tiada diskriminasi dalam rasuah.

10 comments:

  1. Sokong cadangan jurublog. Semua orang yang terlibat dengan rasuah mesti diadili dengan sama rata. Bukan dikira jumlah rasuahnya, tetapi dikira perbuatannya itu. Yang haram tetap haram.

    ReplyDelete
  2. Seingat aku belum ada satu perkara yang diluahkan dengan mulut oleh DSAI yang dfapat diterima sepenuhnya. Ianya hanya dombaan, fitnahan, dustaan, umpatan dan cacau merbaan. Dan menerimaan semua itu oleh PKR dan PAS yang rata-rata melayu telah mengambarkan kepada aku mereka masih tak memahmi apa itu perjuangan bangsa dan agama. Mereka beranggapan main politik itu seperti main guli atau main congkak diruang tamu rumah sahaja.

    ReplyDelete
  3. haha masaalahnya anwar pun masa dlm UMNO dulu kaki sapu jugak. semua pemimpin ni mmg brengsek. so jgnlah jadi pengikut fanatik sgt. yg penting kita buang semua pemimpin brengsek yg mcm tu barulah negara kita aman.tak kiralah UMNO ke pas ke pkr ke sama aje

    ReplyDelete
  4. Anwar merupakan najis besar atau dewanajis yang cuba menukarkan dirinya sebutir permata palsu sebelum bercita-cita ingin menjadi intan..tetapi saya dasar najis tidak mungkin boleh bertukar menjadi permata...

    ReplyDelete
  5. "Kepal nasi : Teringin nak cuba perjuangkan konsep kesamarataan dalam melakukan rasuah. Mungkin bila konsep kesamarataan ini dapat dijayakan, maka tiada siapa lagi yang boleh tuduh siapa rasuah. Semua pihak akan puas hati, sama rata sama rasa. Tiada diskriminasi dalam rasuah."

    Rasanya kalau konsep persepsi Anwar itu dijaja dan dimashurkannya untuk menghalalkan rasuah,maka rakyat ikut seadanya.

    MENGAPA??!!

    Sebab Anwar yang cakap boleh.PAS pula akan keluarkan fatwa mengelirukan kononnya RASUAH ini pun halal dan dibolehkan.

    TAK PERCAYA?

    lihat saja nanti.DAP kafir laknat itu diagungkan,LIM GUAN ENG yang guna colok menyembah moyang itu dianggap seperti AMIRUL MUKMININ.Para pengikut angguk kepala.

    Kononnya dekri daripada ulama,padahal bodoh mengikut memBABI buta,tanpa guna ilmu pengetahuan dan dalil yang sepatutnya.

    HAI LAH RAKYAT MALAYSIA.SAMPAI BILA KITA HENDAK TERPEDAYA..........

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Sana-sini orang bercerita pasal rasuah lembu. Reaksi orang ramai begitu merata marah pada SPRM. Apa boleh buat, lembu kalau sudah dicucuk hidung akan mengikut sahaja kata tuannya.

    Oleh itu sama-samalah kita menjaga hidung kita dengan teliti supaya tidak kena cucuk. Susah kita nak bergerak nanti. Kalau nak bergerak keana ikut tuan.

    Apa jadi dengan fail rasuah berprofail tinggi yang didedahkan oleh Dato' Seri Rais Yatim dahulu. Dah buang longkang ke?

    Sesungguhnya isu lembu ini merupakan "BOLA TANGGUNG" yang dihadiahkan oleh DSKT sebagai modal PR untuk membuat "PUKULAN MAUT" kepada BN pada PRU yang ke-13.

    Kita tunggu.

    ReplyDelete
  9. Biasalah Bro KK. Bila kita nak tutup kita punya PUNGKOQ, (nak cover) kita bagi tau orang len pun nampak PUNGKOQ....
    Tak gitu ka....


    KEMPEN KARPAL CELAKA

    ReplyDelete
  10. Bang,

    Lam Berita Harian ari ni...26/2/2009,terpampang tajuk "TERSERAH KHALID"...pasal cerita lucas budak eli tu lah....
    Sultan buek sikap berkecuali(kata wartawan tu)....eh...eh..tah apo yang sobonar ae mane kito tau kan...

    Padan pulak muko orang yang banyak buek cerito pasal eli tu...suruh lotak jawatan lak tu...sok kok dibukak ae ke Allah aib sendiri...ha baru tau...pandai berkoba cerito agamo....naik nyampes den bang...

    Ado laman bolg best bang, pasal agama ...poi rewang kek pondok pak habib...yo...yo...yo...yo

    ReplyDelete