- Tersentak juga pemikiran bila membaca posting YBM Tengku Razaleigh. Memang benar seperti dikata, seluruh pemikiran sudah terlalu menumpu kepada persoalan politik dan politiking yang tidak berkesudahan. Politik sudah jadi ‘yaa’ tak bertitik.
- Kebimbangan dunia hari ini adalah soal yang berkaitan dengan ekonomi. Kemelesetan yang belum pernah terjadi sedang terjadi.
- Tapi kita belum lagi menampakkan tanda kebimbangan. Krisis kewangan Asia pada 1998 tidak seteruk krisis global yang dihadapi hari ini, tapi kepimpinan dan rakyat ketika itu sedar akan kesannya dan kerajaan telah mengambil langkah di luar kelaziman demi menyelamatkan negara. Berbeza sekali keadaannya hari ini. ‘Business as usual’.
- Adakah tiadanya kebimbangan ini kerana kita yakin tidak akan menerima tempias? Atau negara kita sudah mempunyai formula tertentu untuk mengatasinya? Atau negara kita masih belum memahami kesan domino yang bakal berlaku? Atau negara sudah tahu akan kesannya, cuma negara tidak mahu menjelaskan secara berterus terang kepada rakyat kerana negara tidak mahu rakyat panik atau ‘over react’?
- Kita tidak mahu kerajaan dan rakyat menjadi seperti kanak-kanak yang bermain di sungai. Mereka berani dan tidak bimbang akan bahaya arus sungai bukan kerana kebolehan yang ada, tapi berani kerana ketiadaan pengetahuan tentang bahaya arus sungai.
- Tahun 1998 negara dikejutkan dengan krisis politik dan ekonomi secara serentak. Keadaan ekonomi meruncing. Dalam masa yang sama ratusan ribu rakyat berdemonstrasi di jalanan gara-gara pemecatan Anwar. Tetapi krisis politik ini tidak pernah mengabaikan pemimpin kita terhadap krisis kewangan yang sedang berlaku.
- Kawalan modal diperkenalkan sehari sebelum pemimpin nombor 2 negara dipecat. MTEN ditubuhkan di seluruh negeri. EPU / ICU bermesyuarat dan memantau krisis kewangan 24 jam. Langkah-langkah drastik diperkenalkan. Kadar faedah yang melambung diturunkan secara drastik. BLR dihapuskan. Pakej rangsangan dan ‘pre-emptive’ amat berkesan setelah dilakukan kawalan modal.
- Walau pun timbul isu ‘bail-out’ oleh kerajaan terhadap syarikat-syarikat GLC dan senaraian awam tertentu, tapi preskripsi tersebut akhirnya berjaya menyelamatkan ekonomi dari mengalami keruntuhan yang lebih besar. Kebanyakan negara ‘harimau ekonomi’ terpaksa menyerahkan ‘mahkotanya ‘ kepada IMF, tapi tidak bagi negara kita.
- Walau pun NPL menjangkau angka 70 billion dan banyak syarikat-syarikat besar tumbang, tapi penstrukturan hutang dan pakej pemulihan dilihat mampu menyerap sebahagian besar dari NPL yang ada.
- Kesimpulannya, langkah-langkah menyelamat ekonomi dan kewangan ketika itu dilihat, dirasai dan dibuktikan keberkesanannya.
- Rakyat berasa mereka dilindungi oleh sebuah kerajaan yang bertanggungjawab. Walau pun tindakan kerajaan memacu ekonomi negara pada kadar yang terlalu laju telah menyumbang kepada krisis kewangan negara, tapi bila wujud kesan buruk terhadap dasar ini, kerajaan mengambil tanggungjawab penuh untuk mengatasinya. Kerajaan telah mengambil risiko tersebut tanpa memindahkan beban dan kos hidup kepada rakyat. Kerajaan lebih rela berhutang besar bersendirian daripada bertindak mengongsi hutang tersebut dengan rakyat.
- Jadi, walau pun berlaku krisis politik yang meruncing ketika itu, rakyat masih berasa selamat berada di bawah pemerintahan yang ada. Kos isi rumah masih dalam garis kemampuan pendapatan mereka. Kos isi rumah yang terkawal telah menyebabkan majoriti senyap tetap terus bersama kerajaan BN walau apa pun krisis politik yang berlaku.
- Hasilnya kerajaan BN masih mengekalkan majoriti 2/3 pada PRU 1999.
- Pendekatan menghadapi kesan krisis ekonomi kini sudah pasti berbeza dengan krisis 1998.
- Bahasa mudahnya kalau tahun 1998 dulu, ‘business ada, duit yang bermasalah’, krisis sekarang, duit ada tapi business yang bermasalah’, sebab negara-negara pembeli seperti Amerika dan Eropah yang mengalami masalah kewangan.
- Sudah tentu ini akan menjejaskan ekspot barangan, perkhidmatan dan perdagangan kita dengan mereka.
- Sejauh mana pakej rangsangan 7 billion dan mini budget boleh memberi ‘sustainability’ kepada pertumbuhan pelbagai sektor penjana ekonomi? Bagaimana pula keupayaan sektor-sektor pertumbuhan ini menyerap pekerja dan mengelak dari diberhentikan? Bagaimana langkah untuk menghadapi lambakan ratusan ribu siswazah yang bakal menamatkan pengajian?
- Singapura mengumumkan pekerja yang bakal diberhentikan akan melibatkan hampir 500,000 pekerja negara ini.
- Jika kita tahu tempoh kemelesetan dunia hanya setahun, mungkin kita boleh merangka pelan ke arah itu. Tapi siapa yang boleh meramal semua ini?
- Cukupkah ‘stamina’ kita untuk berhadapan dengan krisis ini?
- Pemikiran luar kotak Tun Mahathir pada 1998 belum tentu boleh menghadapi krisis kali ini.
- Maka pemimpin hari ini perlukan 2 kali ganda kebijaksanaan TunMahathir pada 1998...
Thursday, February 26, 2009
BOLEH 'SUSTAIN' KE....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bro, saya mengulas tentang pemilihan calon exco, sebagai masih exco saudara harus memberi panduan kepada para perwakilan dari segi fakta, komposisi, tanggungjawab exco. Supaya tohmahan tentang exco sedia ada dapat dibuktikan atau sekadar fitnah.
ReplyDelete