DS Najib harus menilai semula formula permuafakatan dan titik persamaan sesama anggota komponen BN terlebih dahulu jika mahu konsep Satu Malaysia diterima oleh seluruh rakyat.
Kita amat meragui kemampuan sebahagian dari komponen BN untuk bersikap jujur dalam mengadaptasi konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh DS Najib.
Kejayaan membebaskan negara dari penjajah terhasil dari Satu Permuafakatan yang telah dibuktikan oleh pemimpin 3 kaum utama di Persekutuan Tanah Melayu.
Kejayaan penstrukturan semula sosio-masyarakat selepas 13 Mei adalah juga disebabkan keupayaan para pemimpin kaum mencari Satu Titik Persamaan dalam melakukan proses pembetulan halatuju negara pasca krisis 13 Mei..
Ia bermula dengan persetujuan semua pemimpin kaum ketika itu menerima Satu Landasan Ideologi baru yang diterjemahkan melalui penggubalan Prinsip Rukun Negara.
Kemudian, mereka bersepakat mencipta DEB sebagai Satu Landasan Laluan Bersama untuk membina semula negara yang hampir terjerumus ke lembah anarki.
Mereka, termasuk parti-parti pembangkang seperti Gerakan dan PAS telah berkesanggupan melempar jauh keegoan mempertahankan prinsip dan idealisma parti di atas maksud Satu Prinsip dan Idealisma Pembangunan Semula Negara yang terlebih penting.
‘Keegoan’ telah dikuburkan bersama Perikatan demi kelahiran 'Satu Kestabilan’ melalui BN yang lebih ‘structured’.
Mereka menerima secara bersama 'Satu Gagasan' yang diperjuangkan melalui BN. Mereka faham apa yang setiap kaum harus korbankan untuk mendukung 'Satu Gagasan Negara Bangsa' yang diilhamkan oleh Tun Razak.
Mereka juga faham, tanpa ‘toleransi dan situasi menang-menang’, tidak mungkin ditemui 'Satu Titik Persamaan' untuk ‘melihat cahaya di hujung terowong’.
Pendek kata mereka amat realitik dan pragmatik serta tahu apa keutamaan yang paling agung ‘ketika itu’.
Dalam banyak-banyak perkara wajib, mereka tahu wajib mana yang paling wajib didahulukan.
Dalam banyak-banyak perkara sunat, mereka tahu sunat mana yang paling afdal untuk didahulukan.
Dalam banyak-banyak perkara harus, mereka tahu harus mana yang harus didahulukan.
Mereka bersetuju meninggalkan perkara yang haram, iaitu sifat tamak haloba 'menggenggam kuasa atau kekayaan untuk kaum sendiri' dan mengambil nilai toleransi sebagai Satu Acuan Bersama.
Semua kaum telah berkorban dengan Satu Cara, iaitu, ‘saling memberi ruang untuk dinikmati bersama secara adil’ tanpa ada sesiapa yang kehilangan hak.
Mereka, para pemimpin kaum begitu komited terhadap usaha menterjemahkan Satu Pelan Kerangka Keamanan dan Kesejahteraan Rakyat yang telah mereka gubal bersama.
Hasilnya BN menjadi kebal hasil dari kepercayaan dan keyakinan rakyat yang turut bersama mendukung gagasan ini. Rakyat mendukung gagasan ini kerana pemimpin-pemimpin kaum telah terlebih dahulu percaya dan yakin terhadap Satu Misi dan Satu Visi BN.
Pemimpin kaum dalam BN ‘Berkawat Satu Derab' dalam menjayakan Satu Gagasan Realistik ciptaan mereka.
DS Najib harus mencipta semula 'Satu Ramuan' yang paling ‘cocok’ untuk membolehkan konsep Satu Malaysia diterima sebagai Satu 'Total Rejuvenation’ & ‘Total Re-reconstruction of Nation Building’.
Walau bagaimana pun perlu diingat, 'Satu Persenyawaan’ harus berlaku terlebih dahulu sebelum berlakunya 'Satu Kelahiran'.
Proses persenyawaan yang dilakukan oleh Tun Razak melalui kejayaan menyatukan ‘pegangan’ pemimpin-pemimpin kaum samada yang berada di dalam pembangkang mahu pun di dalam Perikatan telah menyebabkan lahirnya sebuah negara yang aman, makmur, maju dan bersatu.
Bolehkah pemimpin-pemimpin kaum hari ini disenyawakan untuk 'Satu Kelahiran Semula' negara di atas nama ‘OneMalaysia’?

dato,
ReplyDeletemasalahnya kaum lain naik minyak bila ada golongan melayu sendiri yang menolak kelebihan dan hak keistimewaan orang melayu. ada melayu dungu ni yang menyenyebabkan kaum lain pijak kepala...
Salam,
ReplyDeleteBagaimana gak ae formula persenyawaan tu....????Tumbuhan ado caro ae....Haiwan beh kurang cam manusio yo...
Best lah ...saya nak cedok dgn izin yo