Monday, October 26, 2009

ISLAM PAS-UMNO DUA KALI LIMA...

Apa yang berlaku dalam PAS akhirnya tidak banyak berbeza dengan lain-lain parti politik. Dua kali lima. Lima kali dua.

Penafian, persilatan ayat dan pembendungan yang cuba dilakukan akhirnya tidak dapat juga untuk disorok atau ditapok.

Perbalahan, percanggahan pendapat, tidak sehaluan dalam pemikiran, kegagalan memahami pendekatan individu pemimpin dan juga kegagalan institusi parti dari segi menterjemah maksud sebenar perjuangan parti adalah di antara factor-faktor pengiring yang menyebabkan timbulnya masalah dalaman sesebuah parti.

Segala tempelak dan tuduhan luar batasan yang dilemparkan kepada parti lawan akhirnya datang mewarnai parti sendiri.

Seronok jugak tengok orang alim-alim bergaduh…Bolehlah tengok macam mana cara bergadoh dari sudut pandangan Islam. Mungkin kita boleh belajar sesuatu dari peristiwa ni.

Kalau polis yang memakai pakaian polis trafik, orang tahu tugas mereka ialah menjaga lalu-lintas dan keselamatan di jalan-jalan raya. Kalau berpakaian polis trafik tapi dalam masa yang sama perlakuan di jalan raya dan cara memandu pun dua kali lima dengan pesalah trafik yang lain, maka rosak binasalah seluruh imej dan reputasi pasukan polis.

Begitu jugalah keadaannya dengan parti yang siang malam tidak kering gusi bersyarah menyatakan mereka berjuang membawa obor agama keamanan Islam, tapi dilihat perbalahan dan politik dalaman yang berlaku dua kali lima dengan parti yang dituduh asobiah dan menolak agama.

Sudah tentulah yang bakal mendapat imej buruk bukan PAS tapi agama Islam suculah yang bakal dipandang serong oleh rakyat, terutamanya bukan Islam.

Sudahlah imej kesucian Islam tercemar gara-gara jihad ala Nordin Mat Top dan Osama Laden. Sekarang parti yang membawa obor Islam pun berlaku perkara-perkara yang sama sepertimana yang dialami oleh parti-parti yang tidak memperlembagakan Islam sebagai perlembagaan parti.

Jadi di mana lebihnya Islam berbanding dengan lain-lain kaedah perjuangan parti? Itu yang akan bermain pada pemikiran bukan Islam. Jadi, bukankah akhirnya yang terjejas adalah kesucian dan kesyumulan Islam?

Sebab tu..janganlah kerana membawa agama (tapi bukanlah tepat sangat pun) sebagaimana kehendak Allah dan rasul, akhirnya Islam yang jadi mangsa pandangan serong orang lain…!

Orang alim agama patut perhalusi perkara-perkara seperti ini. Itu sebab Sunnah itu amat penting jika mahu menjadikan agama sebagai pedoman hidup. Tafsir al quran dan sunnah nabi tapi ikut logik akal sendiri dan tingalkan sunnah yang berbentuk ‘perbuatan’, dan hanya pakai bab-bab hadis, macam ni lah jadinya….
Dapat hujung pangkal lesap….

Bila timbul masalah kepimpinan dalaman, berbalah dan tak sehaluan dalam pendekatan, akhirnya cara penyelesaian yang berlaku tidak ubah macam UMNO dan lain-lain parti yang tak berpelembagaan Islam…Tidak ada apalah lebihnya parti PAS dengan lain-lain parti..

Patutnya kalau dah pakai pendekatan Islam yang betul dan sahih, mestilah kaedahnya sama sekali berbeza dengan kaedah orang yang jahil agama.

Kalau kan samo yo…berhentilah pakai lecana agama ni. Buat malu Islam je. Manusia yang gila kuasa mana tau malu. Tapi ingatlah ‘imej Islam’ tu sikit.

3 comments:

  1. bagi aku ISLAM yang dibawa oleh UMNO lagi memertabatkan ISLAM itu sendiri daripada PAS yang banyak bersandiwara dengan menonjolkan keislaman dibalik tabir !!!!!!!! renung2kan kah

    ReplyDelete
  2. Bro,

    Tapi kalau angota polis sendiri yang terlibat saperti dalam pembunuhan Altantuya macam mana? Kesalahan trafik tu kecik bona nak dijadikan contoh.

    Salam.

    ReplyDelete
  3. Pendapat peribadi saja. Hidup bukan islam ada baiknya. Diberi kebebasan berbuat baik juga diberi kebebasan berbuat sabaleknya tetapi kena bertanggongjawab kaatas salah lakunya sendiri, mengikut undang negeri itu (undang undang yang ada kaitan dengan amalan dan ugama manusia) Walaupun ada cacatnya tetapi tegas dalam perlasanaannya.
    Sedangkan dinegeri islam banyak kerenahnya, tiada ketegasan. Pengikutnya ramai tetapi lemah dari segi ilmu pengetahuan dunia mahu pun akhirat. Mereka terlalu banyak bergantong kapada kepakaran bukan islam tetapi dalam masa yang sama mereka memberontak hendak segala-galanya islam. Islam Arab pulak, baru mereka berpuas hati.
    Oleh kerana perkataan islam itu pun menjadi bahan perbalahan dikalangan pengamal islam maka banyaklah pergolakkan dan huruhara didalam negeri islam hari ini kalau dibandingkan negeri bukan islam.
    Memandangkan perpecahan dikalangan islam begitu menonjul sana dan sini. Penipuan, penghianatan mula gagah mengambil tempat, baik didalam parti atau dimana saja yang boleh memberi keuntongan kapada diri sendiri.
    Dengan itu banyaklah kekeliruan dan perselisehan dikalangan penganut itu sendiri.
    Begitu juga pengaroh bukan islam mengambil kesempatan dalam memperkukuhkan cengkamannya kadalam hati generasi muda mudi untok berfikir
    samaada untok terus hidup sacara islam yang kocar kacir atau aman damai, bersatu seperti mereka.

    ReplyDelete