Berapa ramai pemilik kenderaan yang berusia 15 tahun ke atas terlibat hasil dari dasar baru automotif negara?
100,000 atau 200,000 atau lebih dari angka ini?
Jika ada 100,000 kereta berusia lebih 15 tahun di jalanraya, bermakna 100,000 kenderaan pengguna akan terlibat dengan pemereksaan Puspakom.
Siapa yang paling ramai kalangan yang memiliki kenderaan berumur melebihi 15 tahun?
Sudah barang tentu penduduk luar bandar dan generasi pertama peneroka Felda. Penduduk luar bandar tersebut mungkin terdiri di kalangan guru pencen, pengawal keselamatan, askar pencen, polis pencen dan peniaga kecil-kecilan yang kais pagi makan malam.
Jika diambil dari jumlah isi rumah, jika 100,000 kenderaan mungkin isi rumah yang terlibat secara purata 4 atau 5 orang. Jumlahnya akan menjadi 500,000.
Jika kenderaan kategori ini ada 300,000, maka jumlah isi rumah yang terlibat mungkin mencecah 1.5 juta orang yang bergantung kepada kenderaan tua ini untuk mencari rezeki atau meneruskan kegiatan harian.
Adakah keputusan ini satu keputusan yang tepat?
Dari segi keselamatan dan kepenggunaan jalanraya mungkin langkah ini baik untuk negara.
Bayaran Puspakom mungkin serendah RM30. Ia tidak membebankan. Cuma yang mungkin membebankan ialah proses pemereksaan Puspakom yang bakal dilaksanakan.
Dalam keadaan hari ini pun, jika kita membuat pemereksaan Puspakom, kita terpaksa mengahabiskan waktu sehari suntuk dan terpaksa bercuti dari berniaga atau bekerja semata-semata untuk keluar pagi-pagi dan pastikan kenderaan kita termasuk di kalangan mereka yang awal untuk dipereksa.
Masa 1 hari ini diandaikan jika kenderaan itu terus diluluskan JPJ. Bagaimana jika kenderaan ini tidak lulus pemereksaan? Sudah tentu masa akan berlarutan berhari-hari dan terpaksa mengulang-ulang pemereksaan Puspakom sehingga lulus.
Cuba kita bayangkan jika kuat kuasa pemereksaan Puspakom yang melibatkan kumpulan 100,000, 200,000 atau 300,000 kenderaan persendirian.
Apakah Puspakom mampu menguruskannya tanpa menjejaskan kehidupan pengguna. Akhirnya kos yang terpaksa ditanggung oleh pengguna kereta tua ini sudah pasti melebihi dari RM30.
Jika tujuannya untuk mengurangkan kereta tua, sudah tentulah pengguna kereta tua ini akan berbelanja lebih apabila terpaksa membeli kereta lain yang tidak memerlukan melalui proses pemereksaan Puspakom.
Mengikut ramai penganalisa industri permotoran, tiada tanda-tnda harga kereta akan turun hasil dari Dasar Automotif Negara yang baru diumumkan.
Jadi pengguna kenderaan kategori tua ini tidak punya pilihan.
Mahu diteruskan mengguna kereta tua, mereka akan terjebak dengan belanja penyenggaraan tambahan setiap tahun. Mahu ditukar kereta baru, mereka terpaksa membayar dengan harga yang lebih.
Persoalannya apakah tindakan ini satu tindakan yang popular?

Dato',
ReplyDeletePada pandangan saya langkah ini tidak tepat. Dan ini penyebab kemarahan orang kampung yang sekarang mula mempertikai langkan ini. Siapa yang begitu bodoh membuat dasar, yang sebenarnya memberi tekanan kepada rakyat. Adakah orang yang mampu beli kereta baru akan guna KE30, Gallen, GL dan sebangainya. sebenarnya rakyat marhain inilah yang akan menderita.
Sekirayan budget kali ini diKHABAR BAIKKAN menjadi mesra rakya akan bertukar kerana masalah remeh seperti ini.
Golongan marhain ini sebenarnya yang menyokong kerajaan (BN) dan mereka sebenarnya mudah di eksploitasi. Dasar ini sebenarnya mendedahkan kerajaan kepada kebencian semula kepada kerajaan.
Penduduk Desa atau luarbandar dan golongan berpendapatan rendah di BANDAR yang sebenarnya memerlukan perlindungan dari kerajaan dalam semua stuktur perubahan dasar kerajaan. Kerajaan perlu sedar kepantingan 70% raktyat ini.
lebih baik tak popular..
ReplyDeletemacam chedet dulu tapi bagus utk negara...
mula2 org tak nampak..
biar chedet komen
Kerajaan harus fikirkan semula tindakan yang dikenakan terhadap pengguna kereta tua. Pemilik kereta tua rata rata adalah penduduk luar bandar. Siapa yang tidak hendak kereta baru,tapi apakandaya tangan tak sampai.
ReplyDeleteJika hendak dikatakan kereta tua ini bahaya dijalanraya, tapi yang paling bahaya adalah kenderaan-kenderaan yang baru. Berapa banyak kereta lama yang terlibat dalam pelangaran dijalanraya. Pemilik kereta lama sayang akan kereta tuanya itu. Sekiranya apa-apa berlaku belum tentu dapat gantinya dengan semudah itu.
Walau pun kereta tua tapi itulah nadi hidup mereka. Kereta untuk cari rezki, untuk hantar dan jemput anak sekolah,untuk menjmatkan masa, lebih - lebih lagi sekarang ini sudah tiada bas yang masuk kampong. Sudahlah kereta tua sekarang ini kena miliki Insuran kereta comprehensif. Itu dendam pertama yang disimpan didalam hati pemilik kereta tua.
Tidak tahulah adakah ini caranya kerajaan mencari duit dalam halus. Yang kaya Cina jual Insuran dan selepas ini mungkin pe...... di Puspakom. Berkemunkinan selepas ini pengguna kereta tua tidak perlu lagi beli insuran dan cukai jalan. Pemilik kereta tua akan jadi cowboylah selepas ini, kalau dah susah sangat nak pergi ke Puspakom yang bukan dekat, yang pasti di bandar dan akan melibatkan banyak perbelanjaan
Nampaknya kerajaan asyik menjaga hati peneroka Felda sahaja sedangkan ramai lagi penduduk luar bandar yang susah. Kapada peneroka Felda mungkin tak perasan, yang dibagi tak seberapa tapi yang menyusahkan lebeh banyak
Sabenarnya saya terlalu sayangkan kerajaan hari ini walaupun banyak kekecewaan yang saya alami dengan ragam-ragam ahli-ahli politik. Jangan nanti ketidak puasan hati pengundi diterjemahkan diatas kertas kecil PRK13 saperti apa yang terjadi pada PRK12. Kerajaan fikirkanlah semula.
org muda
ReplyDeletekalau kerajaan BN degil tak mau nak dengar masalah dan tak nak reti masalah rakyat. marilah kita pakat ramai dalam PRU 13 nanti kita gantikan mereka dengan PR yang beria-ia nak beri kebajikan kepada rakyat. tengok selangor. air 20 m3 percuma. kawe yakin , tak PRU 13 depa nak mansuhkan pula.
kalau sesiapa ada kawan yg menguruskan dokumen mengeluarkan kereta yg diimport dari kastam di pelabuhan klang, tanyalah mereka berapa harga sebenar kos kereta yang dibawa masuk ke negara ini. anda akan terkejut betapa jauh perbezaannya dengan harga jualan.
ReplyDeletetambahan 200% cukai import? masih lg jauh lebih murah dan tidak sepadan dengan harga yg kita semua bayar sekarang ni. lebih jahat lagibanyak kereta2 baru di'declare' 2nd hand walaupun mileage x sampai 10km (itu pun sebab pusing2 dalam pelabuhan je).
bunyinya mgkin mcm tipu. tp syarikat bumiputera yang buat perkara ni dh kaya-raya tahap dewa pun. dan kerajaan cuma pejam mata sebab dgr2 ada link VVIP.
yg terus jadi mangsa ialah rakyat bawahan yang berpendapatan x seberapa ni... apa nak jadi la Malaysia ni???