Sunday, January 3, 2010

1 ALLAH UNTUK SEMUA AGAMA

Keputusan yang dibuat oleh hakim bukan Islam yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan akhbar gereja Katholik hampir benar mencabar minda dan iman seluruh penganut agama Islam di negara ini.


Barang siapa di kalangan umat Islam yang tidak berasa apa-apa dalam situasi ini sudah tentu ada mengalami masalah diri dan tuhan yang kronik. Sekurang-kurangnya jika tidak mampu mencegah dengan tangan maka mencegah di dalam hati pun sudah dikira masih mempunyai keimanan yang sahih kepada Allah.


INI bukan soal politik atau kuasa. Ini bukan soal tanggungjawab kerajaan dan bukan juga soal tanggungjawab Majlis Raja-raja.


Ini bukan soal Islam sudah dilindungi oleh perlembagaan negara dan bukan juga Islam itu menjadi agama rasmi negara. Bukan soal penubuhan negara Islam atau hukum hudud.


Persoalannya adalah jauh lebih besar dan lebih penting dari segala yang terpenting yang wujud pada ketika ini.


Ini persoalan paling darurat yang perlu difikirkan. Soal apa akan jadi dengan kesahihan akidah umat Islam di masa kini dan lebih-lebih lagi di masa akan datang.


Cuba bayangkan ketika anak kita membelek-belek buku di toko dan terjumpa ayat berbunyi “Allah itu rohul qudus dan Isa itu anak Allah yang dilahirkan melalui rahim Mariam”.


Siapa yang akan mengawal semua penerbitan ini? KDN? Mampu ke? Bagaimana mahu mengawal kitab-kitab, risalah, nota pendek, bunting atau banner yang mana selepas ini mereka boleh saja menggunakan kalimah Allah kerana mahkamah sudah membenarkannya?


Nampaknya nyawa Islam sudah terletak di hujung lidah para hakim. Hakim bukan Islam juga sudah mempunyai kata pemutus tentang hak-hak dan kedudukan agama Islam di negara ini!!


Sudah jelas lagi bersuluh penganut agama Kristian sedang menjayakan cucukan paling halus ke atas umat Islam dan senjata ini sudah berjaya mereka perjuangkan di mahkamah tinggi di dalam sebuah negara yang mana agama Islam dilindungi oleh perlembagaannya.


Dalam banyak-banyak nama kenapa mereka begitu tergila-gila mahu berkongsi nama Allah saja dan tidak nama lain?


Apakah mereka ini sudah begitu sempit pemikiran sehingga nama tuhan yang amat penting bagi satu-satu agama tidak mereka jumpai selain dari nama Allah?


Maksud Allah bagi umat Islam sangat berbeza sekali dengan maksud Allah bagi mereka. Allah bagi mereka boleh beranak dan diperanakkan. Allah bagi kita tunggal dan tidak beranak mahu pun diperanakkan.


Mana mungkin mereka boleh secara sembarangan ingin mengguna perkataan Allah. Ini bukan masalah antara Toyota harrier dan Toyota Lexus. Bentuk dan kuasanya tidak berbeza walau pun namanya berbeza.


Untuk mengguna jenama sembarangan pun hari ini sudah tidak boleh dan perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa. Jika tidak ada pertindihan nama barulah pihak berkuasa akan meluluskan jenama sesuatu produk. Jika nama produk telah dipatenkan maka tiada siapa yang boleh menggunakannya tanpa kebenaran.


Peraturan ini diamalkan di seluruh dunia.. Kenapa soal agama dan nama tuhan , iaitu sesuatu perkara pokok yang paling penting bagi setiap agama mereka tidak faham dan tidak maklum?


Apakah sudah bangkrap nama mereka –mereka ini? Berbillion-billion nama manusia dapat dicari di dunia ini. Kenapa nama tuhan pun mereka tidak jumpai sehingga terpaksa menumpang nama tuhan penganut Islam.


Sah..memang mereka punyai agenda. Dan hari ini kita umat Islam sudah mundur selangkah ke belakang disebabkan kejayaan mereka mengasak kita dengan hanya menggunakan sebuah mahkamah!!! Bukan mahkamah di Holland tapi di Malaysia tanah melayu.


Mahkamah lebih agong dari Agong, dari Parlimen dan dari kuasa eksekutif !!!



Kenapa semua musibah terhadap agama sudah boleh berlaku dengan mudah di depan mata hari ini?


‘Salam padan muka’ kepada para pemimpin Islam dan mereka yang mempertuhankan politik, politik dan politik melebihi dari segala-gala kepentingan lain….


Kita nak dengar siapa di kalangan mereka ini yang menyokong penggunaan nama Allah ke dalam agama triniti..Kita mahu tunggu apa fatwa terbaru mereka…KITA MAHU DENGAR BAGAIMANA MEREKA MAHU BERQIAS DENGAN ALLAH DALAM MENAMBAH SULITKAN ISLAM DAN PARA PENGANUTNYA…DEMI SEBUAH KUASA!!!

16 comments:

  1. Cilako godang org Pas dan PKR ni.

    ReplyDelete
  2. NANTI ADA TATOO DI PUNGGUNG DI TETEK.. DI LENGAN PADA MUKA PAS/PKR KECUALI PENASIHAT PKR YG SUKAKAN JUBUR..BETUL TAK MAT SABU @ AL REMBAT BINI ORANG..APA NAMA .. NORMAH.. HANTAR OBAT KAT BILIK HOTEL...

    ReplyDelete
  3. salam ziarah,

    sangat setuju dengan pendapat tuan.
    teruskan perjuangan, semoga tuan dirahmati dan diredhai Allah swt.

    wassalam.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Hakim yang membuat keputusan ini mungkin pernah bermasalah. Apapun KDN sudah pasti tidak akan mampu untuk membuat pemantauan kelak. Sekarang pun terdapat beribu-ribu buku di pasaran terutamanya buku kanak-kanak yang boleh memesongkan akidah.

    Pendapat Org politik jangan ditanya kerana jawapan sudah pasti menjurus kepada kepentingan politik mereka.

    Tiga perkara yang mungkin menamatkan riwayat kerajaan, Tidak mempertahankan Islam, Tidak memperdulikan kebanjiran pendatang asing dan Tidak menyelamatkan rakyat dari segi perundangan sebab penguatkuasaan yang lemah..

    JOKIDEN.

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Saya mohon izin menyalin posting ini Tuan.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  6. Ulamak-ulamak Politik PAS sendiri sudah bercelaru dan confuse dengan episod Allah ini. Jika orang yang dikatakan ada ilmu ugama pun boleh bercelaru, macam mana anak cucu kita yang baru nak mengenal Islam dan akidahnya?

    ReplyDelete
  7. kalau tuan membaca buku2 ahmad deedat mungkin tuan dapat pandangan dari sudut lain.

    ReplyDelete
  8. saya menentang isu ini dan saya bersetuju dari sudut pandangan yang lain....

    http://effyharidth.blogspot.com/2010/01/tidak-salah-perlu-bersebab.html

    ReplyDelete
  9. Selama ini orang Islam segan-segan untuk menggunakan nama Allah dalam ucapan untuk majlis-majlis yang turut dihadiri oleh orang bukan Islam. Dengan membenarkan perkataan Allah digunakan oleh semua orang, perasaan segan-segan itu akan beransur hilang. Sebagai contoh, ungkapan 'Bersyukur kepada Tuhan kerana ....' akan digantikan dengan 'Bersyukur kepada Allah kerana ...'. Selain itu, ungkapan Alhamdulillah, Insya-Allah akan digunakan lebih meluas.

    Orang bukan Islam mahu menggunakan nama Allah menunjukkan Islam itu benar. Ia menjelaskan tentang kebenaran tauhid itu sendiri. Allah bukanlah ekslusif untuk orang Islam sahaja. Allah ialah tuhan seluruh alam. Allah ialah tuhan kepada semua manusia semenjak Nabi Adam. Kerapkali menyebut nama Allah akan mendekatkan seseorang itu kepada Allah.

    Ada sebuah parti politik yang berunsur perkauman Melayu selalu melarang hadirin memakai serban dan kopiah dalam majlis-majlis rasminya. Tidakkah ini satu cara untuk menjauhkan diri seseorang dengan Allah?

    ReplyDelete
  10. WAHAI ANONYMOUS 9.40am,

    RASANYA KAMU TIDAK MEMAHAMI PERMASALAHAN SEBENAR .... AKU KIRA KAMU SELAMA INI CUMA MEMBACA APA YANG INGIN KAMU BACA DAN TIDAK MAHU MEMBACA KESELURUHAN TULISAN YANG LAIN, LEBIH-LEBIH LAGI TULISAN YANG TIDAK MEMIHAK KEPADA IDEALOGI POLITIK KAMU.

    SEMEMANGNYA TIDAK SALAH UNTUK ORANG ISLAM MAHU MENGGUNAKAN ISTILAH ALLAH UNTUK MENUNJUKKAN TENTANG KEBENARAN ISLAM. TETAPI PERMASALAHAN DI SINI ADALH BERKENAAN TENTANG SOAL AKIDAH ...........TAHUKAH KAMU, MUBALIGH KRISTIAN INGIN MENGGUNAKAN PERKATAAN ALLAH UNTUK MERUJUKKAN KEPADA TUHAN-TUHAN SEMBAHAN MEREKA DI DALAM PENERBITAN MEREKA YANG DITERBITKAN DALAM BENTUK MAJALAH, BUKU, KITAB BIBLE MEREKA?

    YANG PASTI, KAMU TIDAK TAHU YANG MEREKA INGIN MENTERJEMAHKAN BIBLE MEREKA KE BAHASA MELAYU DAN MENGGUNAKAN ISTILAH ALLAH BAGI MENGGANTIKAN PERKATAAN 'TUHAN-TUHAN' MEREKA.

    DAN YANG MENJADIKAN SATU PERSOALAN BESAR, CUMA BIBLE TERJEMAHAN MELAYU INI SAJA YANG AKAN MENGGUNAKAN GANTINAMA ALLAH DAN BUKAN KESEMUA VERSI--VERSI TERJEMAHAN MEREKA. BAHKAN IBIBLE ASAL YANG DALAM BAHASA INGGERIS TIDAK AKAN BERUBAH PUN. MAKSUDNYA KAMU TIDAK AKAN MENEMUI KALIMAH ALLAH DI DALAM BIBLE ASAL DLM BEBRBAHASA INGGERIS.

    ADAKAH ADA MAKSUD BERSELINDUNG DENGAN MMENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH DALAM IBIBLE BERBAHASA MELAYU INI? RASANYA KAMU TENTU SUDAH FAHAM MAKSUD SEBENAR DARI TINDAKAN MEREKA-MEREKA INI.

    DAN JIKA KAMU MASIH BELUM FAHAM, MUNGKIN PEMIKIRAN KAMU MASIH RENDAH RASANYA. DAN DISEBABKAN ADA UMAT ISLAM YANG SERENDAH PEMIKIRAN KAMULAH ... KAMI HARUS BERTINDAK, TIDAK MAHU KAMU NANTI JADI MANGSA DAN JADI MANUSIA YANG SESAT AKIDAHNYA!

    P/S : AKU GUNAKAN ISTILAH BIBLE, BUKANNYA INJIL. KERANA INJIL ADALAH SALAH SATU DARI KITAB-KITAB SUCI YANG MENJADI SALAH SATU TIANG DI DALAM RUKUN IMAM. DAN PADA AKU, BIBLE LEBIH SESUAI DIGUNAKAN KERANA BIBLE ITU BUKANNYA LAGI INJIL YANG DITURUNKAN.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum, sebagai orang islam, kita tidak boleh menghukum bole atau tidak tanpa nas nas yang sah. Tidak boleh menghukum dengan hanya membuat andaian-andaian semata-mata. Sila baca daripada yang lebih berilmu daripada kita... http://drmaza.com

    ReplyDelete
  12. Jap, aku kepeningan

    1) Kalau kita kata ini isu akidah, toksah la masuk bab politik, kita bincang dari segi akidah.

    2) Kan memang nama Tuhan Islam, Kristian, dan Yahudi adalah Allah. Sebab itu dalam quran, halal sembelihan ahli kitab.

    3) Orang kristian di tanah arab dah bertapak beribu tahun sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w dan nama Allah digunakan dalam perbicaraan mereka.

    4) Yang salah pada kristian adalah pada sifat-sifat Allah, yang kita perlu dakwah dan jelaskan pada mereka. Seperti ayat surah ali imran (tak susah mahu cari).

    5) Ini bukan soal hukum, kerana dari segi hukum, agama samawi semua bertuhankan Allah. Ini adalah isu kemungkinan perkataan ini akan mengelirukan masyarakat

    6) Adakah masyarakat arab keliru apabila arab kristian menyebut Allah? Entahlah. Kalau mereka keliru kerana nama, tentu dakwah nabi muhammad s.a.w tidak akan berjaya. Dakwah berjaya kerana metod dakwah nabi yang cemerlang.

    Wallahua'lam

    ReplyDelete
  13. Masalahnya sekarang ni perkataan ALLAH mungkin tidak mengubah kita, tetapi anak anak kita. sudah la berapa kerat ja hari ni yang kejutkan anak sembahyang subuh. berapa orang ja ayah yang tarbiahkan anak mereka dengan akidah yang Hak.
    Nak kah kita lihat anak anak kita keliru dengan ALLAH ini. Ya kita tahu ALLAH hanya nama dan tidak memberi bekas dan tiada apa apa pada allah itu. Tetapi bagai mana kita nak terangkan kepana anak-anak kita tengtang ALLAH yang esa dan allah yang tiga. dan berapa kerat mak bapat yang tahu. sedangkan kita sendiri belum arif tentang sifat "wajibal ujud" ini.
    Kita menentang dan menolak penggunaan perkataan bukan menolak unutk mereka beriman kepada "ALLAH".

    Saya amat berharap Majlis Fatwa Kebangsaan perlu menggariskan panduan dan menyelesaikan isu ini.

    ReplyDelete
  14. Ini sepertimana telah berlaku di Indonesia di mana anak2 muda terutama yang kurang pendidikan agama, yang moden dan bersosial secara suka2 menukar2 agama dari Islam ke Keristian ke Islam ke Keristian, semata2 kerana anggapan yang silap itu. Ini terjadi kerana pengaruh pergaulan, keinginan berkahwin berlainan agama dan status kemodenan kononnya. Tetapi inilah kenyataannya akibat penggunaan kalimah yang mengelirukan.

    Malah, ada ramai suami/isteri di Indonesia walaupun sudah berkahwin tapi masih berlainan agama, mungkin salah satu puncanya kerana kepercayaan Allah tuhan yang sama.

    Memang mudah untuk Pas mengatakan dan memberi sejuta amaran supaya kalimah Allah ini jangan disalahgunakan. Tetapi, bagaimana hendak mencegahnya 10-20 tahun akan datang apabila pemikiran para remaja telah tepengaruh sedikit demi sedikit dalam tempoh tersebut.

    Ini baru permulaan. Kelak golongan Kristian ini akan secara halus dan tanpa disedari akan berusaha memanupulasi kebenaran yang disokong oleh Pas ini. Ini sedang berlaku secara berleluasa tetapi senyap di Indonesia.


    Islam di sana semakin liberal. Sepertimana disiarkan dalam blog Anwar Ibrahim yang berbunyi "Change Is Coming To Islam" ?????

    Nasi akan menjadi bubur jika tiada ketegasan pada hari ini.


    Pendirian Pas amat keliru, kabur, short-sighted dan meremehkan kepercayaan umat Islam berbangsa dan berbahasa Melayu.


    Manusia mudah lupa...Kalau 10-20 tahun lalu tidak ada sesiapa yang berani menggelar Chin Peng si kominis pengkhianat ini sebagai pejuang kemerdekaan atau hero, kini sudah ada suara2 sebaliknya yang semakin berani dan lantang. Begitu juga akan berlaku dalam isu kalimah ini jika pendirian Pas dibenarkan.


    Ini pemerhatian peribadi saya kerana sering ke Indonesia sejak 15 tahun dahulu dan berkenalan dengan ramai keluarga2 beragama Islam dan Keristian di sana.

    ReplyDelete
  15. To Anonymous 1:01 PM dan Wan Baki,

    Kita takut tidak bertempat. Kenapa di SK dan SMK tidak diajar kepada setiap pelajar beragama Islam subjek akidah, fekah, tasauf, nahu, hafazan, tafsir, hadis, mantik dan sebagainya secara komprehensif?

    Anonymous 1:01 PM, berapa nashkah kitab terjemahan, tafsir dan syarah Al Qur'an, Kitab Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud dan sebagainya dalam bahasa Mandarin, Kantonis, Tamil dan sebagainya yang ada di Malaysia?

    ReplyDelete
  16. 1st!! - POLITIK

    Dengan sebab politik jer blh halang ni sbenarnye.. bayangkan NAJIB blh cover ALTANTUYA. altantuya blh cover. Islam xblh? tipu r klu xblh.

    2nd!! - TKAR NAMA JSUS, antara kesan (ada otak blh pikir aku bg 1 cth plg senang)

    dah tukar nama tuh len mcm kang jadi. byangkan r ada budak2 anak2 muda kita nga lepak2 clubbing pe sume - "weh jom r msuk cris, t xyah nk solat pe sume. munum tonggang smpai mampus pun xpe. men pompuan ape sume. BKN ADA BEZA PUN. TUHAN AKU ALLAH JUGAK. SAME JE"

    3RD!!! - ISLAM

    pc ni xdek jawi r. sori

    "LAKOM DINUKOM WA LIADIN"

    Untok kamu agamamu, untukku agamaku..

    ReplyDelete