Friday, June 25, 2010

DR WEE ATAU KJ YANG BIJAK..?

Mana-mana pemimpin MCA, GERAKAN atau MIC belum pernah membuat kenyataan mempertahankan mana-mana pemimpin UMNO apabila pemimpin UMNO tersebut disabitkan dengan isu perkauman.

ISU Tok Mat Penang atau isu Dato Nasir Safar, (sekadar menyebut beberapa nama) yang dikatakan telah membuat kenyataan mengguris perasaan kaum cina dan india terpaksa atau dipaksa melepaskan jawatan kesan akibat dari kenyataan yang dibuat. Sama ada tepat atau tidak laporan yang mengatakan mereka-mereka ini telah membuat kenyataan bersifat perkauman tidak pernah disiasat.

Tiada mana-mana pemimpin kaum MCA atau GERAKAN yang sanggup dan bersedia berdiri di sebelah mereka untuk menolong memperbetulkan apa yang sebenarnya telah diperkatakan. Bukan saja pemimpin MCA atau GERAKAN, malahan pemimpin UMNO juga takut untuk turut mempertahankan atau memperbetulkan kenyataan mereka.

Juga, tidak ada sesiapa yang mempersalahkan media kerana memutarbelitkan kenyataan.
Akhirnya mereka hilang jawatan tanpa ada sesiapa yang membela atau menyiasat kebenaran dari kenyataan mereka.

Tapi berlainan sekali dengan nasib yang menyebelahi Dr. Wee Ka Siong.

Kenyataan beliau telah dipertahankan, malah telah diperjelaskan lebih lanjut oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Inilah kelebihan yang ada kepada para pemimpin MCA dan GERSKAN yang tidak ada kepada pemimpin UMNO.

Perlu diingat, jika benar pun Dr Wee hanya memberi contoh bagaimana perasaan orang Melayu jika biasiswa MARA dihapuskan, tetapi itu menggambarkan bahawa beliau telah membuat kenyataan dari perspektif perkauman. Kenyataan beliau dalam mempertahankan dasar pengeluaran biasiswa JPA dengan menjadikan MARA sebagai contoh, menggambarkan seolah-olah beliau memandang biasiswa JPA dari sudut perkauman. Beliau lebih runsingkan nasib pelajar cina jika Biasiswa JPA dihapuskan.

Perlu juga diingat, beliau mengakui secara terbuka menentang cadangan kerajaan untuk menghentikan secara berperingkat pengeluaran biasiswa JPA.

Sudah pasti cadangan menghentikan biasiswa secara berperingkat tersebut telah dibawa ke kabinet.

Selaku Timbalan Menteri Pelajaran adakah wajar beliau menentang secara terbuka sebarang cadangan dari kerajaan yang diwakilinya?

Kalaulah ada mana-mana pemimpin MCA atau GERAKAN yang berbuat seperti mana Ketua Pemuda UMNO Malaysia sudah pasti nasib Dato Nasir Safar dan Tok Mat penang tidak jadi seburuk ini.

Tidak tahulah siapa sebenarnya yang yang bijak dalam hal ini. Wee Ka Siongkah? atau Khairy Jamaludinkah?

Apa yang pasti lawan kepada bijak adalah BODOH…

6 comments:

  1. Dua-dua bodoh.

    Kenyataan Wee hasil dari cakap menteri otak udang Nazri. Patutnya dia bakar Nazri bukannya sentuh hak Melayu.

    Anak omak pulak lupa yang biasiswa MARA tu hak orang Melayu, and sepatutnya dia tegur Nazri Udang bukannya Katak Perkasa

    ReplyDelete
  2. Saya kurang setuju lawan kepada bijak ialah bodoh, lawan kepada bodoh yang sesuai ialah pandai, bukannya bijak.

    bangang, bahlol, cikai, bangkai, pengkhianat lebih sesuai untuk lawan kepada bijak.

    ReplyDelete
  3. Zaman era BN/UMNO/MCA/GERAKAN dan komponannya akan ditentukan oleh rakyat PRU 13.

    DS Najib dan Timbalannya boleh tabur janji-janji untuk tarik minat pengundi CINA.

    Malas nak komen lebih-lebih BN/UMNO buang masa.

    ReplyDelete
  4. Khairy tu anak didik kesayangan Anwar Ibrahim. Sudah tentu melayu liberal sepertinya akan membelakangi bangsa sendiri dan menyokong rasis kiasu yang akan menindas bangsanya sendiri kalau mereka menguasai politik MALAYsia kelak.

    Bodoh dan juga jelas pengkhianat agama, bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  5. Orang macam inikah yang hendak ditonjol untuk menjadi barisan pemimpin pelapis pada masa depan. Tepuk dada tanya nadi - nak berdenyut lagi atau nak berhenti ?

    ReplyDelete
  6. Bantu kami berkembang: Blog tuan/puan ini telah kami link di website kami (Bahagian Blogroll), harap tuan/puan dapat pertimbangkan dengan meletakan link kami pula di

    blog tuan/puan....Terima kasih

    http://mybloghub.my/

    ReplyDelete