- AGM MCA menjelaskan kepada kita betapa rumit dan sulitnya hari-hari mendatang buat negara kita Malaysia. Nampak jelas dari ucapan Chua Soi Lek betapa MCA dan para pemimpinnya cuba menyuapkan ke mulut dan menyumbatkan ke telinga seluruh rakyat Malaysia bagaimana negara ini harus ditadbir.
- Program Transformasi kerajaan(GTP), ETP, sistem pendidikan, Rancangan perumahan dan perbandaran, definisi meritokrasi dan liberalisasi ekonomi, segala-galanya mahu ditafsir mengikut kaca mata pemimpin cina dan MCA. Malahan ucapannya juga seperti mahu mengajar dan meyakinkan DS Najib bahawa apa yang ditafsirkan oleh Chua Soi Lek itulah definisi yang digariskan oleh kerajaan.
- Seolah-olah pandangan dari kaca mata MCA itulah paling tepat apabila mentafsirkan segala visi dan misi program transformasi yang sedang dilakukan oleh kerajaan.
- Apa pula pandangan dari kaca mata MIC dan kaum India terhadap segala program transformasi yang sedang dilakukan oleh kerajaan? DAN, apa pula pandangan dari sudut kaca mata kaum bumiputera?
- Jika diamat-amati, terdapat jurang dan perbezaan kefahaman yang begitu ketara antara kaum terhadap segala dasar dan program yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan. Program dan dasar yang sama tapi ditafsir secara berbeza mengikut citarasa kaum yang mentafsirkannya.
- Tiada titik pertemuan dalam mentafsir maksud polisi yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan.
- Keadaan ini amat membimbangkan sebenarnya.
- Sewaktu membentangkan Model Ekonomi Baru, kerajaan menekankan sasaran 30% pemilikan ekuiti bumiputera kekal, cuma ia tidak harus mengenepikan faktor persaingan dan penyertaan bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi. Tetapi MCA mendesak supaya sasaran 30% pemilikan ini dikurangkan bagi menggalakkan persaingan dan untuk mencapai sasaran pertumbuhan dan pendapatan tinggi.
- Apakah justifikasi yang meyakinkan MCA, jika pemilikan ekuiti bumiputera ini dikurangkan secara beransur-ansur, maka negara akan mencapai sasaran pertumbuhan tinggi dan kompetitif?
- MCA tidak pernah menyebut rasional dan fakta yang membuktikan negara akan mencapai sasaran pertumbuhan tinggi jika pemilikan bumiputera ini dikurangkan. Chua Soi Lek hanya menyebut secara umum.
- Apa masalahnya pemilikan bumiputera ini dengan pertumbuhan ekonomi negara?
- Tidak lain tidak bukan, tiada sebab lain melainkan MCA dan kaum cina beranggapan bumiputera tidak kompetitif dan tidak mampu menyumbang kepada sasaran negara berpertumbuhan tinggi. Mereka beranggapan apabila bumiputera gagal dan tidak mampu bersaing, maka pertumbuhan ekonomi negara akan menjadi lembap, kononnya.
- Jika ini persepsi MCA dan kaum cina terhadap kaum bumiputera, maka jelas sekali kepada kita bahawa mereka sebenarnya memandang rendah kepada kemampuan kaum bumiputera untuk bersaing. Mereka memandang bumiputera tidak mampu kerana kekangan modal dan pelaburan bumiputera yang terhad. Mereka juga beranggapan kaum bumiputera tidak mempunyai cukup kebolehan dari segi pengetahuan dan kemahiran ekonomi. Mereka beranggapan bumiputera kekurangan dalam serba serbi. Maka disebabkan kekurangan dan kekangan ini, pada pandangan mereka akan membantutkan usaha kerajaan untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.
- Secara mudahnya, sebenarnya mereka memandang rendah dan hina akan kemampuan kaum bumiputera. Bagi mereka manusia bumiputera seperti ini tidak layak dan tidak perlu terlibat dalam memajukan negara ini. Hanya kaum mereka saja yang boleh membantu kerajaan dalam mencapai status pendapatan tinggi.
- Bagi MCA dan kaum cina, rakyat yang tidak mampu atau mempunyai kekangan dan kelemahan patut dibiarkan saja dan tidak perlu dibantu atau disokong. Kalau ada rakyat yang miskin dan terpinggir dalam serba serbi, itu bukan tugas dan tanggungjawab kerajaan untuk membantu. Yang miskin dan lemah bagi mereka harus dibiarkan terus dalam kemiskinan dan kekurangan. Jika ada rakyat miskin yang mahu berniaga, kerajaan tidak perlu bantu dan mereka harus berusaha sendiri. Jika kerajaan mengambil kira faktor-faktor keseimbangan dan keadilan sosial seperti ini maka ekonomi negara akan sukar mencapai status pendapatan tinggi.
- Sebaliknya, segala peluang-peluang ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan harus diberi hanya kepada mereka yang berkemampuan dan berkebolehan di atas ukuran meritokrasi dan keterbukaan. Siapa yang tidak mampu dan gagal bersaing secara merit, itu salah mereka.
- Bagi MCA dan kaum cina, yang miskin dan yang tidak berkebolehan harus dibiarkan kekal dalam status quo sebegitu demi untuk menjamin kejayaan negara. Bagi MCA dan kaum cina segala peluang ekonomi yang dicipta oleh kerajaan mestilah diberikan kepada mereka-mereka yang punya modal, punya ilmu dan tahu berniaga dan bersaing. Maksudnya meritokrasi total. Apa yang penting bagi MCA dan cina, Malaysia mesti maju, mesti bergerak pantas, mesti berani bersaing dan segalanya mesti disamaratakan.
- Bagi MCA dan kaum cina, semua sektor strategik seperti minyak dan gas mesti dibuka atas alasan liberalisasi dan setiap rakyat harus mendapat peluang yang samarata. Liberalisasi dan kesamarataan bagi MCA dan kaum cina hanya perlu dilakukan terhadap sektor-sektor yang belum mereka monopoli atau belum berada di bawah kawalan mereka. Jika satu-satu sektor atau industri itu sudah berada di genggamannya, ia harus dilindungi dan tidak perlu diliberalisasikan dan tidak timbulisu kesamarataan.
- Bagi MCA dan kaum cina, apa yang sudah dimilikinya tidak perlu dibuka. Sekolah vernakular harus dilindungi dan dipertahankan. Bagi MCA dan kaum cina, mereka mempunyai hak untuk mempertahankan sekolah vernakular. Ia adalah sesuatu yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa pun. Ia amat sensitif bagi kaum cina. Bukan saja tidak boleh disentuh, malah kerajaan wajib membantu dan menambah peruntukan. Tetapi bagi MCA dan kaum cina, perlindungan terhadap hak keistimewaan Melayu seperti pemilikan ekuiti dan biasiswa yang dijamin perlembagaan harus dibuka dan dihapuskan secara beransur-ansur demi menjamin semua warganegara mengecapi peluang yang samarata.
- Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan menurut kaca mata MCA dan kaum cina. Ini belum lagi ditafsirkan pandangan dari kaca mata kaum India.
- Jika kerajaan hanya mengiyakan dan menutup sebelah mata terhadap segala tuntutan dan persepsi yang cuba diserapkan oleh MCA dan kaum cina terhadap segala dasar dan transformasi yang sedang dilaksanakan kerajaan, maka adalah dikhuatiri keadaan hubungan antara kaum akan lebih menjurang. Tiada mana-mana kaum yang akan berpuas hati terhadap mana-mana atau apa saja dasar yang akan dilaksanakan oleh kerajaan.
- Kerajaan harus meletakkan garis panduan dan sempadan atau parameter yang jelas terhadap segala program transformasi yang sedang dilakukan. Segala program dan dasar ke arah transformasi ini haruslah disandarkan kepada perkara-perkara asas perlembagaan negara. Pemimpin-pemimpin kerajaan dalam BN harus menerima terlebih dahulu segala dasar yang digubal dan mereka harus sepakat terlebih dahulu terhadap segala tafsirannya. Hari ini menteri MCA dan menteri UMNO mentafsir dasar yang sama denga tafsiran dan kefahaman berbeza. Jika peringkat pemimpin kerajaan sendiri sudah berbeza tafsiran, apa lagilah rakyat yang majmuk.
- Jika kerajaan cuba untuk memuaskan hati semua pihak hanya bersandarkan jaminan mulut dan tidak diikat dengan persetujuan dan persefahaman bersama antara kaum, maka saya tidak nampak negara ini akan kekal aman seperti dulu. Apa yang saya nampak di hujung terowong adalah api pergaduhan dan persengketaan yang tidak berpenghujung.
- Ditokok tambah lagi dengan penguatkuasaan yang lemah oleh menteri yang sepatutnya berfungsi memadamkan bibit-bibit api yang sedang menyala di sana sini. Maka adalah dikhuatiri semua kaum yang terdapat di negara ini akan bebas mentafsir dan membuat tindakan sendiri-sendiri tanpa ada rasa takut dikenakan tindakan, kerana mereka yakin tidak akan dihukum. Mereka sudah mempunyai keyakinan bahawa, walau bagaimana bahaya pun kenyataan dan tindakan yang mereka lakukan kepada keselamatan negara, mereka akan hanya diberikan amaran demi amaran.
- Lihat saja NAMEWEE dan WAITHA MOORTY HINDRAF... Saya yakin mereka akhirnya hanya akan diberi amaran..."Lain kali elok-elok dan mesti janji tak buat lagi okayy?".
Tuesday, October 12, 2010
NAMEWEE - "JANJI TAU JANGAN BUAT LAGI"...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Syabas Saudara KK,anda harus terus membakar semangat orang Melayu agar terus membara dan menyemarak. Pearasaplah parang-parang panjang kita,tunggu apa lagi !!!
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeletesenjata mana yang lebih hebat bro, senjata parang? M16? C4? senapang gajah? senjata yang paling ampuh ialah ilmu agma yang diamalkan bro... jangan jadi Islam Liberal!!!