Saturday, July 23, 2011

NAJIB PERLU 10X LEBIH TEGAS DARI TUN M..

Apakah kelemahan sokongan rakyat kepada kerajaan semata-mata disebabkan kelemahan pimpinan Perdana Menteri? Jika di atas faktor kelemahan PM semata-mata, sepatutnya semua negeri kalah dan kerajaan pusat sepatutnya sudah beralih kepada Pakatan Rakyat.

Kenapa Johor, Melaka, Pahang, Terengganu, Perlis, Sabah dan Sarawak BN boleh menang cemerlang?

Kenapa pengundi-pengundi di negeri-negeri tersebut masih meletakkan keyakinan kepada BN?

Kenapa pengundi di negeri seperti Kelantan, Selangor, Perak, Penang, Kedah, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan berbeza pola sokongan dan undian mereka? Negeri Sembilan tidak boleh diletakkan sebaris dalam senarai cemerlang kerana ia gagal mengekalkan sokongan majoriti 2/3. Jika 4 kerusi lagi jatuh ke tangan pembangkang, maka kerajaan di negeri tersebut akan bertukar tangan.

Ini bermakna, pimpinan di negeri juga adalah penyumbang terbesar kepada faktor kemenangan atau pun kekalahan BN. Malah faktor ini lebih penting untuk diberi perhatian oleh pucuk pimpinan.

Pada zaman kepimpinan Mahathir, Terengganu telah jatuh ke tangan Pas, walaupun telah terbukti kepimpinannya amat berkesan dan diterima oleh majoriti rakyat. Amat jelas, Terengganu jatuh adalah disebabkan rakyat negeri Terengganu sudah tidak boleh menerima kepimpinan Wan Mokhtar.

Apakah DS Najib sudah mengambilkira faktor ini? Apakah sudah dirangka pelan dan strategi untuk menyediakan pimpinan pelapis yang diterima rakyat, terutama di negeri-negeri yang kalah dan negeri yang menang tipis?

Jika sudah dirangka, apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk merealisasikannya?

Sehingga kini, walaupun PRU 13 sudah semakin hampir, belum kelihatan "build-up" ke arah matlamat ini wujud. Jika sudah wujud, pasti rakyat di negeri berkenaan sudah merasai angin perubahan sebagaimana gelombang biru yang berlaku di Terengganu dulu.

Apakah DS Najib mahu melakukannya pada saat-saat akhir? Jika benar begitu, apakah tidak berlaku faktor-faktor kemungkinan yang akan merugikan BN?

Apakah pendekatan "menarik rambut dalam tepung" itu sesuai pada setiap masa dan setiap keadaan?

Walaupun pendekatan menarik rambut dalam tepung itu baik tetapi dari segi psywar politik ia tidak menyumbang dalam menambah, menarik atau pun menukar persepsi rakyat yang negatif kepada kerajaan yang memerintah.

Mungkin PM tidak mahu "rock the boat" di dalam kepimpinan parti, tetapi adakah cara itu telah dapat menyelesaikan masalah parti yang wujud di peringkat kepimpinan negeri-negeri atau pun  bahagian-bahagian yang bermasalah?

Jika mampu pun diselesaikan, apakah rakyat nampak penyelesaian tersebut, apakah persepsi rakyat terus bertukar menjadi positif terhadap BN dan apakah rakyat merasai kesan dari penyelesaian masalah kepimpinan itu?

Jika rakyat tidak merasainya, rakyat yang memang mempunyai persepsi buruk kepada BN akan terus kekal dengan persepsi tersebut. Malah ahli dan aktivis UMNO juga terus kekal dengan tahap semangat dan daya juang yang ada. Mood hasil penyelesaian secara main tarik rambut ini tidak dapat dimenafaatkan untuk menarik sokongan massa kepada BN.

Kita faham dengan kesungguhan dan keikhlasan PM dalam hal ini tetapi, harus diingat, golongan sasar yang paling penting untuk survival BN pada PRU 13 akan datang ialah rakyat dan pengundi-pengundi.

Jika sebahagian besar dari masa dan tenaga hanya tertumpu kepada membaiki kerosakan dalaman rumah saja, walhal kenduri besar sudah terlalu hampir, takut nanti rumah pun tak siap, tetamu pula tidak datang. Terlalu banyak menumpukan kos dan masa membaiki kerosakan sehingga tak sempat menghantar surat jemputan.

Rencah politik sepatutnya penuh dengan kepelbagaian. Semua faktor perlu diambil pusing. Dalam demokrasi, ukuran kejayaan sesebuah parti politik adalah berdasarkan siapa yang dapat lebih undi. Ini bermakna perkara paling pokok yang harus difikir oleh Ds Najib ialah soal sokongan massa. Imej dan persepsi rakyat terhadap BN harus menjadi keutamaan.

Faktor imej/branding dan persepsi sangat penting.
Faktor penyelesaian masalah dalaman juga penting.
Faktor kepimpinan juga penting.
Faktor polisi pentadbiran kerajaan juga penting.
Faktor ekonomi dan distribution of wealth pun penting juga.
Faktor pengawalan harga barang pun sama penting.
Faktor pentadbiran yang bersih, cekap, adil dan amanah juga penting.
Faktor peningkatan pendapatan rakyat penting.
Faktor aksesibiliti ke arah peningkatan pendapatan rakyat pun penting.

Semua di atas penting dan perlu. Semuanya dari rakyat dan kepada rakyat.

Tetapi semua faktor di atas perlukan suatu kepimpinan yang benar-benar berani, tegas, ikhlas dan diyakini dari seorang Perdana Menteri. Walau bagaimana pun faktor ini belum mampu menyumbang kepada kemenangan BN di semua negeri. 

Ds Najib tidak boleh mengambil pendekatan berkompromi dengan sebarang bentuk liabiliti yang boleh menyebabkan sesebuah negeri itu terlucut ke tangan pembangkang. Tun Mahathir dulu tidak tegas dengan Wan Mokhtar. Akibatnya Terengganu tergadai hanya semata-mata kerana gagal mengatasi kehendak dan nafsu seorang individu pemimpin yang ingin terus berkuasa.

Bebanan pada Najib lebih 10 kali ganda dari bebanan Tun Mahathir dulu.

Di bahu Najib terbeban sekurang-kurangnya 3 negeri yang harus dirampas semula, manakala sekurang-kurangnya 2 negeri lagi wajib dipertahankan dari jatuh ke tangan pembangkang.

Ini bermakna Ds Najib harus mempunyai ketegasan 10 kali ganda melebihi ketegasan Tun Mahathir.

Apakah Ds Najib mampu untuk menarik rambut dalam tepung yang sudah beku kerana masuk angin?

1 comment:

  1. dato seri najib kena tegas dan berani,,,rakyat sudah muak dan meluat Pemimpin yg Kaki Pengampu zaman Paklah yg menghancurkan UMNO,,,,,,nampaknya PEMIMPIN yg sama SEMASA PAKLAH dulu BERADA DISEKELILING NAJIB,,,,,,,,alamatnya sama dgn PAKLAH jika tak singkirkan mereka ini,,,,,,HISYAMUDIN zaman PAKLAH,,,JADI KP UMNO,,hanya tunduk dan ikut Telunjuk KJ,,,,sangat lemah dan Penakut,,,,,rakyat tertanya2 Mengapa DS najib melantik jadi Menteri KDN,,,,,,,apa jadi sekarang ini,,,,,,rakyat bawahan sudah bercakap merata2 yg PIMPINAN DS NAJIB LEMAH,,,,,,,,,,,,,,TEGAS SINGKIRKAN PIMPINAN UMNO YG KORAP dan LEMAH yg TAK mEMPUNYAI KEUPAYAAN MEMIMPIN,,,,,,,salam

    ReplyDelete