Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bertitah, apa yang berlaku sekarang adalah berikutan sentimen dan emosi semakin menguasai pemikiran manakala fakta dan kenyataan semakin hilang kekuatan.
Lebih parah lagi, titah baginda, semangat berunding dan persefahaman serta saling menghormati tidak lagi diperlukan.
Baginda juga mengingatkan rakyat agar jangan merosakkan institusi yang merupakan payung negara, pelindung agama Islam serta adat Melayu dan ia wajib memberi naungan secara saksama kepada setiap warga tanpa mengira kaum serta agama.
“Raja adalah payung kedaulatan negara, jangan sama sekali dirosakkan, jangan sama sekali ditiriskan.
“Jangan hanya dicari (payung) bila panas terlalu terik atau hujan. Payung negara ini adalah lambang kedaulatan warga, memberi teduh di hari panas, menangkis air di hari hujan,” titah baginda lagi.
Titah Tuanku memang benar dan tiada yang tidak benar melainkan benar belaka. Kami sebagai hamba rakyat menumpahkan ketaatan di atas titah ke Bawah Duli Tuanku..... Ini kenyataan bagi rakyat yang menjunjung kedaulatan raja-raja.
Tapi bagi mereka yang menjunjung kepentingan politik melebihi dari segala apa yang ada di antara 7 petala langit dan 7 petala bumi akan menyatakan juga ketaatan. Cuma akan disambung sedikit "tapi", "sehubungan dengan itu", atau pun "dan pada masa yang sama" di hujung ayat ketaatan tersebut.
Tapi...sebagai sebuah negara yang mendaulatkan sistem demokrasi berparlimen kerajaan, hak rakyat untuk menyatakan pendapat dan berhimpun secara aman bagi menolak kezaliman dan penindasan kerajaan tidak harus dinafikan.
Sehubungan dengan itu....kerajaan BN tidak harus bertindak membelakangkan hak kebebasan bersuara rakyat yang telah dijamin di bawah perlembagaan negara yang dinaungi oleh Ke Bawah Duli Yang Di Petuan Agong.
Dan pada masa yang sama... Kita ingin memberi amaran kepada BN supaya jangan cuba membelakangi titah perintah Ke Bawah Duli Tuanku dengan bertindak secara berleluasa dan sewenang-wenangnya menindas dan menzalimi serta menafikan perjuangan rakyat untuk menentang sebarang bentuk penyelewengan, rasuah dan ketidak-adilan pihak pemerintah.
Semua keadaan dan kenyataan samada dari raja-raja, baginda Queen Elizabeth, ulamak besar, masalah di Timur Tengah, Aung Sang Su Kyi, atau siapa saja akan dipusingkan untuk memberi kelebihan kepada kepentingan puak-puak mereka.
Yang mereka tak komen dan buat-buat tak tau ialah skandal bill Clinton, Strauss Kahn, 7 pemimpin pembangkang Turki dan menteri Indonesia yang meletak jawatan kerana skandal atau tengok youtube video porno dalam parlimen.
Mereka juga pakat-pakat buat tak tau dan tebalkan muka kalau rekayasa dan konspirasi puak mereka kantoi satu demi satu.
Mereka telah mengkuku-besikan pemikiran demokratik rakyat sehingga rakyat tidak boleh berfikir dengan waras.
No comments:
Post a Comment