Thursday, August 11, 2011

BAGAIMANA PEMBANGKANG MEMBUNUH KARAKTER PEMIMPIN BN?- PART 1

Pilihanraya PRU13 mungkin menjadi PRU yang paling sulit dan getir buat BN. Faktor kejayaan pakatan pembangkang mengekalkan momentum dan tekanan yang berterusan terhadap BN adalah di antara penyumbang terbesar kepada pengekalan "mood" dan kepanasan suhu politik negara.

Secara lazimnya pada PRU-PRU sebelum ini, pakatan pembangkang hanya berpolitik secara bermusim dan momentum gerakan hanya akan ditingkatkan ketika hampir kepada PRU.

Semua kelaziman ini telah berubah sama sekali selepas PRU12.

Akibatnya, sebahagian besar masa, fikiran dan tindakan parti pemerintah terpaksa ditumpukan lebih kepada isu politik. Kerajaan terpaksa menjawab dan menepis setiap isu dan serangan pembangkang. Tumpuan kerajaan untuk membangunkan negara dan membina kemajuan rakyat mengalami kesengjangan akibat politing pembangkang yang tidak berkesudahan.

Rakyat telah dihidangkan dengan permainan politik yang tidak bernoktah. Banyak isu-isu lama yang ditimbulkan, tetapi dengan pengolahan bentuk baru, ia kelihatan lebih gempar.

Isu SPR adalah contoh terbaik. Ia isu lama. Dulu pembangkang hanya gunakan platform ceramah atau menghantar memo, tapi bila
ditambah dengan demonstrasi dan perarakan, ia kelihatan lebih gempar.   

Begitu juga dengan isu rasuah dan moral. Isu ini pun isu lama. Dulu bila wujud pertuduhan rasuah kepada mana-mana pemimpin kerajaan,
rakyat akan jadikan mahkamah sebagai pilihan rujukan atau sumber yang paling layak dipercayai. Bila seseorang itu didapati bersalah atau
sebaliknya oleh mahkamah, maka isu itu pun tamat dan tiada siapa akan mempolitikkannya lagi.  

Tetapi, kini persepsi sudah berubah kerana tuduhan dan bentuk serangan yang dijalankan oleh pembangkang sudah semakin canggih.
Wujud kes prima facie atau tidak, sudah tidak penting lagi bagi pembangkang. Apa yang penting bagi mereka propaganda berterusan dengan pelbagai tuduhan rasuah harus digerakkan sepanjang masa sehinggalah persepsi buruk rasuah pemimpin BN tertanam dalam pemikiran rakyat. Mereka tidak datang dengan membawa bukti, sebaliknya mereka hanya lontar dan lontar tuduhan demi tuduhan. 

Dengan kombinasi media cetak dan media cyber, usaha ini menjadi lebih berkesan. Tokok tambah gambar super impose, cerita rekaan dan
hujah logik digunakan sebaik mungkin sehingga pemimpin yang diserang itu cacat terok pada persepsi rakyat. Kesannya, apabila pemimpin yang dituduh itu bercakap rakyat tidak percaya lagi. Bila wajah pemimpin itu keluar di TV dan dada akhbar, rakyat akan terus menjengkil
muka. Bila nampak wajah pemimpin BN, rakyat akan terus nampak rasuah dan kerja kotor.

Inilah kaedah pembunuhan karakter para pemimpin BN yang telah berjaya dijalankan oleh pembangkang dengan begitu berkesan dan
terancang.

Hari ini kita lihat pembangkang hanya memfokuskan serangannya kepada 2 individu saja. Mereka mengharapkan dengan serangan bertubi-tubi terhadap 2 individu ini, maka persepsi rakyat akan terjejas terok terhadapnya. 

Jika kita perhalusi, pihak pembangkang sudah memulakan modus operandi pembunuhan karakter DS Najib dan DS Rosmah sejak beliau
menjawat jawatan TPM lagi. Pembangkang mengharapkan karakter Najib dan Rosmah akan terjejas terok pada pandangan rakyat sebaik
saja beliau menjawat jawatan PM.

Pembangkang mencongak, jika karakter Najib dan Rosmah diterima baik oleh rakyat, maka itu bermakna pembangkang boleh melupakan terus cita-cita mereka untuk mengambil-alih kuasa pemerintahan negara.

Mereka sudah boleh mempelajarinya dari 2 karakter PM terdahulu. Karakter Tun Mahathir yang begitu ampuh telah berjaya menggagalkan
sama sekali impian pembangkang untuk mendapat sokongan rakyat. Pelbagai tuduhan rasuah, kronisma, nepotisma, kezaliman dan
ketidakadilan SPR yang dilontar oleh pembangkang berlalu begitu saja ibarat air di daun keladi. Mereka gagal sama sekali mencalarkan
kekuatan BN.

Tetapi apabila Pak Lah mengambilalih pemerintahan, mereka berjaya merobohkan kekuatan BN. Mereka berjaya memanipulasi kelemahan karakter Pak Lah dengan berkesan sehingga diterimabaik oleh rakyat. Hasilnya tembok 2/3 BN di parlimen berjaya dipecahkan.

Pembangkang kembali bimbang apabila wujud tekanan dalaman yang kuat supaya Pak Lah meletak jawatan. Kita masih ingat bagaimana mereka cuba mempertahankan Pak Lah di tampuk kuasa. Mereka berharap lebih lama Pak Lah berada ditampuk kuasa, maka akan lebih
mudahlah mereka mengambilalih pemerintahan negara. Mereka mahukan supaya BN dipimpin oleh seorang yang lemah.

Melalui kebijaksanaan otak penipu dan kemahiran propaganda Anwar, pelbagai usaha awal telah diletupkan bagi mencalarkan imej Najib dan Rosmah sejak pasangan ini berada di kedudukan no.2.

Isu pembunuhan Altantunya telah dimanipulasi sebaik mungkin. Kesilapan percaturan Razak Baginda telah dianggap sebagai percaturan
Najib. Isu ini sangat mudah untuk dikaitkan dengan Najib kerana hubungan kerjaya Razak Baginda berkait rapat dengan Najib. Apatah lagi
apabila pembunuhan Altantunya telah melibatkan pegawai polis yang bekerja di bawah PM.

Keberanian dan kejujuran Najib melakukan sumpah di dalam masjid tidak cukup untuk meyakinkan rakyat bahawa beliau tidak terlibat sama
sekali dengan pembunuhan Altantunya. Malahan pengakuan Raja Petra yang membersihkan nama Najib dan Rosmah dari tuduhan membunuh Altantunya juga masih tidak menyurutkan persepsi rakyat yang telah dipengaruhi oleh psywar terancang pihak pembangkang......

......bersambung.

No comments:

Post a Comment