Monday, September 26, 2011

MCA/GERAKAN HARAP KERUSI SUBSIDI

BN perlu selamatkan sekurang-kurangnya 11 kawasan parlimen yang mempunyai majority lebih 50% melayu yang mana selama ini telah diberi kepada MCA dan Gerakan di atas prinsip perkongsian kuasa dan toleransi sesama komponen BN.

JIka pucuk pimpinan BN mengekalkan status quo semangat perkongsian kuasa ini, maka BN harus meletakkan 11 kawasan ini di dalam senarai hitam awal-awal lagi. BN juga harus bersedia dengan kemungkinan menanggung risiko kehilangan kuasa di peringkat federal buat pertama kali dalam sejarah.

Apa guna bersusah payah membuat percaturan yang sudah pasti akan membawa kekalahan? Ia umpama tindakan menyerahkan “teleher” untuk disembelih musuh secara percuma.

Ini tidak termasuk 9 lagi kawasan lagi yang mana Melayu merupakan kaum majoriti walaupun peratusannya tidak sampai 50%. Cuba lihat senarai di bawah:
1. Alor Star (Melayu 62.57 peratus)
2. Padang Serai (Melayu 54.72 peratus)
3. Gerik (73.49 peratus Melayu)
4. Tanjong Malim (51.23 Melayu)
5. Wangsa Maju (Melayu 52.45 peratus dan Cina 39.76 peratus)
6. Bandar Tun Razak (52.73 peratus dan Cina 39.47 peratus)
7. Alor Gajah (Melayu 57.81 peratus)
8. Ayer Hitam (Melayu 56.39 peratus)
9. Tanjung Piai (Melayu 50.16 peratus dan Cina 48.77 peratus)
10. Simpang Renggam (Melayu 54.51 peratus dan Cina 35.24 peratus)
11. Kuantan (Melayu 59.97 peratus)
12. Lumut (Melayu 48.77 peratus dan Cina 38.49 peratus)
13. Batu (Melayu 44.27 peratus dan Cina 40.77 peratus)
14. Selayang (Melayu 44.79 peratus dan Cina 38.24 peratus)
15. Pandan (Melayu 49.34 peratus dan Cina 45.04 peratus)
16. Kelana Kaya (Melayu 41.88 peratus dan Cina 38.72 peratus)
17. Petaling Jaya Selatan ( Melayu 39.62 peratus dan Cina 21.7 peratus)
18. Puchong (Melayu 43.58 peratus dan Cina 40.78 peratus)
19. Tebrau (Melayu 49.34 peratus dan Cina 36.97 peratus)
20. Raub (Melayu 49.12 peratus dan Cina 43.51 peratus)

9 dari 15 kerusi yang dimenangi MCA dan kesemua 2 kerusi yang dimenangi Gerakan pada PRU12 yang lalu adalah di kawasan dominasi melayu. Jika tanpa bantuan dan ehsan pengundi melayu, nescaya MCA hanya menang 6 kerusi sahaja, manakala Gerakan pula akan senasib dengan PPP.

Jika BN tidak menggunakan formula ini pada PRU12 yang lalu, mungkin hari ini BN masih memegang 2/3 majoriti di parlimen. Cuba lihat senarai kerusi yang di menangi oleh MCA dan Gerakan seperti di bawah;

MCA;
1. Alor Star (jumlah pengundi Melayu 62.57 peratus)
2. Lumut (jumlah pengundi Melayu 48.77 peratus manakala Cina 38.49 peratus)
3. Tanjong Malim (jumlah pengundi Melayu 51.23 peratus)
4. Pandan (jumlah pengundi Melayu 49.34 peratus manakala Cina 45.04 peratus)
5. Alor Gajah (jumlah pengundi Melayu 57.81 peratus)
6. Ayer Hitam (jumlah pengundi Melayu 56.39 peratus)
7. Tebrau (jumlah pengundi Melayu 49.34 peratus manakala Cina 36.97 peratus)
8. Tanjung Piai (jumlah pengundi Melayu 50.16 peratus manakala Cina 48.77 peratus)
9. Raub (jumlah pengundi Melayu 49.12 peratus manakala Cina 43.51 peratus).

GERAKAN;
1.Tan Lian Hoe (Gerik - jumlah pengundi Melayu 73.49 peratus)
2. Liang Teck Meng (S. Renggam - jumlah pengundi Melayu 54.51 peratus : Cina 35.24 peratus sahaja)

Jaminan pucuk pimpinan untuk mengekalkan formula pembahagian kerusi ini hakikatnya sudah tidak relevan lagi. Rasional pembahagian kuasa, kononnya rakan komponen ini akan membantu membawa undi Cina di kawasan yang ditandingi oleh UMNO, juga sudah tidak relevan lagi.

Pucuk pimpinan BN harus kalkulatif dalam hal ini. Jangan berjudi kerana judi itu jelas haram hukumnya. Jangan tertipu lagi. Sejarah PRU12 dan siri PRK telah membuktikan bahawa undi cina sudah tidak lagi bersama BN.

Pucuk pimpinan berkali-kali mengingatkan kita agar belajar dari sejarah. Jika kita tidak belajar dari sejarah, bermakna kita sedang menyediakan diri kita untuk terus ditipu lagi.

Bertegas dengan memastikan UMNO diberi peluang bertanding di kawasan-kawasan yang dimaksudkan akan menyelamatkan BN dari 2 kemungkinan yang bakal terjadi;

1. JIka pada PRU 13 nanti BN hampir menang 2/3, maka BN akan menang 2/3.
2. Jika BN kalah tipis, menang di bawah paras 111 kerusi, maka BN masih boleh memerintah dengan tambahan 11 kerusi ini.

Sangkaan buruk saya dengan keihklasan MCA dan Gerakan terhadap UMNO semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

Barangkali MCA dan Gerakan memang mahu membunuh BN dengan melakukan desakan secara tidak bermalu untuk terus meminta-minta kawasan subsidi untuk ditandingi.

Subsidi untuk orang melayu semua minta dihapuskan, tetapi mereka masih mahu bergantung kepada kerusi subsidi di atas ehsan UMNO dan orang melayu.

Akhirnya nanti, kerusi majoriti cina gagal dimenangi, kerusi majoriti melayu yang diberi secara subsidi mereka sumbangkan secara percuma kepada pembangkang.

Tak guna punya MCA. Tak sedar dek untung punya Gerakan!

2 comments:

  1. Assalam Bro

    Saya pun dah lama mengganggap formula BN dalam PRU dah tak relevan... Pulangkan kawasan Melayu pada orang Melayu... Biarkan MCA/Gerakan bertanding di kawasan bangsa mereka. Barulah kita tahu mereka mendapat sokongan dari bangsa mereka sendiri... Ini tidak bila mereka menang dengan sokongan melayu, orang melayu pulak yang mereka perlekehkan dengan tuntutan yang melampau... Memang tak guna 2 parti komponen tu...

    ReplyDelete