Tarikh PRU13 semakin sukar diramal. Wujud kemungkinan tempoh pusingan penuh penggal pemerintahan 5 tahun akan berlaku buat pertama kalinya dalam sejarah negara.
PM adalah hakim mutlak dalam menentukan bila penggal pemerintahan harus ditamatkan. Samada ia akan ditamatkan sebelum tamat tempoh atau membiarkan tempoh pemerintahan itu luput dengan sendiri, ia adalah hak mutlak PM.
Langkah PM berteka-teki sekurang-kurangnya dapat mengajar pembangkang yang sibuk berpolitik siang malam, bagaimana cara yang betul untuk berpolitik.
Politik bukan sepanjang masa. Ada ketikanya. Selebihnya adalah untuk rakyat dan agenda menepati janji pilihanraya. Jika tempoh 5 tahun habis digunakan untuk politik, politik dan politik, maka bila pula masanya untuk memenuhi janji-janji kepada rakyat?
Kesalahan terbesar pembangkang terhadap rakyat Malaysia ialah berpolitik 24 jam sehingga memaksa BN menghabiskan banyak masa menahan, membendung dan mengekang karenah dan tekanan politik "emosional" pihak pembangkang.
Pembangkang bukan saja bersalah kerana tidak menepati janji PRU, malah turut membantutkan segala usaha BN untuk menepati janji terhadap rakyat.
Pembangkang bukan saja gagal mengurus kolej Unisel dan KUIN di bawah pentadbirannya, malah mereka menghasut pula rakyat supaya jangan membayar pinjaman PTPTN dan meminta BN memberi pendidikan percuma. Bila diuji sedikit untuk menghentikan pinjaman kepada pelajar Unisel, mereka melatah sakan pulak.
Kerajaan melalui YBK mahu membina cawangan UiTM di Rawang, tapi pembangkang yang berkuasa dalam hal-ehwal tanah telah menggunakan sepenuhnya kuasa untuk menggagalkan UiTM dari diwujudkan hingga UiTM terpaksa mencari tanah sampai ke Melaka.
Pembangkang mencaci dasar bantuan BN kepada rakyat, tapi menghasut pula para penyokongnya pergi ambil wang dan segala bantuan Brim, Krim dan apa juga bantuan yang disalurkan oleh kerajaan.
Pembangkang bukan saja menghina institusi polis, kehakiman dan ketenteraan negara, malah mereka sentiasa mencari jalan memperkudakan polis, tentera dan hakim pencen yang boleh mereka kudakan untuk menghina kerajaan BN.
Pembangkang bukan saja menjadi batu penghalang kepada segala perlaksanaan polisi pembangunan BN dalam memajukan rakyat dan negara, malah mereka memberi didikan yang salah pula kepada rakyat agar memandang sinis setiap projek pembangunan kerajaan BN, kononnya bukan untuk rakyat, tapi semata-mata kerana untuk mengkayakan kroni dan untuk pemimpin UMNO mendapat rasuah.
Pembangkang mahu supaya rakyat melihat setiap pembangunan yang dijalankan kerajaan dari sudut rasuah dan kroni semata-mata. Mereka pesongkan pemikiran rakyat dari memikir soal benafaat dan kebaikan yang diperolehi oleh rakyat dan negara di sebalik projek yang dilaksanakan.
Pendek kata pembangkanglah yang bertanggungjawab mengotorkan pemikiran rakyat hingga menyuburkan budaya "syak wasangka" terhadap setiap agenda pembangunan kerajaan, walaupun ia jelas memberi benafaat.
Pembangkanglah yang bertanggungjawab mewujudkan budaya luar norma kehidupan di kalangan rakyat.
Pembangkanglah yang mendidik rakyat melanggar segala budaya, etika dan moral serta merencatkan kesuburan demokrasi berparlimen di negara ini.
Pembangkanglah yang menyebabkan sebahagian rakyat menjadi biadap terhadap pemimpin. Pembangkanglah yang bertanggungjawab menyebabkan sebahagian rakyat tidak lagi hormat kepada undang-undang dan segala institusi kerajaan yang selama ini begitu dipandang tinggi oleh rakyat.
No comments:
Post a Comment