Saturday, December 15, 2012

RAHSIA KEHEBATAN DS NAJIB - SABAR KETIKA MENGHADAPI FITNAH QUBRA!!

"Budaya politik tidak sehat" telah menyerang pemikiran rakyat "non-partisan" sejak 2008, umpama virus nipah yang melanggar negara suatu ketika dulu. 

Ramai rakyat terjerat dalam "jerangkap samar" budaya politik fitnah dan dusta yang tumbuh subur terutama selepas PRU12 yang lalu. Tiada siapa melainkan pembangkanglah yang bertanggungjawab terhadap kesuburan budaya politik fitnah dan dusta ini. Sasaran utama pembangkang ialah untuk memerangkap pemikiran rakyat agar menerima apa saja momokan mereka sebagai sesuatu yang benar. 

Soal masa depan dan keselamatan negara, soal keharmonian kaum dan keharmonian mengamalkan kepercayaan agama masing-masing yang terjejas teruk hasil permainan politik tidak sehat ini tidak pernah menjadi pertimbangan mereka.

Ancaman mengejut berupa bencana alam seperti banjir atau tsunami adalah ketentuan yang berlaku diluar kawalan kita sebagai manusia. Walaupun pahit tetapi kita wajib menerimanya apabila ianya terjadi.

Apa yang tidak boleh kita terima ialah ancaman yang dicipta oleh "tangan-tangan manusia" yang menyebabkan kehidupan majoriti manusia lain terjejas.

Lebih 4 tahun pemikiran rakyat telah terperangkap dengan "ancaman kecelaruan pemikiran" akibat dari budaya politik fitnah dan dusta pembangkang. Mereka menggunakan jalan halal untuk suatu kerja haram dan keji.

Atas nama demokrasi dan kebebasan hak bersuara, pembangkanh telah membanjirkan pemikiran rakyat dengan limpahan maklumat bercampur fitnah dan dusta. Maklumat ini jika mampu meyakinkan rakyat, maka 100% rakyat akan benci pemerintah. Itulah hasrat pembangkang. Mereka mahu lihat rakyat bangkit dan meluahkan rasa benci terhadap pemerintah. 

Golongan yang digambarkan di dalam Al Quran sebagai "golongan yang melampaui batas" ini sangat buas dan tidak bertanggungjawab. Mereka tidak pernah memikirkan kesan buruk terhadap kehidupan rakyat yang bakal berlaku akibat dari tindak-tanduk mereka yang melampaui batasan.

KITA SEBAGAI RAKYAT BERSEDIA UNTUK TURUT BERSAMA MEREKA untuk memperjuangkan setiap kebenaran TETAPI DENGAN SYARAT, 1. segala isu yang dibawa "hanyalah sesuatu yang benar" tanpa campur-aduk unsur penyelewengan fakta, fitnah dan  pendustaan. 2. Tiada unsur yang berniat untuk menipu dan merosakkan pemikiran rakyat.

TETAPI APA YANG JELAS, semua syarat-syarat ini tiada pada mereka. Malahan semua ciri-ciri pembohongan, fitnah dan dusta telah dijadikan menu utama untuk santapan rakyat.

Pentas demokrasi telah menjadi mangsa manipulasi mereka. Demokrasi telah dijadikan platform penyampaian terbaik untuk menjahanamkan kredibiliti dan rasa hormat rakyat terhadap kerajaan dan pemimpinnya melalui menu fitnah dan dusta.

Lihatlah bagaimana mereka berusaha "sehabis daya" merosak dan mencacatkan pandangan rakyat terhadap pemimpin utama negara, DS Najib. Puak ini tanpa perasaan dan pertimbangan adil menjalankan gerakan penjahanaman kredibiliti PM. Sebolehnya seluruh keluarga, termasuk isteri, anak dan adik-adik PM hingga ke dalam bilik tidur dan dapur rumah PM sendiri mahu diselongkar dan dijadikan bahan pertikaian umum.

Isteri PM mesti disamakan dengan Imelda Marcos. Anak PM mesti disamakan dengan anak Suharto. Adik PM mesti disamakan dengan adik Saddam atau Marcos. 

Apakah kita pernah menyaksikan perbuatan fitnah keterlaluan dan permainan sekeji ini dilakukan terhadap mana-mana PM sebelum ini sepertimana percubaan yang telah dan sedang dilakukan terhadap personaliti PM, isteri dan maruah keluarga beliau?

Akuan sumpah berkanun dijadikan bahan permainan mereka untuk menghancurkan PM Najib dan Isteri, walaupun akuan bersumpah Bala sudah terbukti tiada kredibiliti dan konsistensi. Pemimpin utama mereka yang terjerat dengan pelbagai tuduhan moral dan bukti yang diluar keraguan menasabah, hingga kini tidak pernah berani bersumpah dan membersihkan nama, sebaliknya PM DS Najib sendiri secara bermaruah telah melakukan sumpah di dalam Masjid  beberapa kali untuk membuktikan beliau tidak terlibat dengan kes Altantunya. 

Akuan bersumpah Bala yang berubah-ubah dan tiada disebut "Demi Allah" lebih dipercayai dari sumpah dengan nama Allah di rumah Allah yang dilafazkan oleh PM Najib.

Hingga kini, tanpa rasa bersalah mereka masih terus-terusan menjaja fitnah yang sama terhadap PM. Balasundram sendiri sudah lari dan tidak mahu bertanggungjawab terhadap Akuan Bersumpahnya, tapi pembangkang masih juga mahu akuan bersumpah itu dijadikan "bahan bukti umum yang ada kredibiliti" oleh puak ini.  

Hakikatnya, "kebenaran bukanlah barangan yang boleh dijual-beli". Kebenaran bukan milik sesiapa tapi ia adalah milik Allah. Kebenaran adalah hak yang Allah swt kurniakan kepada sesiapa makhlukNya yang berlaku benar dan jujur.

Keadaan ini sudah semakin jelas ditunjukkan oleh Allah, tetapi hanya kepada mereka-mereka yang berfikir dan diberi petunjuk.

Dengan pelbagai tuduhan "berat" dan kotor yang dilabel kepada PM dan isteri, PM terbukti berupaya menghadapinya tanpa melatah sedikit pun. 

Tiada tanda-tanda langsung  yang menampakkan riak wajah beliau terjejas dan terdesak hasil tuduhan berat dari pelbagai sudut yang telah sekian lama dipupuk subur oleh pihak lawan.

Kekuatan dalaman yang dimiliki oleh PM bukan boleh dibuat-buat, jika tanpa bantuan dan pertolongan dari Yang Empunya Hak. Tiada mana-mana pemimpin yang mampu bertahan tanpa melakukan sebarang tindakan mempertahankan diri, jika segala tuduhan itu adalah tuduhan yang benar.

Seseorang pemimpin yang benar-benar terlibat dengan pelbagai kezaliman atau skandal tidak akan mampu bertahan tanpa melakukan sebarang usaha untuk menutup kelemahan atau mengekang isu tersebut dari mempengaruhi rakyat.

Lihat Presiden Mubarak, Presiden Assad dan ramai lagi pemimpin dunia yang dipertikaikan oleh musuh politik mereka dan turut diikuti oleh rakyat selepasnya. 
Mereka berusaha sehabis daya menafikan tuduhan, mempertahankan diri dan kerajaannya walau dengan apa cara sekali pun termasuk menggunakan pelbagai kekerasan untuk membendung kekuatan musuh dan mempertahankan diri mereka.

Lihatlah pula bagaimana tindakan PM DS Mohd Najib Tun Abdul Razak! Bagaimana beliau menghadapi situasi sulit yang disusunatur dan direkacipta oleh musuh politiknya secara begitu teliti dengan mensabitkannya dengan semua tuduhan tahap "heavyweight".

1. Tidak pernah sekali pun DS Najib melatah dan gelabah.

2. Tidak pernah sekali pun DS Najib membuat tindakan "counter preventiive" untuk melindungi dirinya.

3. Tiada satu saman pun dikeluarkan oleh DS Najib terhadap pihak lawan yang telah membuat pelbagai tuduhan paling berat terhadap beliau. 

4. Tidak pernah sekali pun DS Najib respons dengan membuat sidang akhbar khas seperti yang kerap dilakukan oleh Anwar untuk menafikan segala tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau.

Itu sebab saya katakan, bahawa tidak terdapat langsung tanda-tanda yang menunjukkan DS Najib bersalah dan benar-benar terlibat sepertimana yang digambarkan oleh lawan beliau.

Jika benar transaksi 400 juta komisyen kepada PM Najib telah berlaku dengan "3rd party yang tidak friendly" seperti pembekal Perancis ini, awal-awal lagi PM Najib sudah terjerat. Sudah pasti DS Najib sudah meletak jawatan kerana beliau pasti sedar tidak mungkin transaksi dengan pihak ke 3 ini boleh disorokkan dari pengetahuan umum, apatah lagi dalam zaman media maya tak bertapis ini. Tidak mungkin DS Najib tidak mampu membaca semua kemungkinan ini.

Zaman sekarang, tiada mana-mana pemimpin pun yang berupaya melepaskan diri dengan pendedahan skandal atau penyelewengan mereka, jika ianya sudah dihidu oleh pihak ke tiga.

Presiden Amerika pun tidak berupaya membuat counter preventive untuk menyelamatkan dirinya dari pertuduhan, jika pertuduhan itu sudah terhidu oleh pihak media. Bill Clinton telah membuktikannya. Menteri Indonesia juga turut "alah" dengan pendedahan umum.

Setakat ini hanya manusia yang bernama Anwar Ibrahim dan Azmin Ali  sahaja yang berupaya membuat counter preventive di dalam segala skandal yang melibatkannya, walaupun, bukti jelas telah melampaui keraguan menasabah. Caranya, 1. "Nafi buta-buta tanpa perlu apa-apa bukti penafian". 2. "Hanya perlu lancarkan serangan balas dan kata, "ini semua adalah fitnah yang direkayasa oleh Najib yang sangat takut pada saya." "segalanya kerja UMNO".

Bismilahi tawakkal a'lallah. Tiada siapa yang boleh memadamkan api fitnah dan pembohongan yang telah bermaharajalela. Serahkan saja kepada Allah. Allah lebih tahu untuk membuat keputusan. Allah lebih tahu bagaimana untuk melindungi "pihak yang benar" atau "ahli hak" yang teraniaya dan tidak bersalah. Allah juga lebih tahu bila dan apakah hukuman yang setimpal untuk mereka-mereka yang telah mendatangkan kerosakan dan fitnah besar di dalam masyarakat.  

5 comments:

  1. DS Najib tidak pernah lupa untuk bertawakkal kepada Allah setiap kali selepas beliau mengambil sesuatu keputusan yang besar.

    Jokiden terdengar dia mengakhiri ucapannya dengan "Kepada Allah kita berserah.." Ini yang membuatkan puak2 Pas terkedu.

    Wakafabillah...

    ReplyDelete
  2. Najib hebat 1M,hantar surat takzim kapada Obama,rakam kesedihan nya dan prayer untuk keluarga terlibat.(Bernama)
    Minta kepujian dan penghargaan dari barat memang amalan biasa nya.
    Tak pernah aku baca atau dengar najib kutuk Obama atau AS atau PBB atau Israel atas keganasan dan kematian di Palestine dan Gaza.
    Hebat sunggoh najib,apa apa saja buat di persada antara bangsa dan hal luar negara, ada saja selit sisipan peluang dapat kepujian barat.
    sepatut nya tukar lah Malaysia for All the others daripada 1M.
    Hebat betul najib.
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anom 12.19 am, saudara sengaja memekakkan diri. ..patut le tak dengar. Siapa yg membuat bantahan rasmi di parlimen tentang ke zaliman Israel baru-baru ni? Emmm bila agaknya si Anwar buat bantahan rasmi macam tu. Buat sokongan rasmi di TV luar negeri melambak. Cuba cerita betul-betul.

      Tepuk dada tanya iman. ... berfikir le....

      Delete
  3. Pendekatan DSN ini lebih sesuai drp cara Bang Non. Tanpa kutuk Obama pun Obama dah hantar Clinton ke Gaza. Dia kutuk Israel dgn cara seorang pemimpin bukan mcm cara Pas.

    ReplyDelete
  4. 8.01, Tunggu parlimen sidang dan usul ambil terlalu lama ,di banding kan segeranya dan cepat nya bagi takziah kapad obama.
    saya setuju, DSN ,dan juga Anwar memerlukan pujian dari barat,sikit kata barat puji dan sokong itu dan ini.
    Hebat lah Malaysia, pemimpin Malaysia DSN dan Anwar sangat perhatin dengan sokongan barat. Owang putih kata MIRROR Image.
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete