Tuesday, January 29, 2013

ANWAR: KITA SUDAH TIADA PILIHAN..MASA SEMAKIN SUNTUK!!!

Jika diandaikan semua kawasan majoriti pengundi cina disapu bersih oleh DAP pada PRU 13 nanti, jumlah kerusi yang bakal dimenangi oleh DAP tidak akan melebihi 45 kerusi. Jumlah ini termasuk kerusi majoriti cina di Sabah dan Sarawak.

Untuk mendapat majoriti mudah, PAS dan PKR harus memenangi baki 67 kerusi bagi memcukupkan syarat layak membentuk kerajaan, iaitu sebanyak 112 kerusi parlimen.

Bermakna PAS dan PKR perlu menambah sebanyak 19 kerusi lagi dari apa yang mereka perolehi ketika ini.

Melalui langkah transformasi kerajaan yang sudah menampakkan keberkesanannya, BN terus menambah dan meningkatkan pengaruhnya terutama di kalangan pengundi atas pagar dan majoriti senyap.

Dasar-dasar dan pendekatan baru yang diperkenalkan oleh PM Najib dilihat "kena" dan sampai kepada golongan sasar. Golongan berpendqpatan rendah dan sederhana adalah penerima benafaat terbesar di dalam program tranformasi yang dijalankan oleh kerajaan. 

Pemandu teksi, tentera dan bekas tentera, polis dan bekas polis, petani dan nelayan, rakyat di bandar dan diluar bandar, tidak ada yang terpinggir atau tercicir di dalam program melalui jenama 1Malaysia yang semakin sebati di hati rakyat.

Penghapusan dan penurunan sebahagian dari kadar tol serta pemberian rebat, telah memberi benafaat kepada seluruh pengguna jalanraya.

Pemberian BR1M mencapai 5 juta rakyat sasaran yang layak. Pemberian ehsan RM100 kepada pelajar mencapai hampir 6 juta pelajar seluruh negara.

RM200 ehsan untuk belia melebihi 21 tahun turut memberi benafaat kepada jutaan golongan belia.

Masyarakat perniagaan mikro dan makro turut mendapat benafaat melalui pelbagai skim pinjaman mudah dan pelepasan duti ekspot dan impot.

Golongan mahasiswa turut diberikan insentif "pinjaman boleh ubah" kepada biasiswa kepada sesiapa saja yang berupaya mencapai keputusan cemerlang. Jika semua mahasiswa mendapat keputusan cemerlang, maka secara otomatik dasar pendidikan secara percuma akan terlaksana sepenuhnya di negara ini. 

Kerajaan melakukan dasar pendidikan secara percuma secara bersyarat dan merit. Pendekatan ini sangat ampuh dan tiada sesiapa di kalangan mahasiswa yang boleh "curi tulang" dengan bermalas-malas, dan pada masa yang sama mahu curi dan manipulasi wang kerajaan di atas tiket dasar pendidikan peruma. Tidakkah tindakan kerajaan ini sangat "berkepala otak bijak"? 

PM Najib juga telah melangkah jauh ke hadapan dalam isu-isu keamanan sejagat apabila mengorak inisiatif hingga membawa kepada perdamaian umat Islam Mindanao yang telah berpecah lebih 30 tahun.

Terbaru, PM Najib mengusahakan pula perdamaian di antara Hamas dan Fattah di Palestine. Tanpa pidato berapi, tanpa jual minyak dan auta, malah tanpa sedikit pun rasa takut atau tunduk kepada Israel, 

PM Najib begitu "passionate" melakukan lawatan yang mampu menundukkan "rasa ego" di antara Hamas dan Fattah yang bertelagah. Masing malu untuk bergaduh macam budak-budak dengan "pendekatan berhemah" yang dilakukan oleh PM Najib. Israel pun "mati kutu" kerana kebijaksanaan PM menggunakan platform kemanusiaan dan keamanan sejagat untuk melakukan lawatan ke Palestine. 

Tidakkah tindakan ini hanya boleh dilakukan oleh pemimpin yang "berkepala otak" bijaksana dan hemah? Siapalah Anwar dalam hal ini jika mahu dibandingkan dengan PM DS Najib? Jauh panggang dari api, bagai Israel dengan Palestine.

Di atas faktor-faktor kejayaan besar pentadbiran dan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh PM Najib ini, apakah ada cara yang lebih berkesan yang mampu dilakukan oleh Anwar untuk menambah lagi rasa kebencian rakyat terhadap kepimpinan PM Najib?

Sudah pasti ada. Caranya ada dua jalan.
1. Pakatan harus mengemukan dasar pentadbiran yang lebih baik lagi dari apa yang telah dibuat oleh PM Najib. Tetapi berdasarkan pengamatan dari buku jingga dan janji-janji pidato ala-penghuni Tg Rambutan yang dibuat oleh Anwar, "boleh untuk sekadar didengar, tapi dipakai jangan". Bagaimana mahu dipakai ungkapan yang setanding dengan penghuni Tg Rambutan?
2. Jalan alternatif yang masih ada ialah lakukan pelbagai usaha yang berupaya mengelirukan pemikiran masyarakat dengan memperbanyakkan "zikir fitnah dan dusta" terhadap para pemimpin negara. Semoga dengan kaedah ini untung sabut menang, untung batu tenggelam.

Kesimpulannya, usahkan untuk mengusahakan tambahan 20 kerusi. Silap-silap, hilang 20 kerusi kerana "tanda-tanda besar kekalahan dalam bentuk "malapetaka ciptaan sendiri" di antara gabungan pakatan mereka sudah semakin jelas kelihatan", seiring dengan munculnya tanda-tanda besar kiamat.

2 comments:

  1. KNKB,

    Jokiden mintak maaf aaa, sebab Jokiden totap dgn perkiraan lamo iaitu PAS monang 9 kerusi, PKR monang 5 yo dan DAP monang 36. Solobih ea tu Bebas dan BN... Abih kau Nuarrrrrr!!! asyik pomongak yo kojo kau..

    Lamo tak nulih aa sobab Jokiden poie Cameron Highland boli Tea Bharat..

    ReplyDelete
  2. Semoga Anwar Al Jub dan geng samsengnya dalam Pakatan Rakyat lingkup seteruk-teruknya pada PRU 13 nanti. Aamiin.....

    ReplyDelete