Wednesday, January 30, 2013

NABI SAW-RAJA HABSYI VS NIK AZIZ-KARPAL SINGH!!

Semalam, laporan portal berita pro-pembangkang Malaysiakini memberitahu, Nik Abdul Aziz tiba di kediaman Karpal di Jalan Scotland, Pulau Pinang kira-kira pukul 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit beramah-mesra bersama Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu.

Malaysiakini juga melaporkan Mursyidul Am Pas itu memotong kek sempena ulang tahun kelahirannya ke-82 sambil disaksikan pemimpin DAP, Pas serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).
- Lapuran dari belantan.blogspot.com

Adakah syarak untuk "Ulamak warisatul-anbiya" menghampiri pintu istana umarak apatah lagi umarak yang telah mengistiharkan langkah mayatnya jika PAS mahu laksanakan hudud dan menegakkan hukum Islam?

Boleh kot, tapi hanya di atas "1maksud" iaitu maksud yang sama dengan maksud Nabi saw menghampiri pintu istana raja Habsyah atau Raja Yaman, iaitu di atas maksud "dakwah-illallah", dan bukan untuk "memenuhi jemputan meraikan maulidul rasul" menurut cara kristian yang dianuti oleh Raja Habshah.

Kita bersangka baik sajalah. Mungkin benar, walaupun Nik Aziz "hadir atas undangan" Karpal di atas alasan "potong kek maulid", tetapi Nik Aziz mungkin mengambil kesempatan "atas undangan" itu untuk mendakwahkan Karpal Singh agar menerima dan mengakui kalimah Allah yang mentauhidkan hanya Allah yang Esa dan menyuruh dia berhenti dari melafazkan kalimah Allah, tuhan yang triniti.

Mungkin "idea dakwah" Rasulullah SAW dulu tidak "sehebat idea dakwah inovatif Nik Aziz" dalam menyampaikan risalah Allah. Al maklum sajalah zaman Raja Habshah dulu mana ada lagi sambutan "birthday to u" dengan cara memotong kek. Cara itu adalah cara amalan kristian yang sudah diselewengkan. 

Agaknya sebab itulah Nabi saw dulu tidak berupaya melakukan dakwah secara "muslihat" yang kreatif dan inovatif dalam menjalankan usaha dakwah. Itulah yang menyebabkan Rasulullah saw terlepas pandang kot.

Ulamak sekarang mungkin terlupa Rasulullah saw adalah "habibullah" atau kekasihNya. Itu sebab ulamak yang "memandai-mandai" ini merasakan cara dakwah mereka lebih advance dari cara Nabi yang mungkin pada anggapan mereka sudah out dated.

Mana mungkin "idea terbaik" cara berdakwah, Allah ilhamkan pula kepada yang selain dari kekasihNya dan Allah hanya ilhamkan "idea tahap selebet" kepada kekasih sendiri.

Tapi ulamak dunia tidak akan dapat "melihat sesuatu" secara "pandangan hati" yang hanya yakin kepada Allah dan rasul. Hati mereka terlalu mudah terkesan dengan persekitaran. Pendek cerita mudah kena tipu dek iblislah.

1 comment:

  1. Pakcu Rantau PanjangJanuary 30, 2013 at 11:31 PM

    Kekeliruan yang ditunjukkan oleh seseorang yang dikatakam "alim" menyebabkan tersasar jauh anggapan dan pandangan untuk orang awan yang minda dan ilmu yang tertutup...walahualam

    ReplyDelete