Thursday, January 31, 2013

ANWAR: SAYA PERNAH KATA, RAJA "TOK PEKONG" ORANG MELAYU

"Tindakan itu hanya akan dilakukan penjenayah yang bersalah sahaja dengan memutar belit fakta selain menyalahkan undang-undang bagi mengelak diri mereka daripada dihukum," titah baginda semasa mencemar duli merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya, di sini hari ini.

Lebih buruk lagi titah baginda, ada penjenayah meninggalkan negara kerana takut berhadapan dengan tindakan undang-undang dan kemudian membuat tohmahan yang memburukkan negara sendiri.

"Manusia berlidah biawak seperti ini adalah pengkhianat kepada negara. Jika mereka berkata benar, buktikanlah kebenarannya dan jangan terus menjadi pengecut, ibarat melontar batu sembunyi tangan," 
- Itu antara titah ucapan Tuanku Sultan Johor.

Sangat tepat telahan yang dibuat oleh Baginda Sultan Johor. Tetapi hakikatnya "amalan seorang penjenayah" ini sudah pergi lebih jauh dari itu.

Usahkan polis, usahkan hakim dan usahkan kuasa eksekutif. Institusi raja-raja melayu juga sedang dicemar dan dicabar hebat dengan pelbagai tohmahan dan penghinaan telah dilakukan oelh para pendokong gerakan "ala-penjenayah" yang dilakukan oleh para pemimpin pembangkang. 
Mereka sedang menggerakkan "modus operandi" untuk memunahkan pula penghormatan dan ketaatan rakyat  kepada raja-raja setelah mereka berjaya menjahanamkan institusi-institusi berkredibiliti negara seperti institusi polis, hakim dan institusi eksekutif. 

Golongan ini sudah tidak mahu lagi hidup di bawah sebarang peraturan atau mana-mana kerajaan yang tidak mahu mengikut telunjuk dan kehendak mereka. 

Mereka mahu duduk lebih tinggi dari semua institusi yang ada. Mereka above the law. Jika suatu hari nanti negara dan rakyat ini punah, tiada siapa yang harus bertanggungjawab melainkan "gerakan reformasi khawarij dan anarki" yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim. 

Jika mereka berjaya memerintah negara sekali pun, kerajaan mereka nanti tidak akan mampu memperbetulkan semula segala kerosakan yang telah dilakukan sepanjang tempoh mereka "membangkang".

Suatu hari nanti Anwar Ibrahim akan menempah maut ditelan oleh perbuatan dan hasil kerja tangannya sendiri.

Sehebat-hebat Ayatollah Khomeini membina persepsi dan imej terhadap gerakan revolusi di Iran, tentunya ada yang masih ingat bagaimana dunia telah menyaksikan "keaiban tanpa dirancang" yang boleh ditonton di kaca TV dan majalah di saat-saat dia mahu dikebumikan. "Akibat ketaksuban melampau penyokong" yang mahu mengambil berkat Ayatollah, "kain kapannya" telah terselak sehingga satu dunia menyaksikan bagaimana Ayatollah pujaan mereka "terbogel" dalam perarakan menuju ke kubur.

Tidakkah itu termasuk di dalam "kerja-kerja ghaib" Allah yang Esa" yang berlaku akibat dari perbuatan tangan-tangan mereka sendiri?

No comments:

Post a Comment