Tuesday, February 12, 2013

ANWAR: HARON DIN SANGAT BERMAKNA BUAT SAYA!!

Semakin dekat PRU, semakin panik dan melatah nampaknya para pemimpin pakatan. Semakin terdesak setiap tindakan yang diambil pembangkang.

Sasaran untuk mengambil-alih Putrajaya, akhirnya bertukar kepada kesibukan mempertahankan negeri-negeri di bawah pentadbirannya dari jatuh ke tangan BN.

Kegagalan pembahagian kerusi sesama pembangkang di Sabah bakal meranapkan terus impian untuk memecahkan kerusi Sabah dari terus menjadi Fixed deposit BN.

Tiada tanda-tanda Sabah dan Sarawak boleh menyumbang sesuatu yang signifikan buat PR dalam PRU kali ini.

Isu-isu besar sedang menghambat PR dari segenap sudut. Semua serangan isu yang dihalakan kepada BN sedang memberi pukulan pantulan kepada diri mereka sendiri.

Mereka mencari jalan melagakan PM Najib-Tun M-Muhyiddin, akhirnya pemimpin mereka yang berlaga sama sendiri dalam isu kalimah Allah.

Mereka mewujudkan pelbagai versi hodoh untuk membunuh karakter dan peribadi PM Najib dan Isteri. Segala propaganda dan bullet yang digunakan untuk membunuh imej PM dan isteri tidak meletup dan hanya mengeluarkan bom asap. Akhirnya mata mereka sendiri yang merah menyala kerana geram. Semuanya serba tidak menjadi.

Sekarang timbul pula isu Majlis Syura PAS tidak lagi mempercayai Anwar untuk dijadikan bakal PM pakatan.

Dikalangan para pemimpin PAS dan DAP, sebenarnya mereka tidak pernah mempercayai Anwar. Mereka hanya melakonkan sebuah "persefahaman olok-olok" di atas maksud agar penyokong masing-masing saling memberi undi di antara satu sama lain.

Jika pengundi dan penyokong parti masing-masing bertindak seperti "enau dalam belukar" sewaktu PRU nanti, maka PKRlah yang bakal menerima musibah terbesar kerana PKR tidak mempunyai kawasan fixed deposit sepertimana PAS dan DAP. 

PKR sedar bahawa nyawa PKR berada di tangan pendokong tegar DAP dan PAS. Andaikata berlaku sesuatu isu besar atau "krisis yang tak terungkai" di antara DAP dan PAS menjelang PRU13, PKR bakal menerima nasib paling buruk dalam sejarah pilihanraya.

Secara luaran, kita sudah boleh lihat bagaimana giatnya usaha "damage control" sedang dijalankan. Nik Aziz sanggup menghampiri pintu fitnah para ulamak apabila mencemar duli pergi ke rumah Karpal Singh atas alasan DAP mahu celebrate besday Nik Aziz.

Anwar pula secara sulit telah mencemar duli dan bertandang ke rumah Haron Din. Setiap kali Anwar tersepit, "nama baik Dr. Haron Dinlah" yang akan digunakan untuk menyelamatkan dirinya. Selepas dipecat pada tahun 1998, rumah pertama yang diziarah oleh Anwar adalah rumah Dr Haron Din.

"Rakyat yang tidak tahu politik" telah mengambil "Q" dari "peristiwa pertemuan Haron Din-Anwar" di Bangi sebagai asas untuk lebih mempercayai Anwar pada tahun 1998.  Rakyat "naive" ini hanya bersandarkan kepada bahasa badan Haron Din yang dianggap sebagai "sumber berkredibiliti" untuk dipercayai. 

Apabila mereka melihat Haron Din bersama Anwar dalam isu liwat dan pemecatannya, rakyat "naive" ini tanpa berbelah bahagi terus meyakini bahawa Anwar benar-benar telah difitnah dan dizalimi.

Kisah liwat yang tak pernah terbayang dilakukan oleh Anwar ini cukup gempar dan mampu menjagakan mata puak yang buta perkembangan politik negara. Golongan inilah hari ini yang menjadi "pentaksub Anwar" secara tiba-tiba dan "terlalu bencikan UMNO" juga secara tiba-tiba. 

Itu sebab, terlalu mudah Anwar "membodoh-bodohkan" hati dan perasaan mereka". Cukup dengan menyebarkan cerita "Mahathir arah pegawai Bukit Aman cucuk Anwar dengan kuman HIV" saja, "golongan buta yang baru terjaga" politik ini  sudah mampu diperalatkan oleh Anwar keluar dijalan-jalanraya untuk menuntut keadilan dan menghapuskan kononnya kezaliman pemerintah.

Air mata dan simpati rakyat yang keluar dan datang mencurah-curah kepada Anwar telah "diperolehi" melalui jalan yang salah, iaitu hasil dari kisah yang direkacipta. Begitu juga dengan kebencian rakyat kepada pemerintah.

"Damage control" hubungan PAS-DAP sangat penting bagi Anwar. Jika tercetus perang terbuka DAP-PAS, itu bakal memberi petanda bahawa nyawa Anwar sudah "sampai halkum".

No comments:

Post a Comment