Monday, February 25, 2013

SIRI 2: 1MALAYSIA: 1KESINAMBUNGAN YANG TAK PERNAH TERPUTUS.

Negara ini akan terus dipelihara oleh Allah swt sebagaimana Allah memelihara negara Madinah Al Munawwarrah selagi semua kaum di negara ini masih berpegang kepada ketetapan bertulis yang telah dimeterai di dalam Perlembagaan negara.

Jika berlaku kerosakan terhadap sistem hidup yang wujud di negara ini sudah pasti ianya berpunca dari "kemungkinan" wujudnya pelanggaran terhadap segala ketetapan dan persefahaman yang telah dijalin kukuh lebih 6 dekad yang lalu.

Jika diperhalusi setiap kronologi peristiwa yang berlaku sejak negara ini diwarisi oleh kerajaan yang lemah haail dari keputusan PRU2008 yang lalu, sudah wujud petanda jelas bahawa telah berlaku pelanggaran terhadap sumpah dan janji persefahaman yang telah dimaktubkan bersama di dalam perlembagaan negara.

Satu demi satu kesan pelanggaran terhadap sumpah janji ini sedang memberikan kesan dan reaksi (snow ball) yang membimbangkan.

Sistem hidup yang begitu "structured" dan "terpelihara" dari "risiko kemudaratan" kelihatan sudah beransur-ansur terlerai dan terungkai, umpama cairnya dataran "ais" di Kutub Utara. Ketulan "isipadu ais" yang begitu mantap dan kukuh sudah beransur cair dan terpecah-pecah membentuk bongkah-bongkah berasingan yang "berisiko" untuk berlanggar sesama sendiri.

Daratan dan tanah besar bumi Malaysia yang selama ini subur dan makmur hasil dari anugerah Allah "mirip" sebagaimana anugerahNya terhadap bumi Madinah Al Munawwarrah sudah beransur "dinaiki air" dan menjejaskan apa yang selama ini telah mendatangkan kemakmuran dan kedamaian rukun hidup kepada negara dan seisinya.

Tiada formula "luar kotak" yang lebih berkesan yang mampu memberi ubat dan penawar bagi menahan "kemerosotan dan risiko kemudaratan" yang bakal berlaku melainkan semua pihak harus kembali kepada formula yang "telah dan pernah" memberikan 1penyelesaian "mustajab" kepada negara yang asalnya dimonopoli oleh 1bangsa kepada sebuah negara yang majmuk sifatnya.

Cabaran yang diredah oleh YAB Perdana Menteri untuk mengembalikan kitaran sistem dan nilai hidup rakyat yang sedang berada di "bulatan sebelah bawah" sewaktu beliau mengambil-alih kepimpinan negara bukanlah sesuatu yang mudah untuk diputar dan digerakkan kembali untuk berada di kedudukan "bulatan di sebelah atas".

Bagi rakyat yang memandang secara "ikhlas dan jujur serta penuh penghormatan" terhadap sebarang usaha dan initiatif yang sedang  dilakukan oleh PM, pasti "tersentuh" dengan sikap jiwa besar yang ditunjukkan oleh DS Najib sebagai seorang pemimpin untuk seluruh rakyat Malaysia.

Bagi yang memandang setiap apa yang dilakukan oleh PM dengan pandangan prejudis, dendam dan emosional, pasti akan menterjemahkan setiap tindakan PM itu sebagai "ada maksud dan kepentingan lain". 

Puak ini tidak akan mengiktiraf dan tidak pernah serta tidak mungkin akan bersetuju terhadap apa saja langkah dan tindakan yang dilakukan oleh Perdana Menteri dalam menjayakan misi kepimpinan beliau untuk negara.

No comments:

Post a Comment