14 Feb - Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.
Pihak PDRM harus segera membuka kertas siasatan secara terperinci berdasarkan lapuran kronologi pencerobohan di atas.
"Clue" dan pendedahan beberapa media Filipina, termasuk oleh reuters berkaitan wujudnya "jemputan" dari pemimpin parti pembangkang Malaysia untuk membincangkan isu tuntutan ke atas Sabah juga harus disiasat.
Laporan risik Filipina juga boleh membantu dalam mengenal pasti siapa dalang dari kalangan pembangkang yang dimaksudkan di sebalik pencerobohan ini.
Kronologi pertemuan Anwar-Misuari dan siapa wakil pemimpin pembangkang yang bertemu dengan Sultan Jamalul Kiram II juga harus disiasat motif dan butiran yang telah dibincangkan dalam pertemuan tersebut.
Kerajaan filipina juga harus melakukan siasatan sepenuhnya terhadap Sultan Jamalul Kiram III, apa motif sebenar pencerobohan Lahad Datu dan siapa yang dikatakan memandai-mandai menjemput beliau ke Malaysia untuk merundingkan isu tanah.
Mungkin Sultan Kiram telah diberi harapan palsu oleh pihak hingga membawa kepada keberanian nekad yang tidak berpijak di bumi nyata. Mungkin Sultan Kiram tidak menyedari beliau telah diperdaya dan dijadikan kambing hitam oleh pihak ini.
Terdapat juga berita yang menyebut, semasa perundingan dijalankan pihak penceroboh ada menyatakan untuk "berjumpa dengan seseorang" yang dikatakan telah menjemput mereka ke Lahad Datu.
Semua persoalan ini harus disiasat hingga ke akar umbi.
Apa yang jelas jika misi sulit pihak pembangkang ini antaranya adalah bertujuan untuk mencemarkan perjanjian damai yang termeteri di antara kerajaan Filipina dan MILF, maka dengan terjadinya pencerobohan ini, matlamat mereka sudah dikira tercapai.
Selepas ini, kita mungkin boleh saksikan "snowball effect" yang bakal terjadi seterusnya. Kita lihat apa perkembangan selanjutnya terhadap perjanjian damai yang sudah dimeterai. Kita juga mahu melihat perkembangan bakal terjadi di antara MILF dan MNLF selepas ini.
Anwar dari awal sudah memperlecehkan usaha damai yang dijalankan oleh Perdana Menteri di Selatan Filipina. Niat ini selaras dengan apa yang dikehendaki oleh Nur Misuari dan MNLF.
Pencerobohan ke atas kedaulatan Sabah oleh "tentera diraja Sulu" ini secara tidak langsung telah berjaya membuktikan gagalnya rundingan damai MILF-Manila. Kelihatan matlamat bersama Anwar dan Nur Misuari telah tercapai kesan dari pencerobohan yang berlaku.
Orang kanan Nur Misuari telah dikenalpasti adalah salah seorang anggota tentera sulu yang berkubu di Tandou.
Sudah pasti wujud perancangan rapi yang melibatkan pihak Sultan Sulu, pihak Nur Misuari dan pihak ke 3 hingga membawa kepada pencerobohan Lahad Datu!
Jika benar wujudnya "dalang" pihak ke3 dari kalangan pemimpin pembanglang Malaysia seperti yang disebut oleh pihak media dan risik Filipina, kami rakyat Malaysia hanya mahu melihat dalang ini dihukum dengan hukuman yang seberat-beratnya mengikut peruntukan undang-undang negara.
Jika hukuman paling berat adalah dibuang negeri dan dilucutkan kerakyatan, maka buanglah dan lucutkanlah kewarganegaraan mereka.
Jika hukuman paling berat adalah bunuh, maka bunuhlah penyelesaiannya.
Pihak kerajaan Malaysia berhutang kepada seluruh rakyat yang taat kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong dalam isu penderhakaan kepada negara ini.
Kerajaan Malaysia berkewajiban untuk memberi maklumat sepenuhnya kepada rakyat Malaysia seperti didesak oleh Anwar Ibrahim, siapakah pemimpin pembangkang yang menjadi DALANG DAN PENDERHAKA yang telah bersubahat dengan pihak luar untuk menghancurkan kestabilan dan keamanan negara ini!
Wakil kepada Nur Misuari sudah dikenal pasti. Sekarang kena kenal pasti pulak orang kanan pemimpin pembangkang negara yang dikatakan sedang bersungguh-sungguh untuk menjadi orang penting di Sabah tu.
ReplyDeleteDedah jangan tak dedah. Siasat jangan tak siasat.
Suci dlm debu, kebenaran sudah bersalut dng kepentingan politik kedua dua pihak - mana bisa temui yg benar
ReplyDeleteaku kata anwar kerana dia yang selalu perlekehkan malaysia
ReplyDeleteKadang-kadang ada "manusia' mempunyai niat baling satu batu dua burung yang kena. Dan manusia seperti inilah dikatakan gunting dalam lipatan atau harapkan pagar pagar makan padi.
ReplyDeleteManusia munafik seperti ini rela melihat darah merah tumpah keBumi asalkan hajat dan matlamatnya tercapai biarpun kemusnahan yang dicipta tak berbaloi dengan apa yang diperolehi.
Jika terbukti selepas selesainya penyiasatan maka "manusia: seperti perlu dihantar ke pulau yang tak berpenghuni dan dibiarkan tinggal tengkorak disana....walahualam
sebenarnya pihak pembangkang sudah membuat perancangan... bagi pendapat saya... Anwar adalah riak dan bongkak kerana sudah mendapat gelaran " Pemimpin Agung" oleh suku kaum KadazanDusun sedangkan realitinya ia adalah satu penghinaan kepada kaum di sabah. dahulunya ia menghina lagu dusun kini dia pula mungkin terlibat dalam dalang pencerobohan tersebut... kenapa !!!! dahulu masa BERSIH di Ibu Kota mereka mengibarkan bendera MALAYA ... ada ka mereka ingin menghidupkan negara "MALAYA" dan menyerahkan SABAH kepada Siltan Sulu sebagai tanda mata kerana pembangkang ingin menjadi Perdana Menteri MALAYA... " maka terhapuslah negara Malaysia!!!! bagaimana dengan SARAWAK Pula ??????
ReplyDelete