Siasatan pencerobohan Lahad Datu sudah pasti akan dijalankan secara rapi. Cadangan kemungkinan menubuhkan RCI atau pun Kertas Putih khusus bagi mengenal siapa dalang sebenar di sebalik pencerobohan asing dan kemungkinan pengkhianatan di peringkat dalaman perlu diketahui oleh seluruh rakyat.
Hukuman setimpal wajib diterima oleh penceroboh, pengkhianat dan siapa saja yang turut menghulur mengotorkan tangan hingga membawa kepada ancaman terhadap kedaulatan negara.
Penyiasatan wajib dilakukan hingga ke akar umbi termasuk pihak-pihak di Filipina dan di negara ini dan segala apa yang ada hubungkait hingga membawa kepada "pencerobohan dan pengkhianatan" walaupun sekelumit.
Sebarang isu-isu berkait, peristiwa dan latar belakang sejarah, individu penting di ke dua-dua negara dan faktor lain, semuanya harus dikaji dan disiasat bagi mencari punca yang membawa kepada pencerobohan dan pengkhianatan terhadap kedaulatan negara ini
Hubungan Anwar-Misuari harus diketahui sejauh mana, untuk apa, bagaimana dan kenapa.
Hubungan antara Kiram dan Misuari juga amat penting untuk diketahui sejauh mana.
Status terkini isu MNLF dan MILF serta masalah dan hubungkaitnya dengan kerajaan Manila harus juga dipadankan dengan isu pencerobohan ini.
Hubungan Keluarga Kiram dengan pihak tertentu di Amerika juga harus diketahui sejauh mana wujud dan benarnya.
Hubungan keluarga, urusniaga dan apa saja kaitan yang wujud di antara kaum Sulu yang telah bermastautin di Sabah dengan keluarga atau jaringan mereka di Filipina juga amat penting untuk diselidiki.
Status kewangan keluarga Kiram juga wajib disiasat.
Siapa yang menyumbang dana dan pembelian senjata canggih tentera Kiram III ini juga sangat penting untuk diketahui.
Siapa yang melatih dan membangunkan tentera Kiram dan sejauh mana keterlibatan Misuari dan MNLF dalam ketumbukan tentera Kiram juga amat penting disiasat dari segenap sudut.
Nama-nama Individu yang "terpacul" samada melalui pendedahan kabel Wikileaks, media barat, media Filipina, lapuran risikan asing dan dari mana juga sumber nama-nama ini boleh "terpacul" wajib disusuri jejaknya kenapa nama-nama ini timbul.
Sehingga kini telah disebut nama-nama dari kalangan warga Malaysia di dalam pelbagai versi yang mengaitkan mereka dengan insiden pencerobohan ini.
Antara nama warga Malaysia yang "terpacul" termasuklah warga yang bernama Anwar bin Ibrahim, Jefri Kitingan, Tian Chua, Sivarasa, SUARAM, Ahmad Melano, Hasan Basri dan beberaoa nama lagi.
Mahu tidak mahu nama-nma yang telah "terpacul" ini harus disiasat macam mana nama mereka boleh "terpacul".
Sekarang bukan isu mereka ini bersalah atau tidak. Bukan juga isu mereka ini terlibat atau tidak di dalam apa-apa kapasiti yang berkait.
Isunya ialah nama-nama ini terpaksa dimasukkan dalam pakej siasatan kerana nana-nama ini sudah "terpacul" di dalam pelbagai versi lapuran.
Jika pihak polis ingin mencari atau menahan suspek bunuh atau rompak melalui sekatan jalanraya, kita juga berkemungkinan akan turut ditahan jika dijumpai dalam bonet kereta kita pisau kesan darah, walaupun kesan darah di pisau itu berpunca dari kita baru saja sempat menyembelih ayam yang terlanggar ditepi jalan.
Individu-individu ini tak perlu takut dan nereka wajib memberi kerjasama dengan pihak berkuasa demi mencari dan membantu negara menyelesaikan kemelut dan ancaman terhadao kedaulatan negara sendiri.
Jika benar-benar tidak terlibat dan tidak bersalah, apa yang harus ditakutkan. Kenaoa mesti melatah dan gelabah. Kebenaran akan muncul juga jika benar kita tidak terlibat.
"Yang takut dan gelabah sangat apasal"?
No comments:
Post a Comment