Penyokong tegar pembangkang terus "yakin buta" pakatan akan menang tanpa mengambilkira faktor dan realiti semasa yang berlaku.
"Yakin buta" penyokong pakatan ini samalah sepertimana "keyakinan buta" pengganas-pengganas Kiram "boleh menawan Sabah".
Penyokong pakatan tidak mahu menerima realiti sebenar di medan yang jelas menampakkan BN semakin diterima dan pakatan semakin ditolak oleh majoriti rakyat.
Penyakit tidak menerima kenyataan ini samalah sepertimana keyakinan pengganas Kiram yang tidak mahu menerima realiti sejarah bahawa wilayah dan kedaulatan kesultanan sulu sudah tidak wujud. Tanpa mengambilkira realiti yang berlaku, mereka terus memberitahu dunia bahawa mereka bukan penceroboh. Mereka hanya mahu kembali dan menetap di tanah tumpah darah datuk nenek mereka.
Penyakit "Kefahaman dan keyakinan songsang" pengikut kiram ini "sebijik" seperti penyakit yang dihidapi oleh penyokong pakatan.
Pengikut kiram yakin dan bertaklid buta dengan apa yang dikatakan oleh sultannya Kiram III. Penyokong pakatan Pun sama. Pemimpin mereka kata pakatan kuat dan disokong rakyat, pengikut pun kata kuat. Pemimpin mereka kata BN sudah ditinggalkan oleh majoriti rakyat, penyokong pun terus yakin BN sudah kesepian ditinggalkan oleh rakyat.
Mereka tidak langsung melihat fakta dan realiti sebenar yang sedang berlaku.
Sultan palsu Kiram memberi keyakinan palsu kepada pengikutnya, hingga para pengikutnya yakin dan membuat kerja yang tidak masuk akal mahu menawan Sabah. Pemimpin pakatan pun sama seperti Sultan palsu Kiram, memberi keyakinan dan harapan palsu kepada para pengikutnya hingga ramai dikalangan pengikutnya taksub dan yakin secara membabi buta bahawa mereka sedang bersiap sedia untuk menawan Putrajaya. Sedangkan realitinya jauh panggang dari api.
Ketaksuban dan keyakinan serta harapan palsu yang tertanam dijiwa para pengikut pakatan "ala-kiram" inilah yang menyebabkan pihak berkuasa menjadi susah dan serba tak kena, samalah seperti dilema yang dihadapi oleh kerajaan yang berhadapan dengan tentera kiram yang tidak berpihak dibumi nyata itu.
Diajak berunding supaya berundur, tentera kiram minta syarat yang tak masuk akal. Dengan berbekalkan 200 orang tentera mereka mahu menuntut Sabah dan memberi syarat seolah-olah wilayah Sabah itu mereka boleh tawan bila-bila. Mahu dihapuskan begitu saja, kerajaan harus berfikir dari semua sudut implikasi yang bakal terjadi. Alhirnya mahu tidak mahu pengganas ini perlu dihapuskan.
Pengikut pakatan "ala-kiram" pun sama. Mahu dilayan segalantuntutan dan syarat yang dikenakan salah, kerana semua tuntutan dan tuduhan yang dibuat terrehadap kerajaan tidak masuk akal. Tidak dilayan pun serba salah kerana jika dibiarkan segala tuduhan dan tuntutan mereka terhadap kerajaan dan SPR, akan dianggap betul pula oleh rakyat.
Tapi hakikatnya, tuntutan dan tuduhan buruk mereka tidak masuk akal. Mahu tidak mahu kerajaan harus bertegas, kekal dengan pendirian dan prinsip serta amalan lazim yang sepatutnya sebagai negara pengamal demokrasi dan kredibiliti SPR harus dipertahankan dari dicemar secara kotor oleh pengikut pakatan "ala-kiram ini.
Ketaksuban pengikut kiram ini mungkin terjadi disebabkan jarum keyakinan ilmu hitam yang diamalkan sehingga sanggup mencincang-cincang anggota keselamatan kita. Ketaksuban pengikut pakatan "ala-kiram" pula terjadi kerana angkara jarum hasutan palsu yang telah tertanam kuat dijiwa pengikut mereka sehingga para pengikut mereka begitu taksub dan tertutup sama sekali "fikiran dan hati" dari menerima realiti sebenar yang berlaku.
Walaupun hakikatya jumlah mereka yang taksub ini sedikit, dan tidak mungkin mampu menawan Putrajaya, tapi disebabkan ketaksuban penyokong pakatan "ala-kiram" ini yang meyakini sesuatu yang tidak masuk akal, berupaya untuk menyusahkan seluruh rakyat dan kehidupan aman damai di negara ini sebagaimana keupayaan tentera kiram menyusahkan negara dan rakyat kita di Sabah.
Nak menang tak kan ada. Tapi kita susah sikit la membendung ragam dan ketaksuban bala tentera pakatan "ala-kiram" ni.
Nak buat macam mana. Anwar pun memperkenalkan dirinya sewaktu ceramah, "Saya Anwar Ibrahim Jamalul Kiram Sulu".
No comments:
Post a Comment