Tiada doktor yang mempunyai keupayaan mengubati segala jenis penyakit. Juga, tiada dukun yang boleh merawat segala jenis gangguan atau pun penyakit.
Setiap penyakit pasti ada ubatnya dan pasti ada jodoh dan pertemuan dengan siapa, doktor mana dan apakah jenis rawatan yang sesuai dengan penyakit yang dihadapi. Apa yang penting initiatif, fikir dan doa mesti terus dilakukan.
Apakah penyakit dan masalah sebenar yang sedang dihadapi oleh negara ini ketika ini? Perkara ini harus di "diagnose" dengan betul. Kesilapan dalam melakukan diagnosis, akan membawa kepada kesilapan membuat keputusan. Akhirnya akan berlaku kesilapan "merawat" dan "preskripsi" ubat yang sesuai dengan penyakit sebenar.
Musibat lebih besar dan kronik akan terjadi jika penyakit sebenarnya kanser usus, tetapi disebabkan kesilapan diagnosis, doktor membuat keputusan membelah dada untuk merawat paru-paru yang dikatakan ada ketumbuhan.
Hasilnya penyakit lama semakin kronik, datang pula penyakit baru yang tak diundang.
Penyakit dan masalah yang dihadapi negara hari ini bukan penyakit yang dibawa oleh DS Najib ataupun DS Rosmah Mansor.
Penyakit dan masalah kronik di negara ini bukan masalah media dikongkong oleh kerajaan dengan pelbagai akta.
Penyakit dan masalah kronik di negara ini bukan masalah rasuah, kroni dan nepotisma, dan bukan masalah pemimpin negara zalim dan rakus seperti yang dituduh oleh pembangkang.
Penyakit negara ini bukan penyakit "demokrasi sudah mati" ataupun SPR menipu daftar pemilih atau menipu dalam pilihan raya.
Untuk menafikan buta-buta tidak wujud sama sekali amalan rasuah atau kelemahan kerajaan di sana sini adalah mustahil. Mana ada bumi yang yang ditimpa hujan.
Tetapi semua ini bukan penyakit atau masalah sebenar yang sedang dihadapi oleh negara.
Masalah terbesar yang sedang dihadapi oleh negara ialah masalah perpecahan di kalangan rakyat yang semakin ketara. Perpaduan di kalangan rakyat semakin luntur. Semangat patriotisma di kalangan rakyat beransur-ansur nipis dan terhakis. Buktinya, ada kalangan pemimpin dan penyokong pembangkang yang sanggup mempersendakan peristiwa pencerobohan asing, kononnya ia suatu sandiwara kerajaan.
Kembalinya budaya menuntut hak dan kesamarataan dalam semua perkara yang diperjuangkan oleh NGO tempatan dan Bersih yang mempunyai kaitan dengan NGO antarabangsa yang terbukti telah membantu menjatuhkan kerajaan di negara-negara arab, Eropah Timur dan Amerika Selatan adalah ancaman besar buat negara.
Hubungan antara kaum semakin "masam mencuka" dan sudah wujud tanda-tanda bahaya. Semangat toleransi yang selama ini menjadi kunci kejayaan negara seolah-olah sudah tidak semakin terhakis dari jiwa.
Hubungan antara agama juga sudah tidak seharmoni dulu. Malah ada pihak yang cuba menyamatarafkan semua agama dengan menyuburkan budaya pluralisma. Paling dahsyat sudah ada pihak yang cuba menggadaikan kalimah Allah semata-mata untuk memenuhi tuntutan nafsu meraih sokongan politik dan kuasa.
Institusi-institusi teras negara juga sedang diancam dan terancam. Institusi Polis, ketenteraan, badan kehakiman dan SPR dipertikai, difitnah dan dituba dari pelbagai sudut sehingga ramai kalangan rakyat yang turut termakan umpan beracun sehingga membenci polis, memperlekehkan tentera, memfitnah badan kehakiman dan mempertikaikan setiap tindakan SPR dengan penuh prejudis.
Pendek kata segala asas dan prinsip kenegaraan serta kredibiliti institusi penting yang selama ini telah menjadi kunci penyumbang terbesar kepada kejayaan negara, sedang terancam dan diancam dari pelbagai sudut oleh pihak yang berkepentingan.
Inilah "penyakit dan masalah terbesar" yang sedang mengancam negara. Penyakit ini jika tidak dibendung dan dirawat dengan cara yang betul dan tepat, pasti akan mendatangkan bahaya besar buat negara.
Ia mampu menggugat kestabilan serta kedaulatan negara yang sudah lebih 60 tahun berada dilandasan yang betul serta diterima dan ditaati oleh seluruh peringkat pemimpin dan rakyat walaupun fahaman politik dan anutan agama serta latar belakang kaum mereka berbeza.
Penyakit dan masalah besar yang mengancam kestabilan negara inilah yang sewajibnya dirawat dan dipulihkan walau dengan apa cara sekali pun, sebelum ia menjadi tidak terkawal.
Segala lapuran diagnosis menunjukkan "pembawa" virus kepada segala masalah dan penyakit merbahaya yang berlaku ini dikesan berpunca dari dalam pakatan pembangkang.
Virus ini merebak secara tidak terkawal hingga PAS juga turut mendapat jangkitan serious. Symptom jangkitan ini boleh dilihat bila Kalimah Allah tergadai, fahaman pluralisma ditutup sebelah mata, maksiat dan liwat dipertahankan, minda rakyat terkorban hingga rakyat terbelah dan berpecah dua.
Siapakah pakar yang "paling berkelayakan dan paling sesuai" untuk beri mandat membedah, merawat dan memulihkan penyakit merbahaya yang dibawa oleh virus merbahaya dari dalam dan luar negara ini?
Hari ini DS Najib, selaku doktor pakar, telah diberi mandat, tanggungjawab dan amanah untuk melakukan rawatan dan mengaplikasi pelbagai preskripsi melalui rawatan 1Malaysia; Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Virus bawaan pembangkang ini amat tegar dan terus melawan usaha merawat dan pencegahan yang sedang dilakukan dengan memuntahkan pelbagai isu buatan dan sampingan.
Tak sangka pula kuman yang kotor pandai bercakap soal anti-kuman, anti-rasuah, anti-kezaliman, anti-penindasan, anti-kongkong media dan pelbagai lagi yang "diantikannya".
Ironinya "kuman Anwar" inilah yang menyuburkan segala penyakit tersebut sewaktu dia diberi kepercayaan menjadi Timbalan Pawang Negara untuk merawat dan mencegah segala penyakit ini. Tapi sayang bomoh ini menyeleweng hingga akhirnya dipecat.
No comments:
Post a Comment