Semua perancangan pentadbiran DS Najib menjurus ke arah kemenangan 2/3 BN pada PRU13.
Sudah pasti strategi membiarkan membubarkan parlimen hingga tamat tempoh adalah antara perancangan untuk mencapai kemenangan 2/3. Walaupun ramai kalangan aktivis UMNO dan BN sendiri turut bingung "apa pertimbangan sebenar" yang ada di fikiran PM dalam memutuskan tarikh terbaik untuk mengadakan PRU.
Hakikat yang semakin diakui, untuk "membaca" fikiran dan tindakan DS Najib adalah lebih sukar dari "membaca" fikiran dan tindakan Tun Mahathir sewaktu beliau menjadi PM.
Tun M sering dilihat lebih berterus-terang dalam banyak perkara. Manakala DS Najib lebih fokus kepada "outcome" kepada setiap tindakan yang dilakukannya.
Tun M mentadbir parti dan negara dengan mempelbagaikan pendekatan. Kadang-kadang beliau memberi motivasi kepada rakyat. Kadang-kadang beliau membuat kritikan. Kadang-kadang beliau memberi amaran kepada ahli parti. Kadang-kadang beliau mengkritik secara terbuka apa yang beliau rasakan ada sesuatu yang harus diberi peringatan kepada ahli UMNO atau kepada rakyat. Kadang-kadang pula ilihat beliau merayu dan memujuk. Kadang-kadang beloau menangis. Kadang-kadang dia "bertindak" membuat sesuatu keputusan yang drastik dan mengejutkan.
Cara dan kepimpinan DS Najib memimpin parti dan negara jelas berbeza dengan cara Tun Mahathir.
Memang sudah menjadi kelaziman, di peringkat awal pentadbiran sesiapa pun yang menjadi PM, pelbagai tanggapan, jangkaan dan harapan yang bermain difikiran rakyat terhadap kepimpinan yang baru mengambil-alih.
Setiap langkah, tindakan dan cara kepimpinan PM akan diperhati dan dinilai secara "rapat" dan "rapi".
Bagi pihak pembangkang mereka menilai pentabiran seorang PM adalah untuk maksud mencari setiap kelemahan untuk dipertikaikan bagi menimbulkan keraguan rakyat.
Di peringkat ahli dan penyokong parti pula, mereka mempunyai "1001 harapan", kepimpinan PM baru akan memberi sesuatu yang lebih baik dari kepimpinan sebelumnya.
Hakikat yang pasti ialah Mahathir adalah Mahathir. Najib adalah Najib. Abu Bakar adalah Abu Bakar, Umar adalah Umar, Usman adalah Usman dan Ali adalah Ali.
Masing-masing berbeza dalam pendekatan. Cara "penilaian dan pembuatan" sesuatu keputusan dan "kenapa" keputusan itu dibuat sudah pasti berbeza menurut halatuju dan misi yang diinginkan untuk direalisasikan oleh seseorang pemimpin dan kepimpinannya.
Apa yang pasti kesemua mereka mahu "memberi dan membuktikan" apa saja yang cuba dilakukan adalah bertujuan agar sesuatu yang terbaik untuk agama, bangsa dan tanah air dapat "dijayakan" di bawah kepimpinannya.
Itu premis asasnya.
Kepimpinan dan gaya Tun Mahathir telah mendominasi pemikiran dan tanggapan majoriti rakyat selama 22 tahun. Rekod kecemerlangan pentadbiran beliau, ternyata dan tidak boleh ditolak oleh sesiapa pun.
Rakyat sudah 22 tahun "terbiasa" dengan cara Mahathir. Untuk menukar dan membiasakan serta menerima pendekatan yang selain dari pendekatan Mahathir bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan.
Cara Mahathir seolah-olah sudah menjadi "benchmark" untuk kepimpinan selepasnya.
Pentadbiran Pak Lah adalah mangsa pertama kepada "benchmark" yang telah terbentuk secara sendiri dalam kotak pemikiran rakyat. Jurang besar yang terbentuk dalam "benchmark" yang "telah terbiasa" pada pemikiran rakyat dengan kepimpinan yang dibawa oleh Pak Lah telah menyebabkan beliau hanya dapat bertahan selama "1 penggal".
Pak lah menjadi mangsa dan tidak bernasib baik kerana menjadi "immediate successor" kepada "predecessor" yang cemerlang dan berjaya pada tanggapan majoriti rakyat.
Sebarang kelemahan yang berlaku di zaman Pak Lah terlalu mudah dikesan dan dirasai oleh rakyat hingga apa saja yang "dilaku dan berlaku" di zaman Pak Lah telah menjadi pertikaian majoriti rakyat.
Kesan dan akibat dari jurang "benchmark" terlalu besar yang terbentuk di antara kepimpinan Mahathir dan Pak lah telah memberi impak buruk secara langsung kepada kemerosotan penguasaan 2/3 BN di Dewan Rakyat.
BN telah menerima tempias yang bukan sedikit akibat dari jurang "benchmark" yang wujud di antara kepimpinan Mahathir-Pak Lah.
Segala kesan dan akibat buruk inilah yang telah tertanggung sepenuhnya di bahu DS Najib Tun Razak. Ds Najib mewarisi "ibu kepada segala masalah" yang terhasil akibat dari "jurang keupayaan" kepimpinan yang terlalu besar di antara Mahathir dan Pak Lah.
Tiada mana-mana "karakter dan pembawaan" kepimpinan yang paling sesuai untuk diletakkan "agenda pembetulan" terhadap semua tanggapan dan masalah yang telah membawa kepada kelemahan BN secara keseluruhan ini, melainkan "karakter dan pembawaan yang ada pada batang tubuh DS Najib Tun Razak.
Dalam situasi yang wujud ini, negara ini tidak "cocok" untuk dipimpin oleh orang yang mempunyai karakter dan pembawaan seperti Mahathir. Lebih tidak sesuai ialah pemimpin yang mempunyai "karakter dan pembawaan" seperti Pak Lah.
Sebabnya ialah, perpecahan "persepsi" yang telah berpecah kepada beberapa kumpulan yang besar dan hampir seimbang. Kumpulan yang menyokong BN, kumpulan yang membawa diri ke kumpulan pembangkang dan kumpulan yang telah membentuk fikrah atau NGO-NGO tersendiri yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan akibat dan kesan dari "krisis benchmark" yang terjadi di zaman Pak Lah.
Hanya karakter dan pembawaan yang diwarisi oleh DS Najib saja yang mampu untuk menahan "setiap ragam yang sudah terlalu kompleks" ini.
Pembawaan yang tegas dan keras seperti Mahathir akan menyebabkan "tulang rusuk Hawa patah". Pembawaan yang terlali flip-flop dan lemah seperti Pak Lah akan menyebabkan "tulang rusuk Hawa" terus bengkok.
Malah pembawaan "ala-sesumpah" seperti "karakter dan pembawaan" Anwar akan menyebabkan "tulang rusuk Adam dan Hawa" patah-patah, hancur dan lumat.
Bagaimana boleh pembawaan Anwar menyelesaikan masalah hubungan kaum yang semakin menjurang? Bagaimana pembawaan Anwar boleh meleraikan kekusutan hubungan dan keharmonian agama yang sudah menjadi umpama api dalam sekam? Bagaimana pembawaan Anwar boleh mengembalikan semula semangat toleransi antara kaum dan agama yang sudah hampir musnah?
Bukankah Anwar yang menjadi penyumbang terbesar kepada semua permasalahan ini? Bukankah Anwar yang telah bertindak mengambil setiap kesempatan yang wujud dari "krisis benchmark" yang wujud di dalam pemikiran majoriti rakyat akibat dari jurang keupayaan kepimpinan yang wujud di antara Mahathir dan Pak Lah?
Hakikatnya, negara ini bertuah bertuah kerana masih dikurniakan Allah, pemimpin dan kepimpinan yang sesuai pada satu-satu situasi dan permasalahan yang wujud. Waris kepimpinan negara ini akan lahir bersesuaian dan tepat pada masa dan ketikanya.
"Masa dan ketika ini", karakter dan pembawaan DS Najib Tun Razak adalah pembawaan yang paling mustajab untuk merawat segala penyakit kronik yang sedang dihadapi oleh negara.
Di atas faktor dan keyakinan ini, insyaallah BN akan diberi mandat besar oleh majoriti rakyat yang telah menjadi mangsa kekeliruan yang wujud disebabkan "benchmark" peralihan kepimpinan di antara 2003-2008.
Alah bisa tegal dek biasa. Cara kepimpinan DS Najib sudah mula difahami, diterima dan diyakini oleh sebahagian besar atau lebih 2/3 rakyat negara ini.
No comments:
Post a Comment