....Sambungan
Pendekatan politik provokasi melalui "pemusnahan" kredibiliti media perdana, personaliti pemimpin utama kerajaan dan penyebaran "maklumat gempar tapi palsu" yang mampu membangkitkan simpati kepada Anwar, terus dilakukan sepanjang Anwar "menjalani hukuman Allah" di penjara.
Ia adalah bagi memastikan rakyat terus "terkenangkan nasib Anwar" dan "bagaimana zalimnya UMNO kerana masih berusaha menganiaya Anwar dan keluarganya walaupun sudah menerima hukuman".
Sepanjang tempoh menjalani hukuman, sekurang-kurangnya 2 "propaganda menipu minda rakyat" telah dilakukannya. 1 bertujuan untuk menambah rasa benci rakyat terhadap kerajaan dan 1 lagi untuk menambah rasa simpati rakyat terhadap Anwar.
1. Usaha kerajaan meracun Anwar supaya mati. Rakyat buat pertama kalinya baru tahu apa itu "racun arsenik" dan bagaimana bahayanya racun tersebut terharap manusia dan bagaimana racun tersebut boleh membunuh manusia secara perlahan-lahan. Sehingga kini Anwar kebal tak mati-mati.
2. Anwar hampir "lumpuh kekal" akibat mengidap penyakit tulang belakang dan "leher nak patah" yang kronik. Sejak itulah hampir seluruh rakyat, malahan masyarakat kaum asli pun tahu menyebut "slipped disc". P.Ramlee kata sakit ini "sangat merbahaya".
"Peluang untuk mempamer" kepada dunia betapa Anwar sedang menderita "penyakit kronik" akibat dari kezaliman kerajaan datang menggolek apabila ibunya menyambut panggilan Illahi.
Satu dunia dapat melihat "betapa terseksanya wajah Anwar" yang terpaksa dipapah dan menaiki "Wheelchair" dalam keadaan yang begitu "azab dan uzur" dibawa untuk menghadiri pengkebumian jenazah. Tapi cuma beberapa orang jururawat dan kakitangan hospital saja yang dapat melihat bagaimana Anwar memakai sendiri balutan dipinggang dan dileher dalam keadaan yang sehat sejahtera keluar dari bilik. Sebaik saja keluar dan berada di depan lensa dan di depan rakyat, keazaban wajahnya menanggung kesakitan terus datang secara tiba-tiba.
(nota kaki: alhamdulillah penyakit kronik ini sembuh di German. Sebaik keluar penjara terus dihantar menjalani rawatan ke sana. Pakar German hanya memberi rawatan secara berjogging dan berlari-lari anak setiap pagi)
Modus operandi politik Anwar pasca keluar jel, telah memasuki fasa dan pendekatan baru. Perdana Menteri pun baru dan sudah pasti kaedah berlawan juga harus baru dan bersesuian dengan cara PM baru memimpin.
Cara berlawan dengan Mahathir lain. Cara bagimana nak lawan Pak Lah lain. Lawan orang keras lain. Lawan orang lembik lain. Tak sama.
Kepimpinan yang kuat sukar untuk digugat melalui pembunuhan karakter atau personaliti dan "kepercayaan serta keyakinan" terhadqp kepimpinannya sukar dihilangkan. Inilah perbezaan ketara di antara kepimpinan Mahathir dan Pak Lah. Perkara ini ternyata benar apabila tanpa disangka BN hilang majoriti 2/3 di bawah kepimpinan Pak Lah.
Pendekatan menghilangkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Pak Lah bukan saja berjaya mempengaruhi pengundi atas pagar, malah turut berjaya mempengaruhi pengundi tegar UMNO. Realiti kelemahan Pak Lah ini memang terbukti. Rakyat yang rasional pun turut hilang kepercayaan tanpa perlu dicucuk atau dimomok oleh pembangkang.
Pembangkang tidak perlu mencari jalan bagaimana untuk melakukan "character assasination approach" terhadap Pak Lah sepertimana yang terpaksa dilakukannya terhadap batang tubuh PM Najib dan isteri hari ini.
Pentadbiran PM Najib yang mengamalkan dasar innovatif dan kreatif melalui "kaedah Tranformasi" semakin terbukti memberi menafaat yang cukup besar kepada rakyat. Sebaliknya kaedah Reformasi dan provokasi yang dibawa oleh Anwar jelas semakin mendatangkan rasa bimbang, ketegangan dan ketakutan di kalangan rakyat tentang masa depan rakyat dan negara.
Maka, untuk berlawan dengan pendekatan kepimpinan DS Najib tidak semudah mereka menggerhanakan kepimpinan Pak Lah.
Sehubungan dengan ini, Kaedah Marchiavelli menyebut, "pengurusan organisasi dan daya kepimpinan yang kuat tidak mudah dikalahkan melainkan dengan mencari jalan melakukan "character assasinate" terhadap batang tubuh pemimpin tersebut.
Maka, tidak menjadi hairan kepada kita kenapa Anwar dan team pakar pembunuh karakternya telah menjalankan pelbagai usaha merosakkan imej peribadi DS Najib dan isteri sejak beliau menjadi TPM lagi. Anwar sedar Najib bukanlah Pak Lah. Tidak mudah untuk memperlekehkan kepimpinan DS Najib.
Bersambung lagi...sampai rakyat jelas "siapa Anwar" dan bagaimana Anwar meracun fikiran mereka supaya benci pada kerajaan dan pada masa yang sama terus bersimpati dan menyokong Anwar.
KNKB,
ReplyDeleteRamai yang tidak perasan ni, Nuar juga melakukan 'pembunuhan karektor' ni terhadap Utusan Malaysia, TV3 dan RTM. Sikit2 saman sikit2 saman.
Dia nak mengwujudkan persepsi bahawa apa sahaja yang Utusan dan TV laporkan adalah tipu, tak perlu nak dipercayai.
Nampaknya setakat ini dia kelihatan berjaya juga ni.