Wednesday, March 13, 2013

ANWAR: BUKAN SAYA..NAJIB YANG KHIANATI RAKYAT SABAH!!

Selepas 15 tahun pemecatan Anwar berlalu, hari ini majoriti rakyat sudah dapat berfikir dengan waras. 

Di peringkat awal pemecatan dulu, apa saja maklumat yang "didatangkan" dari pihak Anwar akan diterima bulat-bulat tanpa tapisan. Dan, apa saja maklumat atau penjelasan yang dilakukan oleh pihak kerajaan akan ditolak bulat-bulat tanpa perlu menimbang atau pun memikir secara waras. 

Rakyat bertambah celaru dan keliru bila pihak yang dipecat bertindak spontan membela dirinya melalui kaedah "roadhow" seluruh negara. 

Melalui "kaedah penghakiman rakyat" yang diamalkan oleh Anwar inilah, bermulanya kerosakan imej dan persepsi yang begitu teruk terhadap seluruh institusi kerajaan yang sangat dihormati sebelumnya.

Anwarlah pencetus kepada budaya meletakkan baik buruk institusi penting kerajaan di tangan sendiri untuk dihakimi.

Anwarlah pencetus kepada hilangnya rasa hormat rakyat terhadap undang-undang negara. Undang-undang negara dikatakan mengongkong rakyat.

Anwar pencetus kepada perasaan benci rakyat kepada institusi polis dan kehakiman.

Anwar pencetus kepada "tidak segan silu" penganut agama lain menghina kesucian agama Islam selaku agama persekutuan.

Anwar pencetus kepada "budaya anti-hak istimewa melayu" dan    "anti-kedudukan raja-raja melayu" dari kacamata kalangan bukan melayu dan sebahagian dari orang melayu sendiri.

Anwar pencetus kepada "budaya politik rimba" di dalam pendulum demokrasi. Anwarlah yang menyebabkan amalan demokrasi di negara ini hilang pegangan etika dan moral.

Anwar pencetus kepada "stigma konspirasi" sehingga apa saja yang berlaku dan merugikan pembangkang pasti akan dikaitkan dengan konspirasi UMNO, atau lebih khusus lagi konspirasi DS Najib & Rosmah, sedangkan hakikat yang semakin jelas dilihat ialah, satu demi satu konspirasi terancang yang diatur di pihak mereka pula yang semakin terbongkar.

Konspirasi dan percubaan membunuh karakter DS Najib melalui isu kapal selam dan scorphene akhirnya terbongkar.

Konspirasi untuk membunuh karakter DS Najib dan DS Rosmah melalui percubaan mengaitkan suami-isteri ini dengan pembunuhan Altantuya juga sedang terbongkar satu demi satu oleh rakan yang mengaku terlibat secara langsung merekayasa konspirasi. 

Malah, Konspirasi untuk membunuh karakter DS Najib dengan menggunakan "Bala" semakin terbongkar dengan pendedahan penglibatan rasuah yang melibatkan kewangan sehingga RM700,000.

Konspirasi terbaru Anwar-Azmin dengan menggunakan Azlan bapak Saiful tidak sampai 2 hari sudah terbongkar. 

Konspirasi untuk membunuh karakter DS Najib melalui "tuduhan setiap urusniaga korporat" yang melibatkan kewangan besar pasti ada rasuah dan komisyen untuk pemimpin rakus, sedikit demi sedikit sudah terbongkar. Malahan, apa yang sebaliknya terbongkar, "Anwarlah sebenarnya bapak rasuah, bapak kronisma dan bapak nepotisma". 

Segala amalan ini masih berlaku dalam PKR walaupun dia hanya baru berkuasa di Selangor dan di peringkat dalaman parti PKR.

Jika diandaikan pakatan yang memerintah negara, kita akan lihat lebih 60% pemusatan kuasa akan berlegar di kalangan anak beranak dan suku sakat Anwar, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan keluarga Nga & Ngeh. 40% baki kuasa yang ada barulah berhak dikongsi oleh wakil PAS dan lain-lain pemimpin dalam PKR dan DAP.

Berdasarkan kepada "terbongkarnya" Anwar sebagai "Bapa kepada segala Konspirasi", maka amat berasas untuk kita mempercayai  laporan media antarabangsa di Manila, Amerika, Kanada, wikileaks dll yang mendedahkan kaitan beberapa pihak termasuk pembangkang di Malaysia dengan apa yang sedang berlaku di Timur Sabah.

Sedangkan pertemuan Saiful dengan Pegawai Khas PM pun sudah cukup untuk mereka jadikan asas, PM sendiri terlibat membuat konspirasi liwat II, inikan pula beberapa pertemuan bergambar Anwar Misuari dan diakui sendiri oleh ke dua-dua pihak.

Nur Misuari sendiri sudah pergi menemui Kiram III secara terbuka dan menyatakan sokongan terbuka. Malah, Misuari turut memberi amaran dan ugutan kepada kerajaan Malaysia.

Jika Anwar dan team konspirasinya berada di kedudukan kita, dan kita berada dikedudukan mereka, sudah pasti segala pertemuan dan kaitan ini akan dijadikan "bukti paling kukuh" untuk mengaitkan "Najib selaku Ketua Pembangkang adalah pengkhianat negara yag wajib dihapuskan kerana telah berkonspirasi dengan musuh negara untuk mengkhianati negara sendiri!

Sedangkan sudah terang lagi bersuluh, Anwar dan beberapa pemimpin pembangkang yang mengadakan pelbagai pertemuan dengan "pihak yang amat diragui ini", tapi mereka masih juga cuba "menterbalikkan" fakta bahawa PM Najiblah yang menjemput mereka ke Sabah dengan bersusah payah sanggup menggunakan gambar Kiram Palsu bersama DS Najib.

Anwarlah penipu terbesar, konspirator tersohor dan pengkhianat yang tiada tolok banding yang lahir di negara ini selepas Si Kitol.         

1 comment:

  1. Are we ready to tamatkan karier politik Si Pengkhianat ugama, bangsa dan negara pada PRU 13 nanti? YES!!!!!!

    ReplyDelete