Tuesday, May 14, 2013

NOTA TERAKHIR UTK PM SEBELUM KABINET DIUMUMKAN!!

Masalah terbesar yang dihadapi BN ialah sokongan kaum cina yang sudah insolven. Masalah insolven sokongan kaum cina berpunca dari kegagalan MCA dan Gerakan meyakinkan kaum cina kenapa kaum cina perlu berkongsi dengan lain-lain kaum di bawah BN. Masalahnya pulak kaum cina sudah tidak yakin dengan pimpinan MCA dan Gerakan.

Hasilnya, amalan perkongsian kuasa di dalam BN sudah dilihat tempang. Selama ini BN khususnya di semenanjung adalah ibarat "tungku tiga sejarangan" yang mampu memasak apa saja jenis masakan untuk dimakan bersama di antara Melayu, cina dan india. 

Tetapi hari ini, tungku ini sudah tinggal 1 kerana 1 tungku sudah patah, manakala tungku yang 1 lagi sudah "goyeh". Hanya tungku UMNO yang mewakili kaum melayu saja yang masih kukuh.

Secara teknikalnya, tungku ini sudah tidak boleh digunakan lagi untuk memasak seperti biasa. Periuk dan kuali telinga sudah tidak boleh lagi diletak begitu saja di atas jerangan jika tanoa sokongan. Periuk atau kuali telinga yang diletak di atas tungku ini pasti akan tumpah kerana faktor kestabilannya amat diragui.

Kesan kepada ketidak-seimbangan dan ketidak-stabilan ini, akhirnya akan menyusahkan semua pihak termasuk kaum melayu, walaupun tungku besi melayu UMNO masih kukuh.

Untuk menggunakan tungku alternatif "3 sejarangan PR", lagi berisiko tinggi kerana kekuatan ke tiga-tiga tungku alternatif ini tidak berupaya menanggung beban periuk dan kuali telinga yang besar. Tungkunya terlalu halus sebesar kayu "keluduk". Setakat untuk memasak air pakai cerek siam boleh tapi untuk memasak lauk perlu dilakukan secara bergilir-gilir menggunakan "kuali dara" yang bersaiz kecil.

Tungku BN di Sabah dan Sarawak masih kukuh dan tiada masalah untuk rakyat memasak dan makan bersama. Tapi tungku PR di sana langsung tidak boleh ditegakkan kerana hanya ada tungku DAP saja "tercegat" satu tiang yang hanya boleh digunakan untuk memanggang ikan dan daging saja.

Inilah dilema yang sedang dan bakal dihadapi oleh seluruh rakyat dan negara ini hasil dari keputusan PRU13 yang lalu.

Pemimpin negara harus bertanggunghawab untuk memperbetulkan semua suasana ketidaktentuan, ketidakseimbangan dan ketidakstabilan ini. 

Apakah kerangka dan model baru yang paling berkesan dan terbaik untuk mewakili setiap kepentingan ini agar "national reconciliation" yang sebenar dapat diformulasi untuk membolehkan semua pihak merasa terbela, selamat dan tidak terpinggir di bawah sebuah kerajaan yang stabil dan dipercayai.

Cara dan pembawaan PR tidak menampakkan langsung kelayakan untuk mereka diberi kepercayaan mentadbir negara ini. Budaya politik melampau yang sudah dijadikan amalan lazim PR tidak mungkin akan membawa kepada kestabilan dan keseimbangan di dalam masyarakat.

BN pula sehingga kini masih gagal memulihkan kestabilan dan keseimbangan yang sangat diperlukan itu sebagai syarat penting untuk mewujudkan sebuah masyarakat berbilang kaum dengan pelbagai anutan kepercayaan di dalam kompleksiti yang ada.

Jika sekadar bergantung kepada barisan kabinet "boleh dijangka" yang akan diumumkan besok, penyelesaian holistik sudah pasti akan jauh panggang dari api.

Jika pentadbiran DS Najib hanya sekadar meneruskan program transformasi dan produk 1Malaysia sediada, testimony yang ada terbukti hanya berjaya memenangi 133 kerusi parlimen, malah outcome program dan produk inilah yang telah menyebabkan wujudnya ketidakseimbangan serta ketidakstabilan yang sedang berlaku kini.

Sesuatu yang diluar kotak pemikiran massa harus dilakukan. Pendekatan ini saja yang berupaya membasmi dan memansuhkan segala persepsi buruk terhadap kerajaan. Cara ini saja yang berupaya mematikan akal pembohong Anwar.





No comments:

Post a Comment