Thursday, June 6, 2013

GEMPAR..! RAMAI PEMIMPIN UMNO GUNA PENGARUH JIN!!??

Apakah implikasi perundangan yang akan berlaku jika cadangan penambahan kawasan baru yang memerlukan sokongan Dewan Rakyat secara 2/3 gagal diperolehi?

Ramai beranggapan apabila disebut urban dan sub-urban, apa yang terbayang di fikiran ramai ialah kawasan itu majoriti cina, manakala luar bandar pula adalah majoriti melayu.

Kegagalan terbesar UMNO dan kepimpinannya ialah "kegagalan merangka kaedah dalam menstrukturkan semula pola pengundi dan kependudukan" yang mampu memberi kelebihan secara jangka panjang terhadap kelangsungan agenda melayu/bumiputera.

Negara kini didominasi oleh hampir 67% penduduk melayu/bumiputera. Terdapat penguncupan pertumbuhan penduduk di kalangan kaum cina. Menurut statistik, melayu lagi "kuat buat anak" dari cina sejak Tun M mempromosi matlamat 70 juta penduduk di awal pentadbiran beliau.

Jika dilihat pada taburan dan pertumbuhan penduduk, sepatutnya melayu/bumiputera tidak ada masalah untuk terus mendominasi kawasan-kawasan pilihanraya di seluruh negara.

Tetapi, apakan daya tak siapa pun di kalangan pemimpin besar melayu/bumiputera hari ini yang boleh "menyalin" semangat dan roh perjuangan agenda melayu yang wujud di dalam tubuh dan perjuangan Allahyarham Dato Harun Idris.

Di Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, bandar dan pusat pertumbuhan baru merupakan "lubuk" penghijrahan melayu/bumiputera. Penghijrahan melayu/bumiputera luar bandar jauh lebih besar dari penghijrahan pendatang asing ke Malaysia.

Di Bandar Baru Nilai contohnya, majoriti penduduk bermastautin di sana adalah bangsa melayu. Tetapi dari segi daftar pengundi, kawasan ini adalah kawasan dominasi cina.

Jika pemimpin melayu/bumiputera ada "semangat, jiwa dan roh melayu", kawasan ini sepatutnya sudah lama menjadi kawasan majoriti pengundi melayu. Tetapi, pemimpin melayu hari ini tidak ada agenda langsung untuk merancang agar kawasan-kawasan seperti ini diusaha dan dipromosi agar seramai mungkin melayu mendaftar atau memindahkan daerah mengundi mereka ke kawasan di mana mereka bermastautin.

"Pemimpin UMNO akhir zaman" hanya bersungguh memperjuangkan "kerjaya politik" mereka dalam UMNO. Apabila mereka aktif dan memegang jawatan dalam parti, mereka merasakan sudah berjuang. 

Hakikatnya, perjuangan pemimpin UMNO hari ini sudah banyak yang tersasar. Jika bukan untuk diri pun, mereka hanya berjuang untuk parti. Mereka tidak lagi "ambil kisah" bagaimana untuk mengisi perjuangan sebenar dengan "agenda besar melayu/bumiputera sebagai maksud utama mereka menawarkan diri menjadi memimpin UMNO.

Semua agenda melayu/bumiputera sudah beransur-ansur disisihkan bermula dari EPU di JPM hinggalah ke Unit Penyertaan Bumiputera di peringkat kementerian-kementerian. Semua unit dan agensi ini sudah "ditiadakan", sejak pemimpin UMNO mula belajar menukar iktiqad menjadi melayu baru dengan menganut fahaman liberal dan meritokrasi.

Bila orang melayu lari dan menjauhkan diri dari UMNO, mereka buntu dan tidak tahu mencari di mana puncanya. Bila tersalah mengenal pasti punca, mereka salahkan pula orang melayu kerana kononnya sudah lupa asal-usul dan tidak tahu mengenang budi. 

Walhal, pemimpin melayu yang memimpin UMNO inilah pada hakikatnya yang sudah tidak tahu asal usul dan tidak tahu membalas budi kepada orang melayu yang memberi mereka mandat. 

Mereka sudah tidak tahu bahawa tuntutan mengisi "agenda melayu" itu sudah dianggap rukun yang wajib sejak azali bagi sesiapa saja yang diamanah dan dipertanggungjawabkan untuk memimpin parti UMNO dan kerajaan!

Pemimpin UMNO hari ini sudah menjadi umpama "manusia  yang mengalami kerasukkan jin". Mereka sudah tidak sedar bahawa diri mereka sudah "tidak benar-benar melayu lagi" kerana jiwa dan pemikiran mereka sudah dipengaruhi dan terkena kerasukan jin liberal, jin meritokrasi dan jin "PEMANDU".

Orang yang berjiwa melayu "secara otomatik" ramai akan lari meninggalkan UMNO apabila mereka melihat UMNO sudah dipimpin oleh pemimpin kerasukan jin. Tapi mereka yang sedang mengalami "kerasukan jin" ini sudah tentu salah faham dan kecewa apabila melihat ramai melayu menyisihkan diri dari UMNO.

Secara logiknya, mana mungkin pemimpin yang sedang kerasukan jin boleh memahami punca kenapa melayu menyisih diri dari UMNO kerana jiwa dan ideologi mereka sudah dikawal oleh jin-jin liberal dan meritokrasi yang telah menjadi "PEMANDU" mereka.

Pemimpin UMNO ini "boleh kembali" menjadi dirinya yang sebenar diri, iaitu sebagai melayu, dengan syarat segala jin liberal, meritokrasi dan jembalang samarata yang telah menguasai jiwa dan ideologi mereka melalui "PEMANDU" ini, dinyahkan dari tubuh badan mereka.

Jika pemimpin UMNO hari ini sudah dapat membebaskan diri mereka dari pengaruh jin dan jembalang yang menguasai diri, barulah proses "reconciliation" boleh dijayakan kerana pemimpin melayu ini sudah kembali normal dan kembali berjiwa dan berfikiran melayu. 

Bila sudah kembali normal, barulah boleh "makan runding" dan bermusyawarah untuk mencari semula titik di mana "agenda melayu" mula tersisih dan hilang sejak disorokkan oleh hantu "kopek".

Bila pemimpin UMNO yang disorok hantu kopek ini sudah betul-betul pulih, mereka sendiri akan tahu jalan pulang ke tempat asal di mana mereka bermula. 

Mereka akan kembali mempunyai daya dan kekuatan untuk melangsungkan agenda melayu/bumiputera yang semakin tercabar. 

Ketika itu, barulah mereka akan mula terfikir bagaimana untuk mencari jalan menyelesaikan masalah struktur pengundi melayu yang sudah tidak seimbang ini. Mereka akan mula timbul kebimbangan dan mencari kaedah bagimana  melayu mahu menguasai kawasan-kawasan bandar melalui strategi mendaftarkan pengundi melayu di mana mereka bekerja dan bermastautin. 

Buat apalah sampai 70 ribu pengundi Kelantan bersesak-sesak pulang ke kampong untuk mengundi sedangkan, walau siapa pun yang menang di Kelantan, melayu dan Islam tetap menjadi agenda dan kehidupan harian mereka. Tiada mana-mana kaum yang boleh menguasai Kelantan kecuali melayu.

Buat apalah pengundi-pengundi melayu penat-penat balik kampong masing-masing sedangkan peratus pengundi melayu sediada di DUN dan Parlimen luar bandar tempat mereka mengundi sudah lebih dari mencukupi untuk memastikan melayu terus kekal berkuasa di situ.

Kepada barisan kepimpinan UMNO, "reconcile dan reconstruct" la kembali masyarakat melayu pada tempat yang sepatutnya berdasarkan cabaran dan ancaman masa kini.

Mesyuarat MKT sampai 10 kali setahun tu bincang apa?

Nauzubillah. Janganlah hendaknya mesyuarat MKT menjadi venue perbincangan di antara manusia-manusia yang sudah dikuasai "jin-jin anti-agenda melayu" dan terlalu takut dan accomodative dengan kehendak cina disebabkan terlalu laparkan sokongan mereka. 

Jangan bimbang. Bila semangat, roh dan jiwa kamu kembali menjadi melayu/bumiputera yang sebenar tanpa penguasaan elemen jin anti-agenda melayu/bumiputera, seluruh kekuatan melayu akan kembali kepada UMNO. 

Bila seluruh kekuatan melayu/bumiputera sudah kembali, PERCAYALAH! YAKINLAH! CONFIRM SECONFIRM CONFIRMNYA, KAUM CINA TAK SEMPAT TUNGGU SIANG PASTI AKAN DATANG MENGIKRAR SOKONGAN KERANA MEREKA KAUM YANG OPPORTUNIS DAN SENTIASA MAHU HIDUP!

1 comment:

  1. Melayu perlu bersatu di bawah panji2 UMNO. Tiada lagi PKR dan tiada lagi PAS. Semua melayu mesti berdiri teguh di bawah UMNO. Mampu kah Melayu bersatu?

    ReplyDelete